Mic Tuntut Majlis Tertinggi Bn Bersidang Segera Umno Wajib Perjelas Pendirian Parti Dan Isu Ros


by Berita Gerak Malaysia
August 12, 2021


KUALA LUMPUR, Ogos 12 – Parti MIC mengesahkan telah memohon satu mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan parti itu mendapatkan penjelasan terperinci berhubung pendirian terkini UMNO.

Presiden, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, mesyuarat itu perlu diadakan segera bagi membolehkan cadangan UMNO untuk membawa dahulu pendirian parti itu menarik sokongan daripada kerajaan PN serta-merta ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, dapat direalisasikan.

Jelas beliau lagi, MIC akan bertanya soalan-soalan sepatutnya kepada Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kesan pendirian terkini UMNO terhadap status ahli-ahli Parlimen BN ketika ini.

Hal ini susulan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sudah menjelaskan keputusan penangguhan pemilihan UMNO selepas 30 Jun lalu tidak sah dengan semua perjawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti termasuk Presiden hanya bersifat ‘caretaker’.

“Cadangan supaya UMNO membawa dahulu ketetapan menarik sokongan daripada kerajaan PN, ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN sudah kita kemukakan lebih awal.

“Kita sudah minta mesyuarat itu diadakan dalam masa terdekat kerana UMNO kini berdepan isu dengan status kepimpinan parti itu.

“Oleh kerana RoS berpandangan kepimpinan UMNO ketika ini bersifat ‘caretaker’, pendirian terkini UMNO perlu dibincangkan dahulu dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN bagi membolehkan kami mengenal pasti implikasinya terhadap status ahli-ahli Parlimen BN termasuk parti itu sendiri,” kata beliau.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaru Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim yang mengesahkan MKT UMNO diketuai Ahmad Zahid selaku Presiden parti itu kini hanya bersifat ‘caretaker’ dan sekadar berkuasa menjalankan kerja-kerja pentadbiran biasa parti setelah tamat tempoh penggal kepimpinan pada 30 Jun lalu.

BN kini dianggotai empat parti komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

Bercakap kepada sebuah portal berita tempatan, Jasri turut menegaskan UMNO perlu membawa sebarang cadangan pelaksanaan atau keputusan dasar parti ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 terlebih dahulu kerana status terkini kepimpinan MKT parti itu yang lebih kepada ‘caretaker’ sahaja.

Terdahulu, RoS dalam satu surat bertarikh 6 Ogos lalu menjelaskan keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu bagi tempoh 18 bulan, dianggap tidak sah.

RoS memberi alasan UMNO hanya menghantar surat keputusan penuh MKT UMNO yang memuktamadkan pendirian menangguhkan pemilihan parti itu selama 18 bulan pada 7 Julai lalu, sedangkan tempoh perjawatan MKT tamat pada 30 Jun.

Terdahulu pada 3 Ogos lalu, UMNO melalui mesyuarat MKT memuktamadkan pendirian untuk menarik sokongan terhadap Perdana Mentri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta-merta.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/mic-tuntut-majlis-tertinggi-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Surat Umno Kepada Menteri Timbalan Menteri Tuntut Letak Jawatan Segera

Tular Surat Umno Kepada Menteri Timbalan Menteri Tuntut Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 592 hits
agendadaily comSurat yang sedang tular dalam media sosial Sepucuk surat dikeluarkan pejabat Setiausaha Agung UMNO sedang tular dalam media sosial yang dihantar kepada semua Ahli ahli Parlimen parti itu termasuk Menteri dan Timbalan Menteri ...
Majlis Tertinggi Umno Menyokong Pencalonan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Baharu

Majlis Tertinggi Umno Menyokong Pencalonan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat sebentar tadi Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini dalam pertemuan dengan ahli ahli Parli...
Nazri Shahidan Tak Mahu Layan Surat Umno Tuntut Pendirian

Nazri Shahidan Tak Mahu Layan Surat Umno Tuntut Pendirian

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 209 hits
agendadaily com6 8 2021Dua pemimpin senior UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Nazri Aziz tidak mahu melayan surat diberikan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan Dua pemimpin senior UMNO Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri S...
Ahli Mic Keluar Parti Blur Pendirian Parti

Ahli Mic Keluar Parti Blur Pendirian Parti

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 205 hits
Ahli MIC keluar parti blur pendirian parti Ahli MIC keliru dengan keputusan pimpinan yang menjarakkan diri dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kata bekas setiausaha agung MIC G Kumar Aamaan Kumar menyifatkan keputusan MIC tidak bersama ...
Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 495 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid...
Ros Keluar Arahan Kepada Umno Adakan Pemilihan Parti

Ros Keluar Arahan Kepada Umno Adakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 688 hits
Surat ROS bertarikh 19 Julai 2021 menyatakan tiada halangan dengan penangguhan pemilihan UMNO KUALA LUMPUR UMNO tidak menjangka menerima surat peringatan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meminta parti itu menetapkan tarikh untuk...
Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 338 hits
IMBAS Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum bergerak menuju ke Jalan Parlimen berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen Kuala Lumpur Foto HAFIZ SOHAIM...
Parlimen Tidak Boleh Bersidang Umno Pula Dipaksa Buat Pemilihan

Parlimen Tidak Boleh Bersidang Umno Pula Dipaksa Buat Pemilihan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 248 hits
MUHYIDDIN lupa yang rakyat tidak bodoh Mereka boleh lihat bagaimana Muhyiddin seolah olah menyalahgunakan kuasa dengan mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenakan tekanan terhadap UMNO dalam isu pemilihan parti tersebut Umno membidas...
Pas Ambil Langkah Untuk Satukan Umat Islam Melalui Tiga Parti Utama Pas Umno Ppbm

Pas Ambil Langkah Untuk Satukan Umat Islam Melalui Tiga Parti Utama Pas Umno Ppbm

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 267 hits
KOTA BHARU Parti Islam SeMalaysia menggunakan acuan yang dirintis Nabi Muhammad s a w dalam peristiwa hijrah ke Madinah bagi menghadapi cabaran memerintah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan kepercayaan Presiden PAS Dato Seri...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

Kehilangan Pamela Ling 12 Saksi Diambil Keterangan Polis

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin

Dr Afif Hentikan Retorik Rafizi Perlu Letak Jawatan Negara Perlukan Menteri Ekonomi Komited

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Skywalk Aiyerweng Talay Mok Ayoeweng Di Betong

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online

Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit