Umno Bakal Dilenyapkan Oleh Bersatu Ujar Pemimpin Muda Umno


mhdaily.net
06/10/2020 3:00 PM

Keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sabah bulan lalu menunjukkan perlunya Umno membuat perubahan dalaman atau hadapi berisiko dilenyapkan PPBM, menurut seorang pemimpin muda.

Wan Agyl Wan Hassan, ketua penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, berkata ahli parti berhak marah kerana Umno berubah dari menjadi kuasa dominan dalam politik kepada pemain kecil dalam pentadbiran Perikatan Nasional.

“Lebih buruk lagi, PRN Sabah mengecilkan kemenangan pilihan raya Barisan Nasional sebelum ini dan membolehkan PPBM menunggang usaha kita menekankan kegagalan Pakatan Harapan selepas menjadi sebahagian daripada pentadbiran PH,” katanya kepada FMT.

Katanya, dalam politik hari ini orang tidak akan ingat pencapaian masa lalu dan akan tumpu pada prestasi semasa parti politik. Di situlah katanya Umno dan BN “dilupakan”.

“Salah satu sebabnya kerana kepemimpinan gagal merunding perjanjian yang lebih baik untuk kita dalam pakatan besar itu dan kegagalan mereka untuk faham kemahuan akar umbi dan penyokong.

“Kita nampak seperti selesa menjadi ‘adik kecil’ walaupun mempunyai kerusi terbanyak. Kurangnya pandangan jauh dan hala tuju yang strategik dari kepemimpinan semasa menyebabkan kita bermain ikut rentak PPBM.”

Kenyataan Wan Agyl ini menyusuli teguran pemimpin Umno, Nazri Aziz, agar hubungan antara parti Melayu itu dengan PPBM ditamatkan, dan mendakwa demikianlah kemahuan akar umbi Umno.

Wan Agyl berkata pandangan akar umbi sememangnya penting namun Umno tidak boleh mengukur kekuatan berdasarkan akar umbi semata-mata kerana “politik sudah berubah”.

Memetik contoh DAP, katanya, parti itu berjaya meletakkan ia sebagai parti berbilang kaum walaupun merupakan parti yang didominasi orang Cina. Parti itu mendapat sokongan orang ramai kerana memenangi permainan persepsi, katanya.

“Jumlah keahlian yang besar mungkin berkesan beberapa dekad lalu tetapi di Malaysia hari ini, parti politik semakin kurang penting,” katanya. Orang ramai kini lebih cenderung kepada hujah berdasarkan fakta dan isu yang mempengaruhi kehidupan seharian.

Wan Agyl berkata walaupun ramai ahli Umno mahu parti itu berpisah dengan PPBM, persoalan sebenar ialah sama ada Umno dan BN sudah cukup berubah untuk meraih kepercayaan rakyat dan berdiri sendiri.

“Umno dan BN memerlukan perubahan struktur, ini banyak dibincangkan selepas kita kalah pada PRU-14, tetapi tiada yang konkrit berlaku.

“Bagi saya, kita memerlukan peralihan kepemimpinan, untuk membolehkan perubahan generasi yang sangat diperlukan dalam parti. Parti ini perlu berkembang menjadi sebuah organisasi idea, platform memupuk ahli, penyokong, dan rakyat yang berfikir.”

Umno harus menjadi sebuah parti yang membolehkan setiap segmen keahlian dan masyarakat umum membincangkan dan mengembangkan dasar yang baik untuk menangani isu yang melanda negara dan dibelenggu rakyat dengan berkesan.

Malah sebagai sebahagian daripada kerajaan, para pemimpin Umno perlu menyuarakan isu sebenar dan menekan kerajaan untuk membuat dan melaksanakan dasar yang lebih baik berdasarkan bukti dan bukannya retorik.

“Tanpa kemahuan politik untuk benar-benar berubah dari dalam ke luar, perbincangan dan strategi tanpa henti untuk menjadikan Umno lebih baik akan jadi sia-sia.”

Katanya, pemimpin dan ahli Umno mesti ingat PPBM ditubuhkan untuk menggantikannya.

“Sekiranya kita tidak bertindak sekarang, objektif untuk melenyapkan Umno dari politik Malaysia mungkin akan tercapai dan lebih buruk lagi, kita tidak sedar.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/10/06/jumlah-kerusi-tak-akan-selamatkan-kita-dari-ppbm-kata-pemimpin-umno/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/umno-bakal-dilenyapkan-oleh-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersediakah Umno Untuk Dikuburkan Oleh Bersatu

Bersediakah Umno Untuk Dikuburkan Oleh Bersatu

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 314 hits
BERSATU SEDANG DIBINA UNTUK GANTI UMNO Shahbudin Husin Antara parti yang menyebabkan UMNO kalah dalam PRU14 lalu adalah Bersatu Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Tun Mahathir Mohamad Pengerusi Bersatu telah membawa parti itu berg...
Bersatu Sedang Dibina Untuk Menggantikan Umno

Bersatu Sedang Dibina Untuk Menggantikan Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 418 hits
Antara parti yang menyebabkan UMNO kalah dalam PRU14 lalu adalah Bersatu Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Tun Mahathir Mohamad Pengerusi Bersatu telah membawa parti itu bergabung dengan PH bagi tujuan menumbangkan UMNO dan BN Se...
Berkuburnya Umno Jika Bergantung Pada Bersatu Dan Pas Serta Malaysia Runtuh Jika Perpaduan Kaum Tidak Dijaga

Berkuburnya Umno Jika Bergantung Pada Bersatu Dan Pas Serta Malaysia Runtuh Jika Perpaduan Kaum Tidak Dijaga

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 351 hits
HAMDAN TAHABn dan umno jika nak kuat semula perlu berkeadaan asal iaitu bertanding di semua kerusi di peringkat parlimen dan adun Baru lah semua ahli dan bahagian berfungsi dan aktif Baru ramai ketua bahagian dan sesiapa sahaja yang rasa na...
Umno Pas And Bersatu To Meet Over Anwar S Claim Of Formidable Parliamentary Support

Umno Pas And Bersatu To Meet Over Anwar S Claim Of Formidable Parliamentary Support

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 408 hits
Umno PAS and Bersatu will meet this week over Anwar s claim of having formidable support among lawmakers Pictue by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Sept 30 The three main Malay parties Umno PAS and Bersatu will meet this week to discuss PKR presid...
Patutlah Pas Sayang Lebih Pada Bersatu Berbanding Umno

Patutlah Pas Sayang Lebih Pada Bersatu Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 337 hits
Aku melihat ramai kawan kawan UMNO yang marah Sejak dari awal lagi mereka bagai tidak setuju BN menganggotai Kabinet Malaysia Sudah tentu bayangan Dato Seri Azmin Ali Zuraidah dan seangkatan dengannya menjadi alasan utama Tambahan pula Pres...
Pemimpin Umno Yang Menyokong Anwar Wajar Dipecat

Pemimpin Umno Yang Menyokong Anwar Wajar Dipecat

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 296 hits
TUN ABDUL HAMID Mengikut kenyataan DS Ismail Sabri yang dibuat di Sabah MT dan ahli ahli Parlimen UMNO telah membuat keputusan 1 Jika hendak menyokong sesuatu gabungan ia mestilah dibuat secara en bloc bukan secara individu 2 Sesiapa yang m...
Berita Video Rentasan 748 Pemuda Umno Berang Pemuda Bersatu Perkecil Umno Bn

Berita Video Rentasan 748 Pemuda Umno Berang Pemuda Bersatu Perkecil Umno Bn

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 307 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7481 RUPANYA 70 MENTERI MASIH TAK CUKUP UNTUK KERAJAAN TEBUK ATAP 2 BERSATU IBARAT CACING MENELAN NAGA 3 PAS TEBUK ATAP DEMI PERPADUAN 4 RAKYAT MEMERHATI TOLAK PENGKHIANAT
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harga Durian 2025 Terbaru Jun

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam