Wakil Umno Sabah Dijangka Barisi Kabinet Baharu Pimpinan Ismail Sabri


Esok Ismail Sabri secara rasmi bakal memulakan tugasnya di pejabat Perdana Menteri dan mulai esok juga ‘kemelut’ baharu pula menyusul dalam politik kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri, iaitu mencari calon anggota Kabinet.


Kota Kinabalu: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Kesembilan Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam.

Secara tidak langsung selesailah sudah kemelut ‘perebutan’ jawatan Perdana Menteri di antara dua nama, Ismail Sabri dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyusul selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Hampir seminggu juga topik mengenai calon Perdana Menteri menjadi perbincangan hangat di seluruh negara sehinggalah Yang di-Pertuan Agong mengumumkan nama Ismail Sabri sebagai calon yang berjaya pada Jumaat lalu.

Esok Ismail Sabri secara rasmi bakal memulakan tugasnya di pejabat Perdana Menteri dan mulai esok juga ‘kemelut’ baharu pula menyusul dalam politik kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri, iaitu mencari calon anggota Kabinet.

Sudah pasti rakyat mahu tahu siapa bakal Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan dan pelbagai lagi portfolio yang biasa membarisi Kabinet negara.

Bagi kita di Sabah, rakyat sudah tentu tertunggu-tunggu berapa ramai pemimpin dari negeri ini dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Ismail Sabri, mungkinkah akan bertambah atau berkurang berbanding sebelum ini.

Di bawah kepemimpinan Muhyiddin sebelum ini, Sabah ada dua menteri yang disandang Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Empat jawatan timbalan menteri juga diberikan kepada Ahli Parlimen dan Senator dari Sabah sebelum ini iaitu Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri (Timbalan Menteri Kewangan); Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin (Timbalan Menteri Dalam Negeri); Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Senator Datuk Guandee Kohoi (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).

Mungkinkah ada di antara mereka ini dinamakan kembali dalam Kabinet Ismail Sabri atau bakal diganti pemimpin lain, kecuali tiga pemimpin mewakili PBS, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang mungkin kekal kerana masing-masing hanya ada satu kerusi Parlimen.

Namun yang pasti nama pemimpin UMNO dari Sabah kali ini dijangka turut membarisi Kabinet Ismail Sabri selepas tiada seorangpun wakil UMNO Sabah dalam kerajaan Muhyiddin sebelum ini.

Jika dilihat, daripada dua Ahli Parlimen UMNO dari Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Datuk Mohamad Alamin (Kimanis), nama Mohamad dijangka naik kerana tidak mungkin Bung Moktar mahu melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya negeri untuk beralih ke Kabinet persekutuan.

Jangkaan kemunculan lebih ramai pemimpin UMNO dalam Kabinet persekutuan kali ini tidak menghairankan kerana Ismail Sabri adalah Naib Presiden UMNO dan beliau mendapat restu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicalonkan sebagai Perdana Menteri mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam kalangan pemimpin BERSATU Sabah pula, Ronald dijangka dikekalkan sebagai calon menteri mewakili parti berkenaan sejajar kedudukan Ahli Parlimen Beluran itu sebagai orang nombor tiga dalam BERSATU.

Selain Sabah, perhatian juga sudah tentu tertumpu di Sarawak memandangkan negeri itu menyumbang sokongan yang banyak kepada pencalonan Ismail Sabri untuk menduduki kerusi Perdana Menteri menerusi komitmen diberikan 18 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malah, ada yang menyuarakan agar jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada Ahli Parlimen dari Sarawak sebagai tanda penghargaan kerajaan Pusat terhadap sokongan diberikan wakil dari negeri itu dan Sabah kepada Ismail Sabri.

Perkara itu dibangkitkan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, kelmarin yang menyuarakan harapan agar jawatan nombor dua kerajaan Pusat itu diberi keutamaan kepada pemimpin dari Borneo, khususnya Sarawak sejajar jumlah besar kerusi Parlimen yang disumbangkan kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Sarawak sebelum ini diberi kepercayaan memegang Menteri Kanan Kerja Raya; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selain tujuh timbalan menteri.

Pemimpin dari negeri itu dijangka sekali lagi diberi kepercayaan untuk membarisi jumlah portfolio yang sama, kecuali Ismail Sabri memutuskan untuk mengecilkan saiz Kabinetnya bagi mengurangkan kos kerajaan seperti dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.

Dalam pada itu, perhatian rakyat juga tentunya tertumpu kepada siapa pemimpin di Semenanjung yang akan dipilih Ismail Sabri dalam Kabinetnya, khususnya yang mewakili UMNO dan BERSATU.

Mungkinkah akan lebih ramai wakil daripada UMNO berbanding BERSATU dan PAS kerana ramai melihat kerajaan yang baharu ini lebih cenderung kepada BN berbanding Perikatan Nasional (PN) meskipun Muhyiddin ada menyebut kerajaan baharu diterajui Ismail Sabri adalah kesinambungan PN.

Namun, Muhyiddin awal-awal lagi mengingatkan bahawa sokongan BERSATU dan PN terhadap Ismail Sabri adalah bersyarat yang mana beliau tidak mahu ada pemimpin yang terpalit dengan kes mahkamah atau golongan kleptokrat dibawa masuk dalam Kabinet baharu ini.

Ia bermakna, Ismail Sabri mungkin tidak berani untuk membawa masuk nama-nama seperti Ahmad Zahid dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak ke dalam Kabinetnya memandangkan masing-masing masih berdepan perbicaraan kes salah guna kuasa dan 1MDB di mahkamah.

Namun, ramai yang mencadangkan agar nama yang bersih seperti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hasan dibawa masuk dengan melantiknya sebagai Senator berdasarkan pengalaman luasnya dalam pentadbiran kerajaan ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini.

Nama lain, khususnya Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Adham Baba yang terbabit secara langsung dalam usaha menangani pandemik Covid-19 dan melaksanakan program vaksinasi dalam Kabinet Muhyiddin sebelum ini dijangka kekal dalam Kabinet Ismail Sabri.

Di pihak BERSATU pula, Muhyiddin selaku presiden parti itu dijangka menyenaraikan semula beberapa nama Ahli Parlimennya di Semenanjung seperti Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Azmin Ali untuk dipertimbangkan Ismail Sabri.

Mungkinkah juga pelantikan orang bukan politik seperti tokoh agama, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan bekas Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dibawa semula dalam Kabinet baharu itu nanti?

Dalam pada itu, persoalan juga timbul sama ada Ismail Sabri akan mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan kerjasama rentas parti dengan turut melantik pemimpin pembangkang dalam Kabinetnya dalam usaha untuk meredakan ketegangan politik di antara pihak kerajaan dengan pembangkang.

Tentunya Ismail Sabri ketika ini sedang sibuk memikirkan apakah pendekatan terbaik untuk memastikan Kabinet yang diketuainya nanti adalah gabungan pemimpin pelbagai parti yang mampu membantunya dalam usaha memulihkan negara dan menangani penularan pandemik Covid-19.

Ia bukanlah tugas yang mudah, lebih-lebih lagi untuk memuaskan hati semua pihak dan pada masa yang sama menggalas tugas yang berat untuk menangani segera krisis pandemik Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan sebelum membuat keputusan membubarkan Parlimen bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/wakil-umno-sabah-dijangka-barisi_22.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menter...
Majlis Tertinggi Umno Menyokong Pencalonan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Baharu

Majlis Tertinggi Umno Menyokong Pencalonan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat sebentar tadi Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini dalam pertemuan dengan ahli ahli Parli...
Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 391 hits
agendaily com27 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas mengenai barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Mungkin...
Pm Ismail Sabri Kabinet Baharu Dan Rasionalnya

Pm Ismail Sabri Kabinet Baharu Dan Rasionalnya

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 267 hits
Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan media Yang perlu diambil perhatian ialah perenggan ini Seri Paduka Baginda turut bertitah bahwa PM yang dilantik oleh baginda menurut Perkara 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mu...
Selepas Ismail Sabri Umum Barisan Kabinet Baru Mkt Umno Bermesyuarat Malam Ini

Selepas Ismail Sabri Umum Barisan Kabinet Baru Mkt Umno Bermesyuarat Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 252 hits
August 27 2021 Selepas dua kali ditangguhkan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini Ini merupakan kali pertama mesyuarat MKT berlangsung selepas Naib Preside...
Muhyiddin Akan Berunding Dengan Pm Ismail Sabri Mengenai Pembetukan Kabinet Baharu

Muhyiddin Akan Berunding Dengan Pm Ismail Sabri Mengenai Pembetukan Kabinet Baharu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 566 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yasin diberi kepercayaan untuk berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembentukan Kabinet baharu selepas ini Timbalan Presiden BERSATU yang juga N...
Ku Li Ahli Parlimen Tunggal Dari Umno Tak Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

Ku Li Ahli Parlimen Tunggal Dari Umno Tak Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 337 hits
MALAYSIA NOW 114 ahli Parlimen sedia mengadap Yang di Pertuan Agong hari ini dalam lima kumpulan bagi mengesahkan pilihan calon perdana menteri mereka Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleig...
Tiada Kabinet Perpaduan Ismail Sabri Terjempit

Tiada Kabinet Perpaduan Ismail Sabri Terjempit

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 902 hits
SUSUPAN PETANGPerdana Menteri ke 9 mesyuaratdalam jet PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan kabinetnya dalam minggu ini tanpa penyertaan pihak pembangkang Pengumuman dibuat sebaik senarai anggota kabinet telah diperke...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff