Berkuburnya Umno Jika Bergantung Pada Bersatu Dan Pas Serta Malaysia Runtuh Jika Perpaduan Kaum Tidak Dijaga
HAMDAN TAHA
Bn dan umno jika nak kuat semula perlu berkeadaan asal iaitu bertanding di semua kerusi di peringkat parlimen dan adun...
Baru lah semua ahli dan bahagian berfungsi dan aktif. Baru ramai ketua bahagian dan sesiapa sahaja yang rasa nak jadi calun keluar duit dan berbelanja dan buat program maka ahli dan cawangan bole di gerakan...
Tapi jika berjongsi kerusi dengan pas dan bersatu....akan merosotkan Bn dan Umno. Jika dapat kerusi yang di peruntukan dalam gabungan hanya 50 kerusi...maka umno akan aktif di semua kawasan itu sahaja....di kelantan...terengganu...kedah...dan banyak tempat lagi umno akan mati terus....sebab tidak ada sebab ketua bahagian beria ia melaksanakan program dan keluar duit jika sekadar menguatkan pas dan bersatu...kerusi semua depa punya...jawatan semua depa punya....
Umno dan BN tak perlu bimbang dengan pecah undi...lihat sahaja di sabah sebagai contoh terbaik...umno sentiasa di perlukan...apabila ada jumlah kerusi yang di menangi....
Ayat Umno tampa DAP....dan DAP tampa Umno ni ayat politik sahaja....Bersatu dan Pas jika mereka perlu dan terdesak mereka lebih awal menghulur tangan dan berpelukan dengan DAP....bukti sejarah tak boleh nak tipu....
Jika MCA dan MiC dalam BN tak boleh menang...kita di Malaysia ini tak boleh hanya ujud kerajaan Melayu sahaja...kita kena ujud kerajaan yang mejoriti Melayu tetapi ada semua bangsa di dalamnya....baru boleh maju dan bertahan...
Jika lah Malaysia ni tampa Cina dan bukan Melayu....hanya ada orang Melayu sahaja...bagi saya dah lama kita berperang saudara...dan tidak boleh aman....seperti di Afganistan....masa menentang Rusia boleh bersatu...tapi bila dah menang...bergaduh sesama sendiri lebih teruk dari menentang Rusia....
Bayangkan jika Malaysia hanya ada orang Melayu sahaja.....berperang dah kita ni sesama sendiri....tetapi dengan adanya bangsa lain maka politik Melayu itu kuat....kerana melayu ada alasan untuk kuat dan bersatu dengan menjadikan bangsa lain itu sebagai modal untuk melayu bersatu dan berdamai...ada timbang tara lagi orang melayu kerana takut kuasa jatuh kepada bukan melayu....alasan dan hujah pun kukuh....
Tapi sekarang kita tak boleh hanya ujud tampa bukan melayu dalam kerajaan....ekonomi dan krisis kaum boleh merosakan negara kita....dunia luar takut untuk melabur dan bekerjasama dengan kita....kerana mereka lihat bila bila sahaja negara kita boleh berperang kerana tidak ada kerjasama kaum berlaku....ini bahaya....
Bagi saya BN dan Umno...juga bersatu dan pas tidak perlu bekerjasama berdepan pru....sama juga pkr dan pejuang parti mahathir....malah kita bebaskan saja negara kita dengan mana mana parti bertanding.....selepas itu bentuk kerajaan campuran....jika ada pula parti yang dapat mejoriti seperti Bn lebih baik.....rakyat pun enjoy....syarat isu kaum dan isu agama tidak di jadikan modal utama....baik dap...mau pun pas...bersatu dan umno jangan kaitkan isu isu sensetif sebagai isu utama....
Untuk lima tahun ke depan ini ekonomi dunia sangat bermasalah....mana mana negara ada masalah politik dan krisis kaum akan bertambah masalah....negara akan hancur....kita malaysia antara negara yang ekonomi pun hancur.....politik pun hancur...kerjasama kaum pun hancur......
Saya menjangkakan selepas ini keluarga Mahatir pun habis keluarga LKS pun tamat....ini akan menuju keadaan lebih baik.....Mahathir Daim watak yang perlu di bungkus dan di tamam....dan keluarga LKS juga perlu di buang dari politik Malaysia....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/10/berkuburnya-umno-jika-bergantung-pada.html