Redzuan Boikot Produk Bukan Muslim Tak Bagus Untuk Ekonomi Negara


Haspaizi Zain 
   
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kempen mengutamakan produk Muslim tidak bagus untuk ekonomi negara.

Beliau berkata, kempen yang memboikot barangan keluaran bukan Islam tidak sepatutnya berlaku di negara yang berbilang kaum.

"(Kempen) tidak menjejaskan usahawan, barangan halal di utara misalnya, 70 peratus di keluarkan oleh bukan Muslim. Jadi, ia tidak ada masalah.

"Tak kena dengan kempen, kalau dah halal cukuplah, kalau dapat sijil halal Jakim sudah cukup untuk menjual, tak perlu boikot kerana ia tidak konstruktif.

"Kita tak boleh menghalang kempen di media sosial," katanya selepas merasmikan Minggu Usahawan Nasional 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, petang ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Menteri Kewangan, Ir Amiruddin Hamzah.

Kebelakangan ini di media sosial aktif digerakkan kempen membeli barangan yang dikeluarkan oleh masyarakat Muslim di negara ini.

Selain itu turut aktif digerakkan oleh segelintir NGO kempen memboikot barangan yang dikeluarkan oleh bukan Islam.

Kempen itu diadakan ekoran beberapa isu sensitif seperti tulisan Jawi yang menyaksikan sebilangan bukan Islam membantah pelaksanaannya di sekolah venekular

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata tiada lagi Konvensyen Usahawan Bumiputera yang bersifat eksklusif untuk satu kaum saja.

Sebaliknya, penganjuran program seperti itu selepas ini lebih bersifat inklusif untuk usahawan semua kaum di negara ini.

"Konvensyen yang sama, tapi kita mahu lebih inklusif dengan hala tuju yang jelas. Tak payahlah lagi kita adakan Konvensyen Usahawan Bumiputera.

"Kalau perlu (Konvensyen Usahawan Bumiputera), kita akan adakan sekali lagi," katanya lagi.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mohd Redzuan berkata Persatuan Institusi Perbankan Kewangan Islam (Aibim) yang diterajui oleh 26 institusi perbankan menyediakan RM20 bilion pinjaman kepada perusahaan kecil sederhana (PKS).

Katanya, 26 institusi perbankan itu bersetuju untuk memberi sokongan kepada implementasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/redzuan-boikot-produk-bukan-muslim-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Sokong Barangan Muslim Tapi Tak Perlu Boikot Memboikot Produk Lain

Kita Sokong Barangan Muslim Tapi Tak Perlu Boikot Memboikot Produk Lain

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 1196 hits
hi there wah ndak lama lagi kita rakyat Malaysia akan sambut Hari Merdeka yang ke 62 kan dengan temanya SAYANGI MALAYSIAKU MALAYSIA BERSIH Kalau kita menghayati tema tahun ni ianya menyeru kepada perpaduan kamu berbilang bangsa untuk mencin...
Tak Bijak Kalau Sertai Kempen Boikot Produk Bukan Muslim

Tak Bijak Kalau Sertai Kempen Boikot Produk Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 767 hits
Kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana bukan sahaja ia boleh menjejaskan perpaduan nasional malah turut merugikan pengguna Ini kerana pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti pada harga yang lebi...
Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1490 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam agar mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim di Malaysia dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam yang hanya merugikan ramai pihak Biarpun sikap...
Utamakan Produk Muslim Untuk Kembalikan Dominasi Kuasa

Utamakan Produk Muslim Untuk Kembalikan Dominasi Kuasa

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 365 hits
Ustaz Hazizi Abdul Rahman Dominasi kafir ke atas ekonomi negara mesti ditamatkan Ustaz HaziziALLAH mewajibkan umat Islam supaya memiliki kuasa kerana hanya dengan kuasa sahaja umat Islam mampu melindungi agama yang suci ini Perkara ini berd...
Aplikasi Produk Muslim Semak Produk Keluaran Muslim

Aplikasi Produk Muslim Semak Produk Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 2079 hits
Isu boikot produk semakin hangat dibincangkan sekarang ni Kempen boikot produk pula giat dijalankan dan macam biasalah kecaman dan isu perkauman pun timbul Sebenarnya bab memboikot ni adalah sesuatu yang tidak bagus bila melibatkan perkauma...
Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 593 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Roadshow fasa pertama bermula 8 September di Pulau Pinang KUALA LUMPUR Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam tega...
Presiden Jokowi Banggakan Garam Ntt Lebih Bagus Dari Produk Impor Australia

Presiden Jokowi Banggakan Garam Ntt Lebih Bagus Dari Produk Impor Australia

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 281 hits
Presiden Joko Widodo menegaskan produk garam dari Nusa Tenggara Timur memiliki kualitas lebih baik dari daerah lain bahkan dari impor sekalipun Hal ini disampaikan saat meninjau tambak garam eks tanah Hak Guna Usaha di Desa Nunkurus Kecamat...
Kempen Beli Produk Muslim Dulu

Kempen Beli Produk Muslim Dulu

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 1087 hits
KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DULU1 Kenyataan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan kefahaman beliau tentang isu Boikot Barangan Bukan Bumiputera adalah kurang tepat 2 Bagi PAS Kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah su...
Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Pokok Cili Pelangi

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Ft Mufti Draws 7 Guidelines Of Dos And Don Ts For Muslims Who Wish To Join In Christmas Do

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kinohimitsu Memperkenalkan Glow Grow Duo Ritual Persediaan Kecantikan Untuk Musim Perayaan Yang Bakal Tiba

Percetakan 3d Dan Serat Kenaf Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian

Beli Kacang Pistachio Dan Kacang Gajus Murah

Resepi Kampung Bajet Hidangan Murah Rasa Kaya Yang Memukau

Speed Read A Sportster Street Tracker By Fxr Division And More

Apa Beza Mydigital Id Dengan Mykad Jom Fahamkan 5 Fakta Ni