Ku Li Ahli Parlimen Tunggal Dari Umno Tak Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm


 MALAYSIA NOW

114 ahli Parlimen sedia mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini dalam lima kumpulan bagi mengesahkan pilihan calon perdana menteri mereka.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mungkin menjadi satu-satunya pemimpin Umno yang tidak menyokong pencalonan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri, berdasarkan senarai 114 ahli Parlimen yang dijadualkan hadir bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Semalam, ahli-ahli Parlimen dipanggil mengadap untuk mengesahkan pilihan perdana menteri baru seperti yang dinyatakan dalam surat akuan sumpah mereka yang diserahkan kepada istana.
Ahli-ahli Parlimen dari Umno, GPS dan Perikatan Nasional (PN) termasuk empat ahli Parlimen bebas yang menyokong Ismail dijadualkan akan mengadap Yang di-Pertuan Agong dalam lima kumpulan.
Perdana menteri caretaker Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin Bersatu yang lain dijadualkan mengadap Agong pada pukul 11.10 pagi, bersama Najib Razak, yang giat berkempen bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan kerajaan sebelum ini.
Dalam pada itu, Ismail pula dimasukkan ke dalam kumpulan yang mengadap Agong pada sesi yang dijadualkan pada 2.00 petang.
Hampir pasti Ismail mungkin akan dititah Agong membentuk kerajaan baru yang menyaksikan gabungan PN, Umno dan GPS sekali lagi menduduki tampuk pentadbiran negara.
Selasa lalu, sekitar 12 ahli Parlimen Umno termasuk Najib dan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan sokongan sebulat suara mereka terhadap Ismail.
Ismail adalah antara pemimpin Umno dan ahli Kabinet yang enggan bergabung dengan Najib dan Zahid bagi menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Pencalonan beliau dipercayai disokong bekas perdana menteri Muhyiddin, yang juga merupakan pengerusi PN susulan spekulasi rundingan antara mereka yang bakal menyaksikan Bersatu kembali memainkan peranan penting.
Pelantikan Ismail sebagai perdana menteri ke-9 adalah berikutan peringatan Agong kepada ketua-ketua parti politik pada Selasa yang menasihatkan supaya meletakkan keutamaan untuk menjaga kesejahteraan rakyat melebihi diri mereka sendiri.
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga memberitahu pemimpin politik bahawa rakyat tidak lagi mampu menangung beban kemelut politik yang berterusan, selain mendesak semua parti politik untuk bekerjasama dengan kerajaan baru.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/ku-li-ahli-parlimen-tunggal-dari-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Ismail Sabri 31 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Pn Makan Diri Tikam Pm

Sidang Media Ismail Sabri 31 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Pn Makan Diri Tikam Pm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR Seorang pemimpin UMNO berpandangan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bahawa 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional terus menyokong pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya menikam semula Perdana Menteri dan kerajaan...
Pas Sahkan Semua 18 Ahli Parlimennya Sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sebagai Calon Perdana Menteri

Pas Sahkan Semua 18 Ahli Parlimennya Sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sebagai Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 613 hits
Timbalan Presiden Parti Islam Se Malaysia iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengesahkan bahawa kesemua 18 Ahli Parlimennya menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia yang...
Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 374 hits
BERA UMNO Bahagian Bera sebulat suara menyokong keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi meneruskan usaha menangani pandemik Covid 19 Dalam kenyataannya UMNO Bahagian Bera ber...
Umno Pas Tolak Ismail Sebagai Calon Pm Caretaker Sokongan Ahli Parlimen Turut Goyah

Umno Pas Tolak Ismail Sebagai Calon Pm Caretaker Sokongan Ahli Parlimen Turut Goyah

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 324 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno dan PAS tidak merestui cubaan Ismail Sabri Yaakob untuk dicalonkan sebagai perdana menteri caretaker dan timbalan perdana menteri itu dikatakan bermasalah mengekalkan sokongan Ahli Parlimen Umno yang sebelum ...
Ahli Parlimen Parit Pula Nafi Beliau Sokong Pn Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri

Ahli Parlimen Parit Pula Nafi Beliau Sokong Pn Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 504 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua ahli parlimen Umno menafikan dakwaan mereka termasuk dalam kalangan 31 ahli parlimen BN yang menyokong Perikatan Nasional hari ini seorang lagi membuat penafian yang sama Kali ini Ahli Parlimen Parit Datuk Nizar Zak...
Kesemua 114 Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Sudah Selesai Menghadap Agong

Kesemua 114 Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Sudah Selesai Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 382 hits
gerakmalaysia comby KUALA LUMPUR Seramai 114 Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak serta bebas selesai menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi Sesi terakhir menghadap Al...
Muhyiddin Tandatangan Sd Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

Muhyiddin Tandatangan Sd Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 314 hits
Sokong Ismail Sabri sebagai PM Muhyiddin ajak MP lain tandatangan SD KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara 100 orang ahli Parlimen yang menandatangani akuan berkanun menyokong ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Info Banjir Terkini 2025

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

Dalam Hal Apa Kita Menghabiskan Umur

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka Memanggil Ular

Iss Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa