Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga


Kedai Kopi Tasik Shah Alam, makan santai sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan.
Kadang-kadang, tempat makan yang paling kita hargai bukanlah yang paling viral atau penuh ulasan di media sosial. Sebaliknya, ia adalah tempat yang menyimpan kenangan, menghadirkan rasa tenang dan membuatkan kita rasa selesa setiap kali melangkah masuk.

Bagi sis, Kedai Kopi Tasik Shah Alam adalah salah satu tempat yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Dulu-dulu, zaman muda, tempat inilah kami lepak bersama kawan-kawan. Makan dengan tenang, borak tanpa had masa, kemudian sambung berjalan-jalan dan bersiar-siar di sekitar Taman Tasik Shah Alam. 




Suasananya sederhana, tapi cukup untuk buat hati rasa lapang dan damai. Hingga hari ini, perasaan itu masih sama setiap kali melangkah ke kawasan ini.

Kini, Kedai Kopi Tasik Shah Alam kekal menjadi pilihan untuk makan santai bersama keluarga. Tempat ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu suasana terlalu sesak atau tergesa-gesa, sebaliknya mencari pengalaman makan yang lebih relaks dan selesa




Lokasi Strategik & Suasana Yang MenenangkanTerletak berhampiran Taman Tasik Shah Alam, Kedai Kopi ini menawarkan kelebihan yang tidak dimiliki oleh semua restoran, pemandangan tasik yang mendamaikan. Selepas makan, pengunjung boleh terus berjalan-jalan di taman, menikmati kehijauan alam dan udara segar.

Pada waktu petang dan malam, suasana di sekitar tasik menjadi lebih indah apabila lampu-lampu dinyalakan. Pantulan cahaya di permukaan air menambahkan rasa tenang, menjadikan pengalaman makan di sini lebih bermakna. Tidak hairanlah jika kedai ini sering menjadi tempat lepak orang ramai, sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau pasangan



Cara Pesanan Yang Unik & Nostalgik
Satu perkara yang menarik tentang Kedai Kopi Tasik Shah Alam ialah cara pelanggan membuat pesanan. Di sini, konsepnya masih mengekalkan gaya lama.

Pelanggan perlu mengambil pensel dan kertas yang disediakan, menulis nombor menu seperti yang tertera di buku menu serta nombor meja sebelum menyerahkan pesanan.

Walaupun kelihatan ringkas, cara ini sebenarnya memberikan sentuhan nostalgia dan membuatkan suasana makan terasa lebih santai. Seolah-olah kembali ke zaman kedai kopi lama yang tidak terlalu bergantung pada teknologi.



Pilihan Menu - Gabungan Kampung & Western
Dari segi pilihan makanan, Kedai Kopi Tasik Shah Alam menawarkan menu yang pelbagai dengan gabungan menu kampung dan western, sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan selera.

Pada kunjungan kali ini, kami memilih menu yang ringkas dan dekat di hati:

Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Cili Padi

Kuey Teow Shah Alam

Air buah tembikai

Nasi goreng kampung dan nasi goreng cili padi sesuai untuk mereka yang sukakan menu klasik dengan sedikit rasa pedas. Kuey Teow Shah Alam pula menjadi pelengkap. Manakala air buah tembikai yang segar membantu menghilangkan dahaga sambil menikmati suasana tasik.

Bagi penggemar menu western, Kedai Kopi ini turut menyediakan pilihan yang boleh dipertimbangkan seperti:

Grilled Lamb Chop

Spaghetti Bolognese

Menu western ini sesuai untuk mereka yang mahu variasi dalam satu meja, terutamanya jika datang bersama keluarga atau rakan-rakan yang mempunyai selera berbeza.


Harga & Nilai KeseluruhanDari segi harga, bagi saya ia berada pada tahap sederhana dan boleh diterima. Bukan terlalu murah, tetapi setimpal dengan lokasi, suasana dan pengalaman makan yang ditawarkan.
Bak kata orang… kalau poket berisi, bolehlah 😄





Apa yang lebih penting, pengalaman makan di sini terasa santai. Tiada tekanan untuk cepat habis makan dan tiada rasa perlu bergegas meninggalkan meja. Ia sesuai untuk mereka yang ingin benar-benar menikmati masa bersama orang tersayang.


Waktu Perniagaan Kedai Kopi Tasik Shah AlamBagi yang ingin merancang kunjungan, berikut adalah waktu perniagaan terkini:

Selasa hingga Khamis: 12:00 tengah hari – 6:40 petang

Jumaat hingga Ahad: 12:00 tengah hari – 9:30 malam

Isnin: Tutup

Ada Peminat TersendiriWaktu malam, terutamanya hujung minggu, sering menjadi pilihan kerana suasananya lebih hidup dengan pencahayaan di sekitar tasik yang menambahkan keindahan persekitaran.

Walaupun selera setiap orang berbeza, kedai ini tetap mempunyai peminatnya tersendiri dan sering dikunjungi oleh orang ramai.

Secara keseluruhan, Kedai Kopi Tasik Shah Alam bukan sekadar tempat makan. Ia adalah ruang untuk berehat, mengimbau kenangan lama dan menikmati detik-detik sederhana yang menenangkan jiwa.

Bagi sis, tempat seperti inilah yang wajar dihargai, tidak terlalu gah, tetapi cukup bermakna!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2025/12/kedai-kopi-tasik-shah-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekelip Mata Berada Di Bangi Shah Alam Selangor Kkia Klia Semalam

Sekelip Mata Berada Di Bangi Shah Alam Selangor Kkia Klia Semalam

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 207 hits
AirAsia Kapal Terbang yang kami naiki deley jam 10 00 malam Tetap bersabar sesuatu yangtidak disangka Sampai cucu tidur lena di Airport KKIA SabahBagaikan Mimpi Sekelip Mata Berada Di Homestay Bangi Selangor Semalam banyak kenangan indah da...
Trailer Smashes Into Kota Kemuning Toll Booth In Shah Alam Seven Injured

Trailer Smashes Into Kota Kemuning Toll Booth In Shah Alam Seven Injured

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 125 hits
Seven people including a toll attendant were injured after a trailer crashed into the Kota Kemuning toll booth and collided with two other vehicles Pictures from social mediaKUALA LUMPUR Dec 11 Seven people were injured when a trailer colli...
Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 190 hits
Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia Ada yang datang untuk belajar dan bekerja ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada...
Rutin Check Up Bonda Di Kks Singgah Makan Di Tea Garden

Rutin Check Up Bonda Di Kks Singgah Makan Di Tea Garden

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 154 hits
Pepagi lagi Kak Ndak dah peringatkan yang bonda ada temujanji di Klinik Kesihatan Setapak kat dalam grup family Peringatan tu untuk adik beradik alert akan kesihatan bonda ingatan buat chef Ross yang akan jadi chauffeur tapi bagi umi no hal...
Nasi Lemak Kegemaran Saya Dan Mengingati Kematian

Nasi Lemak Kegemaran Saya Dan Mengingati Kematian

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 70 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang bab kematian Bersembanglah realiti bab kita akan mati Seorang ayah seorang ibu seorang suami atau isteri bercakaplah bab kematian sekarang kita bersama anak anak kita berdoa semoga ...
Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir

Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 112 hits
Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir Sepanjang hujung minggu yang lalu ribuan pek bantuan diagihkan kepada keluarga yang terkesan akibat banjir di Perlis Kedah Pulau Pinang dan Perak Inisiatif kebajikan yang dij...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 166 hits
Pagi ni aku bangun awal sikit anak anak dah merengek nak nasi lemak homemade Syabil tujuh tahun dah bangun dan datang pegang pinggan cantik dari dapur Umie ajar Syabil hidang hari ni katanya dengan mata berbinar Aku senyum okay sayang kita ...
Wanita Cantik Ini Suka Makan Bangkai Haiwan

Wanita Cantik Ini Suka Makan Bangkai Haiwan

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 96 hits
Tidak ada orang di dunia ini yang gemar memakan bangkai Jangankan memakan mencium baunya saja pasti anda akan lari jauh Namun perkara itu tak berlaku bagi seniman ini Ini kerana wanita bernama Elle Kaye mengaku bahawa ia hobi memakan bangka...
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah