Tiada Kabinet Perpaduan Ismail Sabri Terjempit


SUSUPAN PETANG

Perdana Menteri ke-9 mesyuarat
dalam jet?PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan kabinetnya dalam minggu ini tanpa penyertaan pihak pembangkang. Pengumuman dibuat sebaik senarai anggota kabinet telah diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong. Paling awal dijangka Khamis ini. Beliau menjelaskan demikian ketika bercakap dengan wartawan di Kedah hari ini, selepas beliau mengadakan lawatan ke kawasan tragedi petaka banjir di Yan dan Kuala Muda. Enam orang maut dalam malapetaka itu. 


Kenyataan itu menunjukkan Ismail Sabri tidak sedia untuk menjemput sama pembangkang menguruskan negara. Pembangkang hanya dipelawa untuk menyertai Majlis Pemulihan Ekonomi dan Jawatankuasa Menangani Covid-19 dimana pelawaan itu dilihat sebagai ajak-ajak ayam semata-mata bukan sesuatu yang serius.
Kenyataan itu tentu mengecewakan sebahagian rakyat yang ingin melihat kerajaan perpaduan dibentuk bagi menenangkan kemelut politik negara seperti mana yang dititah oleh Yang di-Pertuan Agong, yang mahu para wakil rakyat atau orang politik menghentikan perbalahan politik dan menumpukan kepada menyelesaikan masalah negara yang diancam pandemik kini. 
Sayangnya, konsensus antara kerajaan dan pembangkang tidak berlaku. Kegagalan ini jelas menunjukkan orang politik bukan mudah untuk menghulur tangan persahabatan demi negara walaupun dalam keadaan apa sekalipun. 
Sikap ini memberi gambaran bahawa kemelut atau kekecuhan politik akan tetap berlaku, dan pandemik sama sekali tidak menginsafkan mereka. Langkah diambil Ismail Sabri kurang bijak atau beliau tidak berani untuk melakukan perubahan. Pastinya kerajaan beliau yang dibentuk dengan majoriti tipis kelebihan tiga atau empat suara berada dalam situasi tidak stabil mewarisi kerajaan PN sebelum ini boleh mengalami keruntuhan bila-bila masa.
Apa lagi dalam masa sama pembangkang (PH) pula telah membuat pendirian mereka akan menumpukan pilihan raya akan datang, dan akan bertindak menjadi pembangkang berkesan, mengkritik dan membuat teguran kepada kerajaan. 
PH khasnya tidak begitu melayan rasa duka dan kecewa kerana tidak dapat mengembalikan kerajaan rakyat apabila Anwar Ibrahim tidak diangkat jadi perdana menteri, sebaliknya sudah mula mengatur langkah membina kekuatan sesama mereka untuk berhadapan dengan kerajaan. 
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh majlis presiden hari ini, PH akan menumpukan kepada persiapan menghadapi Piraum, dengan mengadakan perundingan membabitkan semua pihak melalui apa dinamakan penyatuan dalam satu "khemah besar". 
Persiapan itu termasuk menyediakan manifesto, pelan untuk menghadapi pilihan raya, pemilihan calon dan pemimpin, mengembleingkan tenaga tanpa menghiraukan kepada percaturan kuasa oleh pihak tertentu yang merugikan negara.
Sekiranya pembangkang dapat menyatukan diri dan bergerak serentak  ia memberi petanda buruk kepada kerajaan Ismail Sabri. Pembangkang mempunyai potensi baik dalam pilihan raya akan datang ekoran dua peristiwa yang tidak disenangi rakyat. Salah satu ialah apabila kerajaan PH dicuri dan kegagalan kerajaan PN untuk membendung Covid. 
Sikap ego atau tidak gentlemen Sabri Ismail untuk mewujudkan kerajaan perpaduan seperti mana diharapkan umum bakal mengundang masalah kepadanya. Apakah keengganan beliau itu atas arahan orang lain atau pun kehendaknya sendiri sukar ditentukan? 
Pendirian dan sikap diambil ahli Parlimen Bera itu akan dapat diketahui apabila beliau bentuk kabinetnya nanti. Rupa bentuk dan pengisian kabinet itu kelak dapat difahami apakah beliau bertindak atas kapasiti dan kuasanya sebagai perdana menteri ataupun melaksanakan impian politik, baik daripada partinya ataupun sekutunya.
Ismail Sabri kini dilihat terjempit di antara dua keadaan sama untuk akur dengan tuntutan partinya Umno ataupun taat kepada sumpah dan janjinya kepada Mahiaddin untuk mempertahankan kerajaan PN. 
Hari ini telah terdengar wujud berbagai pendapat yang membayangkan ada peteliangkahan antara Umno dengan PN khasnya Bersatu yang sebelum ini mengetuai kerajaan. Pihak Bersatu mahu Ismail Sabri meneruskan semangat dan kekalkan identiti kerajaan hari ini sebagai kerajaan PN, sebalik ianya ditolak oleh Umno yang mahu dikenali sebagai kerajaan BN.
Bunga-bunga perselehengan sudah mula berputik dan bakal menghasilkan buah tidak lama lagi. Sekiranya Ismail Sabri gagal menangani hal ini beliau berada dalam keadaan tidak selesa dan bakal menolaknya ke lembah bahaya dan mencatat rekod sebagai PM yang terpendek. 
Kita tunggu pembentukan kabinet Ismail Sabri untuk membuat penilaian dan andaian lebih mendalam lagi. [wm.kl.7:59 pm 23/08/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/tiada-kabinet-perpaduan-ismail-sabri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Umum Senarai Penuh Kabinet Baru

Ismail Sabri Umum Senarai Penuh Kabinet Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 476 hits
Berikut merupakan senarai penuh Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali Timbalan Lim Ban Hong Menteri Kanan P...
Tiada Tpm Dalam Kabinet Ismail Sabri

Tiada Tpm Dalam Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 357 hits
Pada saat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah di Istana Abdul Aziz Kuantan sebentar tadi spekulasi barisan kabinet baharu kerajaan beliau k...
Senarai Kabinet Ismail Sabri Macam Kabinet Muhyiddin Saja Ni

Senarai Kabinet Ismail Sabri Macam Kabinet Muhyiddin Saja Ni

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 498 hits
ISMAIL Sabri Yaakob mengekalkan majoriti menteri kabinet Muhyiddin Yassin dalam senarai anggota jemaah menterinya dan beberapa menteri dan timbalan menteri ke portfolio lain Perdana menteri kesembilan itu juga mengekalkan format asal kabine...
Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 491 hits
agendaily com27 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas mengenai barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Mungkin...
Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 368 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menter...
Kabinet Besi Buruk Ismail Sabri Gagal Fahami Kebencian Rakyat

Kabinet Besi Buruk Ismail Sabri Gagal Fahami Kebencian Rakyat

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 363 hits
Melihat senarai menteri dan timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi kesimpulan paling jelas ia langsung tidak menampakkan sebarang perubahan dan pembaharuan Seolah olah kabinet yang dibentuknya ini tida...
Panas Ismail Sabri Pening Urus Kabinet

Panas Ismail Sabri Pening Urus Kabinet

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 310 hits
Perdana Menteri Malaysia ke 9 Dato Sri Ismail Sabri bakal mengadap Agong pada hari ini untuk mempersembahkan senarai Kabinet beliau Adakah ianya akan menjadi kabinet perang atau sebaliknya
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd