Selepas Ismail Sabri Umum Barisan Kabinet Baru Mkt Umno Bermesyuarat Malam Ini


 



August 27, 2021 Selepas dua kali ditangguhkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini.
Ini merupakan kali pertama mesyuarat MKT berlangsung selepas Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, pada 21 Ogos lepas.
Bahkan, ini juga kali pertama sidang MKT berlangsung dengan Perdana Menteri datang dari kalangan pimpinan kanan parti UMNO, tetapi bukan sebagai Presiden parti tersebut.
Difahamkan, mesyuarat khas ini sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.
Awal hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan senarai Ahli Jemaah Menteri bersama timbalan masing-masing.
Selain Ismail Sabri, seorang lagi Naib Presiden UMNO kembali ke dalam barisan Kabinet, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Dalam pada itu, portfolio Kementerian Pertahanan kini kembali semula kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein biarpun beliau bukan lagi sebahagian daripada pimpinan pusat parti tersebut.
Turut menjadi tumpuan ialah pelantikan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan, satu lagi portfolio yang dianggap kanan oleh pemerhati politik.
Beberapa veteran UMNO juga dilantik ke dalam kabinet iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).
Sementara Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad yang juga Ketua Wanita UMNO, diserap semula ke dalam Kabinet selepas meletak jawatan sebagai menteri sewaktu di era Muhyiddin.
Perubahan landskap politik berlaku selepas kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa melepaskan Putrajaya selepas 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.
Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ismail Sabri selepas mendapati Ahli Parlimen Bera itu mempunyai sokongan yang mencukupi oleh majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/selepas-ismail-sabri-umum-barisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Umum Senarai Penuh Kabinet Baru

Ismail Sabri Umum Senarai Penuh Kabinet Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 441 hits
Berikut merupakan senarai penuh Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali Timbalan Lim Ban Hong Menteri Kanan P...
Umum Ismail Sabri Calon Pm Malam Ini Atau Umno Akan Jadi Pembangkang

Umum Ismail Sabri Calon Pm Malam Ini Atau Umno Akan Jadi Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 239 hits
agendadaily com17 8 2021UMNO mengadakan mesyuarat malam ini untuk memutuskan calon Perdana Menteri mereka Tiada pilihan atau alternatif lain selain UMNO memuktamadkan keputusan malam ini dengan menamakan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail S...
Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 445 hits
agendaily com27 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas mengenai barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Mungkin...
Ismail Umum Kabinet Baru Tiada Tpm

Ismail Umum Kabinet Baru Tiada Tpm

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 185 hits
MALAYSIAKINIPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan Ismail k...
Terima Sokongan Penuh Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan Mkt Umno Untuk Dilantik Menjadi Pm

Terima Sokongan Penuh Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan Mkt Umno Untuk Dilantik Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 364 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yng terlibat secara langsung dalam mesyuarat ya...
Saya Faham Kenapa Pm9 Dan Ydp Agong Membuat Keputusan Berikut Najib Bersuara Mengenai Kabinet Baru Ismail Sabri

Saya Faham Kenapa Pm9 Dan Ydp Agong Membuat Keputusan Berikut Najib Bersuara Mengenai Kabinet Baru Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 707 hits
SHAH ALAM Pembangkang menyifatkan anggota kabinet yang dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama seperti lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Wakil Umno Sabah Dijangka Barisi Kabinet Baharu Pimpinan Ismail Sabri

Wakil Umno Sabah Dijangka Barisi Kabinet Baharu Pimpinan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 704 hits
Esok Ismail Sabri secara rasmi bakal memulakan tugasnya di pejabat Perdana Menteri dan mulai esok juga kemelut baharu pula menyusul dalam politik kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri iaitu mencari calon anggota Kabinet Kota Kinabalu Naib P...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks

Proton E Mas 7 Terima Kemas Kini Warna Baharu Sokongan Apple Carplay Ciri Pintar

Bagaimana Kotak Packaging Boleh Menambah Nilai Produk Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blog Masih Disukai Ramai Blogger

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Selesai Interview

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Pereka Fesyen Terkenal Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang Pru 16