Ketua Bahagian Bersatu Pekan Pula Isytihar Keluar Parti Kembali Semula Kepada Umno


 

BENTONG –  Ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pekan, Datuk Wan  Abu Bakar Wan Mohamed hari ini mengambil keputusan untuk keluar dari parti berkenaan yang disertainya sebelum ini dengan menyertai UMNO.
Borang kemasukan semula ke dalam UMNO diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini, hari ini. Penyerahan tersebut turut disaksikan Setiausaha UMNO negeri, Datuk Ab Hamid Nazahar.
Datuk Wan Abu Bakar dalam kenyataan ringkasnya menjelaskan UMNO adalah sebuah parti besar dan wadah perjuangan orang Melayu yang mana pada satu ketika dahulu menentang Malayan Union serta menuntut kemerdekaan dan selepas merdeka bersama dengan rakan-rakan Barisan Nasional (BN) lain pula mentadbir dan membangunkan negara yang rakyat berbilang kaum.
“Peranan ini sangat besar kepada orang Melayu dan wadah ini sepatutnya kita tidak boleh abaikan. Hari ini saya isytiharkan letak jawatan ketua Bahagian Bersatu Pekan dan menyertai UMNO. Insya Allah kita bersama-sama untuk  memberikan semangat kepada UMNO Pahang yang telah membina UMNO ini dengan baik,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan syukur kerana hari ini mendapat perkhabaran baik untuk UMNO negeri berkenaan khususnya dan UMNO secara amnya.
“Alhamdulillah syukur kerana hari ini kita sekali lagi mendapat satu perkhabaran baik untuk UMNO Pahang khususnya dan UMNO secara umumnya apabila kembalinya Datuk Wan Abu Bakar kepangkuan UMNO. Sebelum ini beliau adalah ketua Bersatu Pekan malahan sebelum ini Tan Sri Tengku Azlan juga telah pun melepaskan jawatan Ketua Bersatu Temerloh.
“Saya percaya dan yakin ini suntikan semangat kepada kita selain turut memberikan inspirasi dan diharap dengan kembalinya kedua-dua tokoh yang ada pengalaman kembali kepangkuan UMNO boleh menguatkan parti.
“Macam dapat suntikan ‘vaksinlah’…kita serulah lagi kepada mereka diluar sana kembali kepada parti. Boleh tengok rekod sejak merdeka kita sentiasa bersama rakyat. Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang  tampil ke depan kita boleh lihat yang pakai baju UMNO. Kita memang mahu bersama rakyat dan itulah prinsip perjuangan UMNO daripada dulu higga sekarang,” ujarnya.-
Beberapa hari lalu Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar mengumum peletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Temerloh serta merta dan kembali ke pangkuan UMNO.
Dalam sidang medianya, beliau turut menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Katanya, beliau membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin dan percaya UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam.
“Saya mengambil kesempatan pada petang untuk menyerahkan borang keahlian saya kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan saya memilih untuk menjadi ahli UMNO Bahagian Paya Besar,” ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/ketua-bahagian-bersatu-pekan-pula.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Umno Bahagian Selar Tindakan Berani Ahli Parlimen Maran Membelakangi Parti

Ketua Umno Bahagian Selar Tindakan Berani Ahli Parlimen Maran Membelakangi Parti

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 350 hits
MARAN UMNO Bahagian Maran kecewa terhadap kenyataan Ahli Parlimen Maran Dato Sri Dr Haji Ismail Abd Muttalib yang membuat pengumuman terbuka menyokong penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional Ketua UMNO...
Tengku Azlan Letakkan Jawatan Ketua Bersatu Temerloh Umum Kembali Ke Pangkuan Umno

Tengku Azlan Letakkan Jawatan Ketua Bersatu Temerloh Umum Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 633 hits
KUANTAN Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Temerloh Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar membuat kejutan apabila kembali ke pangkuan UMNO dan meletak jawatan daripada Bersatu Tengku Azlan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi...
Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 309 hits
Perhatian akan tertumpu kepada Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sekiranya parti itu kembali berkuasa di peringkat persekutuan kata penganalisis KOTA KINABALU Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kep...
Ketua Bahagian Lancar Gerakan Singkir Zahid Tak Setuju Keluar Pn

Ketua Bahagian Lancar Gerakan Singkir Zahid Tak Setuju Keluar Pn

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 377 hits
agendadaily com7 8 2021Pemimpin akar umbi UMNO lancar gerakan menyingkirkan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pemimpin akar umbi UMNO seluruh negara kini sudah melancarkan gerakan untuk menyingkirkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahi...
Setelah Engkar Enam Tuntutan Umno Pandai Pula Bersatu Kemuka Syarat

Setelah Engkar Enam Tuntutan Umno Pandai Pula Bersatu Kemuka Syarat

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 278 hits
Perikatan Nasional tidak tunai enam tuntutan UMNO ketika mula tubuh kerajaan Hal ini jangan kita lupa Pada 12 hb Mac 2020 Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengemukakan enam tuntutan kepada Kerajaan baru Perdana Menteri kelapan Tan Sri Maha...
Ros Keluar Arahan Kepada Umno Adakan Pemilihan Parti

Ros Keluar Arahan Kepada Umno Adakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 697 hits
Surat ROS bertarikh 19 Julai 2021 menyatakan tiada halangan dengan penangguhan pemilihan UMNO KUALA LUMPUR UMNO tidak menjangka menerima surat peringatan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meminta parti itu menetapkan tarikh untuk...
100 Ketua Bahagian Umno Mahu Zahid Berundur

100 Ketua Bahagian Umno Mahu Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 243 hits
August 8 2021 Lebih 100 ketua bahagian UMNO di seluruh negara didakwa bersepakat untuk meminta Presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur dan berehat pada pemilihan parti akan datang Perkara itu didedahkan Ketua UMNO Ba...
With Mca Backing Bersatu Could Umno Turn To Dap

With Mca Backing Bersatu Could Umno Turn To Dap

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 253 hits
MCA s decision to side with Bersatu by backing the current government will lead to a parting of ways between the party and its longtime partner Umno according to a political scientist Wong Chin Huat said the Umno MCA alliance had been appro...
Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 228 hits
gemilangdaily comUmno Sabah kekal kerjasama dengan kerajaan dipimpin Bersatu UMNO Sabah menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Dalam satu ke...
Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives