Produk Islam Tolong Menolong Sesama Muslim Timbalan Mufti Perak




ABU Hasan `Ali al-Nadwi, seorang ulama hebat bukan berbangsa Arab pernah mengkritik dunia Arab dalam bukunya ‘Apakah kerugian yang dialami oleh dunia disebabkan kejatuhan orang Islam’.
Beliau secara sinis menyatakan: “Sepatutnya dunia Arab sebagai dunia Islam mampu memiliki sendiri dan menguasai dunia perniagaan, hartanah, pendidikan dan industri. Bangsa ini sepatutnya tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya.
Sesungguhnya dunia Arab sepatutnya mampu untuk memerangi Barat jika keadaan memerlukan. Tetapi hakikatnya mereka selamanya gagal menyaingi Barat selagi mereka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan.
Tidak ada pen yang digunakan untuk menandatangani
TIMBALAN Mufti Perak, Zamri Hashim. – UTUSAN ONLINE
ZAMRI HASHIM
esuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pen tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat melainkan senjata itu dibuat di Barat.
Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain’.
Ekonomi adalah salah satu sendi penting untuk menegakkan kekuatan ummah. Selagi kita tidak mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Begitu jugalah hakikat umat Islam di Malaysia, seharusnya terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain.
Alhamdulillah sudah banyak produk yang dihasilkan oleh orang Islam di Malaysia.
Kuasa membeli terbesar terletak pada tangan umat Islam di negara ini. Sewajibnya Muslim mesti mengutamakan produk-produk saudara muslimnya sendiri.
Ini adalah salah satu bentuk tolong menolong yang berpahala. Mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat, juga melupai tanggungjawab ukhuwwah Islamiah.
Nabi SAW memuji kaum al Asy’ariyyin iaitu kaum Abu Musa al Asy’ari yang mengutamakan kaum sendiri tolong menolong sesama mereka ketika susah. Sabda baginda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila keluar berperang, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata.
Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah menggambarkan redhanya Nabi s.a.w. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.
Kita umat Islam sangat perlu mengambil pengajaran terhadap hadis di atas ketika kita ingin membina semula kekuatan umat Islam di negara ini. Tatkala kekuatan ekonomi tidak dikuasai oleh umat Islam bahkan jauh ketinggalan mengutamakan barangan umat Islam adalah satu tuntutan.
Sudah tentu ia tidak termasuk di dalam asabiyyah yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Nabi s.a.w. dalam hadith di atas memuji kaum al-`As`ariyin yang sentiasa tolong menolong sesama sendiri dan tidak menganggap itu sebagai sikap berpuak yang dicemuh.
Sebaliknya baginda memuji mereka. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memerangi `asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-`As`ariyin sebahagian daripada baginda.
Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin-menjamin dan bantu membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan.
Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” ( QS al-Hujurat :10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ustaz Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
Utusan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/02/produk-islam-tolong-menolong-sesama-muslim-timbalan-mufti-perak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utamakan Produk Muslim Jalan Bantu Bangunkan Ekonomi Islam

Utamakan Produk Muslim Jalan Bantu Bangunkan Ekonomi Islam

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 403 hits
DR AHNAD SANUSI AZMI Utamakan produk muslim jalan bantu bangunkan ekonomi IslamRASULULLAH memuji kaum al Asy ariyyin yang mempunyai sikap yang sangat istimewa Kaum al Asy ariyyin ini adalah bangsa yang suka membantu kaumnya sendiri Sabda Ra...
Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1333 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam agar mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim di Malaysia dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam yang hanya merugikan ramai pihak Biarpun sikap...
Teruskan Kempen Utamakan Membeli Produk Muslim

Teruskan Kempen Utamakan Membeli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 744 hits
Kempen utamakan membeli produk Muslim adalah suatu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif Kempen itu bukan bersikap perkauman atau rasis dan jauh sama sekali untuk mewujudkan perbalah...
Belilah Produk Muslim Pedulikan G Eng Kebudak Budakan

Belilah Produk Muslim Pedulikan G Eng Kebudak Budakan

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 357 hits
Teruskan kempen Usah layan rayuan DAP Percayalah kuasa pengguna yang boleh menaik dan menjatuhkan pemerintah Jadi usah layan rayuan Guan Eng yang kebudak budakan Suka hati kitalah nak beli apa dan dari siapa Kempen membeli produk muslim per...
Pas Pertahan Kempen Utamakan Produk Islam

Pas Pertahan Kempen Utamakan Produk Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 272 hits
PAS mempertahankan kempen mengutamakan produk dihasilkan umat Islam dan menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai kempen memboikot barangan bukan Bumiputera sebagai kurang tepat Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan meng...
Wajib Utamakan Premise Dan Produk Islam Kami Tak Boikot

Wajib Utamakan Premise Dan Produk Islam Kami Tak Boikot

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 352 hits
Kempen kesedaran perlu dimaksimakan kepada WAJIB utamakan premise dan produk Islam kerana kita menuju SAYANGI NEGARA MALAYSIA BERSIH Hentikan pembohongan dan eksploitasi menggunakan tulisan jawi untuk mengelirukan umat Islam Hentikan sikap ...
Tak Bijak Kalau Sertai Kempen Boikot Produk Bukan Muslim

Tak Bijak Kalau Sertai Kempen Boikot Produk Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 572 hits
Kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana bukan sahaja ia boleh menjejaskan perpaduan nasional malah turut merugikan pengguna Ini kerana pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti pada harga yang lebi...
9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim

9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 3175 hits
9 Senarai Produk Kecantikan Keluaran Muslim Sekarang ni tengah sibuk pasal isu dan kempen beli produk buatan orang Islam Satu kempen yang sangat berguna dan membantu ummah Macam ni baru betul dan orang Islam boleh maju MF pun terpengaruh ju...
Mufti Haram Umat Islam Sertai Undian Tukar Agama

Mufti Haram Umat Islam Sertai Undian Tukar Agama

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 277 hits
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata umat Islam mempunyai keimanan bahawa hanya agama Islam merupakan agama yang benar dan diredai di sisi Allah Foto BernamaKUALA LUMPUR 5 Sept Umat Islam haram terlibat dalam undian menukar agama ya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip