Shell Caf Kembali Dengan Lima Perisa Donat Premium Baharu

Kalau dulu kita kenal Shell Café dengan sosej Firecracker yang pernah tular satu Malaysia, kini mereka kembali dengan cara lebih manis, koleksi donat baharu yang memang buat hati ini terasa cair secair kelembutan donat di Shell Café.
Tagline “Worth Stopping For” nampaknya memang sesuai untuk Shell. Dari sekadar singgah mengisi minyak, menikmati kopi panas serta membeli sekotak pemanis mulut untuk dibawa pulang buat seisi keluarga.
Setiap donat mempunyai personaliti tersendiri dan bila dicuba, rasanya setiap gigitan sungguh menyelerakan dan sesuai untuk mereka yang mahu mood boost di tengah perjalanan.
Pilihan rasa yang sempat dicuba:
Cookies & Cream: Krim manis yang rangup di luar, lembut didalam.
Nutty Hazel: Kaya dengan rasa kacang, sesuai untuk pencinta coklat.
Strawberry Jelly: Lembut, manis sedikit masam, rasa nostalgia jem strawberi dulu-dulu.
Apple Glaze: Seimbang antara manis dan masam, potongan jelly epal atasnya memang buat rasa lebih segar.
Cocoa Delight: Pilihan klasik, lembut, dan tidak mengecewakan.
Apa yang membuatkan donat ini istimewa adalah daripada bahan berkualiti tinggi dari Eropah, termasuk coklat Belgium, mentega, dan biji vanila Madagascar. Tanpa perisa atau pewarna tiruan, rasa donat ini terasa lebih asli dan puas.
Menurut Seow Lee Ming, General Manager Mobility Shell Malaysia, Shell Café dibangunkan bukan sekadar pit stop, tapi tempat untuk ‘recharge’. Donut baharu ini memang menepati tujuan itu.
Tip menarik:
Beli 2 donut, dapat minuman regular percuma (Americano, Teh Tarik, atau Iced Lemon Tea).
Ahli Shell App boleh guna Buy 5, Free 1 – kumpul lima pembelian dan donut keenam percuma
Kesimpulannya, kalau singgah di Shell Café, donat baharu ini memang wajib cuba. Lembut, manis cukup, dan sesuai untuk dikongsi atau nikmati sendiri sepanjang perjalanan. Persinggahan seterusnya bukan sekadar mengisi minyak, tapi lebih manis dan bermakna.
The post Shell Café Kembali Dengan Lima Perisa Donat Premium Baharu appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/15/shell-cafe-kembali-dengan-lima-perisa-donat-premium-baharu/