Umno Makin Keliru Dengan Parti Sendiri


 


MKT Umno ada kuasa mutlak tangguh pemilihan parti, kata Ahmad Maslan

Faiz Zainudin -August 7, 2021 Ahmad Maslan berkata beliau berharap penjelasan itu menyelesaikan polemik antara Umno dan JPPM.PETALING JAYA: Peguam Umno berpandangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mempunyai kuasa mutlak untuk menangguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan seperti pemakluman dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, ini selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan Umno.
“Keputusan mesyuarat MKT pada 7 Julai 2021 yang dimaklumkan kepada JPPM melalui surat Umno bertarikh 30 Julai 2021 hanyalah untuk mengesahkan keputusan yang dibuat melalui resolusi pekeliling pada 18 Jun 2021.
“Pentafsiran yang diberikan oleh peguam cara Umno terhadap Fasal 10.16 Perlembagaan Umno dengan jelas menyatakan bahawa penangguhan pemilihan Umno adalah kuasa mutlak MKT. Oleh sebab itu, Umno hanya perlu memaklumkan kepada pihak JPPM,” katanya ketika sidang media khas menjelaskan isu penangguhan pemilihan parti antara Umno dengan JPPM.
Ahmad turut memaklumkan, isu yang dibangkitkan JPPM dalam surat bertarikh 6 Ogos 2021, bahawa tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021, tidak lagi berbangkit.
Semalam Ketua Pengarah JPPM Jasri Kasim dilaporkan berkata, keputusan MKT Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah kerana dibuat selepas tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.
Sehubungan itu, Jasri meminta Umno membuat permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan, dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada JPPM dalam tempoh terdekat.
Ahmad Maslan turut memaklumkan berdasarkan kronologi, MKT Umno mula memutuskan penangguhan pemilihan parti tahun ini pada 19 Februari lalu, sebelum merujuknya kepada ROS, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) antara 27 April dan 24 Mei.
Katanya, MKT secara bersemuka pada 25 April 2021 di Aras 39, Menara Dato Onn, membuat keputusan untuk merujuk kepada JPPM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan pandangan berhubung mengadakan mesyuarat dan pemilihan parti dalam suasana pandemik Covid-19 di Malaysia.
Pada 18 Jun lalu, 52 daripada 56 ahli MKT Umno secara resolusi edaran bersetuju menangguhkan pemilihan parti kerana tidak pernah melaksanakannya secara maya.
“Pihak JPPM juga telah memperakui penerimaan surat Umno bertarikh 24 Jun 2021 melalui surat ROS bertarikh 19 Julai 2021 yang antara lain menyatakan bahawa JPPM tiada halangan terhadap penangguhan pemilihan parti Umno.
“Keputusan ini mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan Umno.”
Ahmad Maslan berkata, beliau berharap penjelasan berkenaan dapat menyelesaikan polemik antara Umno dan JPPM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/umno-makin-keliru-dengan-parti-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keabsahan Mt Umno Tamat Ahli Parlimen Tak Terikat Arahan Parti

Keabsahan Mt Umno Tamat Ahli Parlimen Tak Terikat Arahan Parti

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 244 hits
Berikutan keputusan terbaharu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan membatalkan penangguhan pemilihan UMNO menyebabkan suhu politik parti itu kembali panas Ini disebabkan keabsahan ahli ahli Majlis Tertinggi UMNO telah pun tamat pada 30 Jun lalu s...
Ros Keluar Arahan Kepada Umno Adakan Pemilihan Parti

Ros Keluar Arahan Kepada Umno Adakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 681 hits
Surat ROS bertarikh 19 Julai 2021 menyatakan tiada halangan dengan penangguhan pemilihan UMNO KUALA LUMPUR UMNO tidak menjangka menerima surat peringatan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meminta parti itu menetapkan tarikh untuk...
Presiden Caretaker Umno Ditentang Di Bahagian Sendiri

Presiden Caretaker Umno Ditentang Di Bahagian Sendiri

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 304 hits
AGENDA DAILY Kain rentang mendesak Presiden caretaker UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dipasang di bahagian Bagan Datuk Bukan setakat ratusan bahagian UMNO di seluruh Malaysia mendesak Presiden caretaker UMNO Datuk Seri Ah...
Ketua Bahagian Bersatu Pekan Pula Isytihar Keluar Parti Kembali Semula Kepada Umno

Ketua Bahagian Bersatu Pekan Pula Isytihar Keluar Parti Kembali Semula Kepada Umno

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 313 hits
BENTONG Ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pekan Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamed hari ini mengambil keputusan untuk keluar dari parti berkenaan yang disertainya sebelum ini dengan menyertai UMNO Borang kemasukan semula ke dalam U...
Umno Pahang Sokong Penuh Keputusan Zahid Parti Itu Berpihak Kepada Agong Tolak Pm Pn

Umno Pahang Sokong Penuh Keputusan Zahid Parti Itu Berpihak Kepada Agong Tolak Pm Pn

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 299 hits
KUANTAN UMNO Pahang menyokong penuh kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pendirian parti itu untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah UMNO Pahang juga berset...
Umno Kenapa 2 Surat Berbeza Jppm Berkait Pemilihan Parti

Umno Kenapa 2 Surat Berbeza Jppm Berkait Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 238 hits
Minderjeet KaurDua surat berbeza yang diterima Umno dengan satu daripadanya bertarikh 19 Julai yang bersetuju dengan penangguhan pemilihan parti itu sementara satu lagi bertarikh 6 Ogos menolaknya PETALING JAYA Adakah Jabatan Pendaftaran Pe...
Umno Sedia Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Asyraf Wajdi

Umno Sedia Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 267 hits
By August 12 2021 Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf WajdiUMNO mengambil pendirian bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana mana parti membentuk kerajaan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tumbang Malah Ketua Pemuda UMNO Datu...
Mic Tuntut Majlis Tertinggi Bn Bersidang Segera Umno Wajib Perjelas Pendirian Parti Dan Isu Ros

Mic Tuntut Majlis Tertinggi Bn Bersidang Segera Umno Wajib Perjelas Pendirian Parti Dan Isu Ros

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 317 hits
by KUALA LUMPUR Ogos 12 Parti MIC mengesahkan telah memohon satu mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan parti itu mendapatkan penjelasan terperinci berhubung pendirian terkini UMNO Presiden...
Umno Paya Besar Sokong Keputusan Presiden Parti Bukannya Untuk Kepentingan Peribadi

Umno Paya Besar Sokong Keputusan Presiden Parti Bukannya Untuk Kepentingan Peribadi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 286 hits
KUANTAN Pendirian UMNO Paya Besar menyokong keputusan parti untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan kerana kepentingan peribadi Keputusan itu dibuat selari dengan keputusan p...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula