Utamakan Produk Muslim Jalan Bantu Bangunkan Ekonomi Islam


DR AHNAD SANUSI AZMI  Utamakan produk muslim jalan bantu bangunkan ekonomi Islam
RASULULLAH ﷺ memuji kaum al-Asy’ariyyin yang mempunyai sikap yang sangat istimewa. Kaum al-Asy’ariyyin ini adalah bangsa yang suka membantu kaumnya sendiri. Sabda Rasulullah ﷺ:
إن الأشعريين إذا أرملوا في الغزو، أو قل طعام عيالهم بالمدينة جمعوا ما كان عندهم في ثوب واحد، ثم اقتسموه بينهم في إناء واحد بالسوية، فهم مني، وأنا منهم

“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila kekurangan makanan keluarga mereka (di medan perang atau di Madinah), mereka akan himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan sesama mereka dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka.” (HR al-Bukhari)
2. Lihatlah hadis ini bagaimana ﷺ Rasulullah memuji kaum al-Asy’ariyyin yang saling bantu-membantu sesama mereka ketika susah. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Nawawi menyatakan:
في هذا الحديث فضيلة الأشعريين , وفضيلة الإيثار والمواساة
“Hadis ini menunjukkan kelebihan kaum al-Asy’ariyyin dan kelebihan sifat ithar (iaitu sifat saling mengutamakan) dan saling bantu membantu.”
3. Bahkan Rasulullah ﷺ turut memuji kaum al-Asy’ariyyin yang mencintai Islam dan banyak berkorban untuk Islam. Sabda Rasulullah ﷺ:
يقدم عليكم غدًا أقوام هم أرق قلوبًا للإسلام منكم، قال – رضي الله عنه -: فقدم الأشعريون، فيهم أبو موسى الأشعري
“Esok akan datang kepada kamu satu kaum yang hati mereka sangat lunak untuk Islam. (Lalu kata Saidina Anas), maka datanglah keesokan harinya kaum al-Asy’ariyyin dan di kalangan mereka terdapat seorang sahabat yang masyhur iaitu Abu Musa al-Asy’ari.”
4. Malah apa yang lebih menarik lagi, Allah memuji Abu Musa al-Asy’ari dan kaumnya dari al-Asy’ariyyin ini yang menangis kerana tidak dapat turut serta menyertai medan jihad kerana kekurangan harta. Firman Allah:
وَلا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنفِقُونَ
“Dan tidak berdosa bagi mereka yang ketika datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku apa yang boleh kuberikan untuk membawa kamu (untuk berjihad)”, mereka pulang dalam keadaan bercucuran air mata, mereka menangis sedih kerana tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah)

5. Nah! di sinilah titik muhasabah buat kita! Perhatikan bagaimana Allah memuji kaum al-Asy’ariyyin kerana sifat mereka yang suka membantu perjuangan Islam. Rasulullah ﷺ pula memuji mereka kerana saling membantu sesama mereka. Mereka menangis kerana tidak dapat membantu Islam dan kaum Muslim

6. Hari ini tidak salah untuk kita membantu saudara muslim kita. Mengutamakan produk mereka adalah salah satu jalan membantu membangunkan ekonomi muslim dan Islam

7. Amat menyedihkan apabila ada di kalangan kita yang gagal memahami perjuangan murni ini dengan menyifatkannya dengan pandangan yang negatif. Mereka melemparkan pandangan buruk dengan memfitnah usaha ini berniat jahat atau satu boikot

Semoga Allah menyatukan hati kaum muslim. Ayuh teruskan kempen mengutamakan produk muslim!  ISMA WEB.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/utamakan-produk-muslim-jalan-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salahkah Orang Islam Mahu Utamakan Produk Muslim

Salahkah Orang Islam Mahu Utamakan Produk Muslim

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 356 hits
Perbandingan Mujahid terhadap kempen BMF tak relevan BerjasaBANGI Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa yang membandingkan kempen beli produk muslim dengan sentimen bangsa disifatkan sebagai sangat tidak...
Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1487 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam agar mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim di Malaysia dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam yang hanya merugikan ramai pihak Biarpun sikap...
Teruskan Kempen Utamakan Membeli Produk Muslim

Teruskan Kempen Utamakan Membeli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 832 hits
Kempen utamakan membeli produk Muslim adalah suatu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif Kempen itu bukan bersikap perkauman atau rasis dan jauh sama sekali untuk mewujudkan perbalah...
Wajib Utamakan Premise Dan Produk Islam Kami Tak Boikot

Wajib Utamakan Premise Dan Produk Islam Kami Tak Boikot

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 463 hits
Kempen kesedaran perlu dimaksimakan kepada WAJIB utamakan premise dan produk Islam kerana kita menuju SAYANGI NEGARA MALAYSIA BERSIH Hentikan pembohongan dan eksploitasi menggunakan tulisan jawi untuk mengelirukan umat Islam Hentikan sikap ...
Tolong Produk Muslim Baik Untuk Bukan Islam Mufti

Tolong Produk Muslim Baik Untuk Bukan Islam Mufti

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 397 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin percaya kempen menyokong pembelian produk keluaran Muslim bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi mereka malah baik untuk bukan Islam Katanya kempen beli produk Muslim dulu itu secara tidak langsung ...
Redzuan Boikot Produk Bukan Muslim Tak Bagus Untuk Ekonomi Negara

Redzuan Boikot Produk Bukan Muslim Tak Bagus Untuk Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 423 hits
Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kempen mengutamakan produk Muslim tidak bagus untuk ekonomi negara Beliau berkata kempen yang memboikot barangan keluaran bukan Islam tidak sepatutnya berlaku di negara yang berbil...
Pas Pertahan Kempen Utamakan Produk Islam

Pas Pertahan Kempen Utamakan Produk Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 367 hits
PAS mempertahankan kempen mengutamakan produk dihasilkan umat Islam dan menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai kempen memboikot barangan bukan Bumiputera sebagai kurang tepat Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan meng...
Produk Islam Tolong Menolong Sesama Muslim Timbalan Mufti Perak

Produk Islam Tolong Menolong Sesama Muslim Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 667 hits
ABU Hasan Ali al Nadwi seorang ulama hebat bukan berbangsa Arab pernah mengkritik dunia Arab dalam bukunya Apakah kerugian yang dialami oleh dunia disebabkan kejatuhan orang Islam Beliau secara sinis menyatakan Sepatutnya dunia Arab sebagai...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya