Guna Kontrak Eu Selamatkan Industri Minyak Sawit Kata Pekebun Kecil


 
K. Parkaran -June 18, 2021 Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia berkata, negara perlu menghantar isyarat kuat bahawa perjanjian masa depan akan terikat kepada eksport minyak sawit.PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) mahu kerajaan menunjukkan kemampuannya dengan memanfaatkan kontrak pertahanan berbilion dolar bersama negara Kesatuan Eropah (EU) untuk eksport minyak sawit.
Jika tidak, badan yang mewakili 600,000 pekebun kecil minyak sawit itu memberi amaran bahawa Malaysia berisiko melihat industri itu runtuh dalam masa dua tahun.
Presiden PKPKM Aliasak Ambia berkata, negara EU, khasnya Perancis dan Itali, berusaha meluluskan undang-undang yang mungkin menyaksikan berakhirnya kemasukan minyak sawit ke negara itu walaupun mereka meraih keuntungan besar menerusi penjualan peralatan pertahanan kepada Malaysia.
Aliasak menggesa sebuah badan gabungan terdiri daripada kementerian seperti pertahanan, perdagangan antarabangsa dan industri, perusahaan perladangan dan komoditi serta kewangan dibentuk untuk menyelaras perkara itu.
Aliasak Ambia.“Kita semua tahu berapa banyak yang Perancis dan Itali perolehi daripada kontrak pertahanan antara lain seperti perjanjian kapal selam Scorpene, kapal tempur pesisir dan helikopter,” katanya kepada FMT.
“Malaysia perlu menghantar isyarat kuat bahawa perjanjian masa depan akan terikat kepada keseimbangan yang memihak kepada industri minyak sawit Malaysia dan komoditi lain. Tiba masanya untuk menunjukkan kepada negara ini bahawa mereka tidak boleh menjejaskan periuk nasi kita sambil menikmati manfaat daripada perjanjian dengan kita.”
Katanya, perjanjian itu harus dirunding menggunakan mekanisme perdagangan barter yang akan dibayar sebahagian atau sepenuhnya menggunakan minyak sawit, seperti perjanjian pertahanan Rusia yang sudah menggunakan mekanisme itu.
Aliasak memberi amaran bahawa Malaysia akan tewas apabila EU mula melaksanakan undang-undang anti minyak sawit yang digubal anggotanya menjelang 2024.
“Ini berdosa kerana jika anda mengambil kira keluarga pekebun kecil, ia boleh menjejaskan lebih dua juta orang.”
Pekebun kecil menyumbang hampir 40% daripada keseluruhan pengeluaran minyak sawit di negara ini yang puratanya sebanyak 20 juta tan metrik setiap tahun.
Aliasak berkata, terdapat kempen anti minyak sawit yang sistematik di EU sejak 10 tahun lalu dan semuanya disokong oleh Ahli Parlimen dan perundangan EU.
“Kemuncak kempen ini akan menyaksikan penyingkiran sawit sebagai sebahagian daripada campuran biofuel menjelang Januari 2023. Ia hanya akan membenarkan biofuel menggunakan minyak biji sesawi dan kacang soya yang merupakan produk tempatan mereka.”
Malaysia kini berada pada kedudukan utama dalam perdagangan minyak dan lemak global dengan industri minyak sawit menyumbang lebih RM65 bilion setiap tahun kepada ekonomi negara.
Laporan menunjukkan agenda Perancis adalah kekal sebagai negara pertanian penting dengan membekalkan sebahagian besar minyak biji sesawi di rantau itu yang bersaing secara langsung dengan minyak sawit.
Di Itali, parti Green Italia di Parlimen mula berkempen menentang penggunaan berterusan minyak sawit sebagai sebahagian daripada agenda iklim negara dan rancangan menghentikan penggunaan minyak sawit secara progresif dalam campuran biofuel mereka.
“Dua negara EU ini kini menjadi pesaing utama untuk cadangan pembelian helikopter melalui Airbus Helicopters di Perancis dan melalui AgustaWestland di Itali,” kata Aliasak.
Beliau berkata, Airbus Industries dari Perancis turut mendapat banyak manfaat daripada pembelian pesawat utama oleh Malaysia Airlines, AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
FMT sudah menghubungi menteri industri dan komoditi untuk mendapatkan komen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/guna-kontrak-eu-selamatkan-industri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenaikan Harga Sawit Bantu Pekebun Kecil Hj Bakri

Kenaikan Harga Sawit Bantu Pekebun Kecil Hj Bakri

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 410 hits
Berdasarkan 34 tahun dalam industri sawit kami telah melalui turun naik harga sawit yang telah sebati dalam kehidupan seorang planter Strategi dan perancangan Operasi sebuah ladang sawit dan getah sedikit s
Sektor Pertanian Penternakan Dan Industri Makanan Terus Dibenar Beroperasi Kata Menteri

Sektor Pertanian Penternakan Dan Industri Makanan Terus Dibenar Beroperasi Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 303 hits
Sektor pertanian penternakan dan industri makanan terus dibenar beroperasi kata menteri Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterb
Harga Minyak Sawit Bukan Ditentukan Oleh Menteri Tapi Pasaran Dunia

Harga Minyak Sawit Bukan Ditentukan Oleh Menteri Tapi Pasaran Dunia

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 272 hits
HAMDAN TAHAHarga minyak masak sawit sekarang agak tinggi berbanding di zaman PH memerintah saya sangat setuju tu Walaupun harga minyak masak di zaman PH tapi orang kampung yang ada sawit amat marah pada kerajaan PH ketika itu kerana harga s...
Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 220 hits
Bringing down the government so that Pakatan Harapan can take over with the help of Umno is NOT going to bring the Covid 19 statistics down The truth is the Covid 19 cases and deaths can be reduced if Malaysians can be more disciplined The ...
Cara Mudah Hilangkan Kedutan Wajah Guna Minyak Kelapa Jer

Cara Mudah Hilangkan Kedutan Wajah Guna Minyak Kelapa Jer

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 330 hits
Minyak kelapa sejak dari dulu lagi digunakan sebagai ramuan kecantikan Tengok nenek nenek kita dulu jarang nak jumpa rambut diorang memutih di atas kepala cara pakai tonerSebab apa cara pakai toner wajahSebab diorang masking rambut dengan m...
Kata Sepakat Guna Logo Ph Dalam Pru15 Dicapai Kata Sumber

Kata Sepakat Guna Logo Ph Dalam Pru15 Dicapai Kata Sumber

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 241 hits
June 14 2021 PH sebelum ini berjaya memenangi tiga pilihan raya kecil selepas PRU14 menggunakan logonya di Port Dickson Balakong dan Sungai Kandis PETALING JAYA Sebilangan pemimpin PKR mungkin mahu logo parti itu digunakan oleh pakatan pemb...
Laksana Dua Peringkat Harga Minyak Sawit Untuk Situasi Menang Menang Zawawi Mughni

Laksana Dua Peringkat Harga Minyak Sawit Untuk Situasi Menang Menang Zawawi Mughni

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 244 hits
Exco Agama Islam Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Mughni berkata kerajaan Perikatan Nasional seharusnya melaksanakan cadangan dua peringkat harga yang diutarakan oleh Setiausaha Agong KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution b...
Lebai Segerakan Turun Harga Minyak Sawit Botol Jangan Sembang Kencang Dan Lena

Lebai Segerakan Turun Harga Minyak Sawit Botol Jangan Sembang Kencang Dan Lena

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 253 hits
Segera turunkan harga minyak sawit botol SaifuddinOleh June 14 2021Isu kenaikan harga minyak masak botol mungkin mencapai titik penyelesaiannya dalam mesyuarat bersama beberapa kementerian Rabu 16 Jun ini Bagi Mantan Menteri Perdagangan Dal...
Harga Minyak Sawit Naik Tiga Juta Rakyat Untung

Harga Minyak Sawit Naik Tiga Juta Rakyat Untung

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 285 hits
Oleh SYAHIRAH SALLEH KUALA LUMPUR Kenaikan harga minyak sawit menguntungkan tiga juta rakyat Malaysia yang bergantung pendapatan kepada industri itu sekali gus mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan Kenaikan itu digambarkan seolah m...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rabu Tanpa Kata

Guardian Malaysia Sumbang 40 Juta Mandian Kepada Golongan Yang Memerlukan Untuk Kehidupan Yang Lebih Bermaruah

Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Cameron Highlands Di Hari Hujan

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting