Ubat Ulser Mulut Ini 10 Pilihan Terbaik Berkesan


Ubat ulser mulut sangat berguna digunakan untuk merawat masalah mata ikan pada bahagian mulut khususnya.
Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat ulser mulut yang boleh anda guna untuk merawat masalah mata ikan dalam mulut.
Baca juga:
Cara Hilangkan Ulser Mulut Ulser Lidah Ulser Mulut Jenis ubat ulser mulut Ubat ulser mulut boleh didapatkan di pasaran dengan tiga jenis iaitu ubat gel, ubat pes, dan ubat kumur.
Ubat gel: mengandungi bahan anti radang, antiseptik dan analgesik (tahan sakit) Ubat pes: memberi perlindungan dengan membentuk lapisan menutup ulser. Mempunyai sifat anti-radang untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Ubat kumur: mengandungi sifat antiseptik untuk menghalang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut Senarai ubat ulser mulut Berikut adalah beberapa ubat ulser mulut yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk kelegaan sementara:
Ubat ulser mulut 1. Oralon Ubat ulser mulut yang pertama adalah Oralon. Ia adalah ubat kumur antibakteria yang menghalang plak gigi daripada terbentuk.
Ubat ini ditetapkan untuk membantu dalam rawatan dan pencegahan gingivitis, serta mengekalkan kebersihan mulut.
Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan pembaikan gingival selepas pembedahan atau rawatan periodontal.
Bahan-bahan: Chlorhexidine Gluconate
Cara penggunaan: Kumur 10ml Oralon, dua kali sehari selama 1 minit.
Beli Di Shopee 2. Difflam forte Difflam forte memberikan kelegaan pantas kepada masalah bengkak tekak dan mulut yang menyakitkan akibat sakit tekak, tonsilitis, ulser mulut, kesan selepas pembedahan mulut atau mukositis mulut.
Penggunaan ubat ulser mulut jenis semburan sesuai untuk kawasan yang cukar dicapai seperti di bahagian belakang tekak. Muncung panjang membantu menyasarkan punca kesakitan dengan berkesan.
Bahan-bahan: Benzydamine hydrochloride 3mg/mL
Cara penggunaan: Untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, sembur 2-4 kali terus ke bahagian yang sakit dan telan berlahan-lahan. Untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, sembur 2 kali terys ke kawasan yang sakit dan telan perlahan-lahan. Ulang setiap 1.5-3 jam jika perlu.
Beli Di Shopee 3. Keno Keno Oral Paste bahan pes yang berfungsi dengan mengaktifkan sebatian kulit semula jadi untuk meminimumkan bengkak, kemerahan dan kerengsaan yang berkaitan dengan keradangan mulut atau ulser.
Bahan-bahan: Triamcinolone acetonide, Hydrocarbon gel, carboxymethylcellulose sodium, Pectin
Cara penggunaan: Picit sedikit Keno pada putih kapas dan sapukan perlahan-lahan pada bahagian yang sakit tanpa menggosok sehingga terbentuk lapisan nipis
Beli Di Shopee 4. Oradex Oradex adalah ubat ulser mulut yang disyorkan oleh doktor gigi seluruh dunia. Ia terbukti berkesan terhadap mikroorganisma di dalam mulut.
Chlorhexidine ialah antiseptik oral “Gold Standard” spektrum luas yang berkesan terhadap bakteria, kulat, fungi, beberapa protozoa, alga dan virus. 
Ia mempunyai keberkesanan intrinsik yang tinggi dan tindakan ‘sisa’ yang berpanjangan.
Terbukti secara klinikal, ia adalah pilihan utama untuk pencegahan dan rawatan penyakit periodontal, gusi bengkak dan berdarah, ulser mulut dan jangkitan mulut dan tekak biasa yang lain.
Bahan-bahan: Chlorhexidine Gluconate and is alcohol, paraben and SLS free
Cara penggunaan: Kumur larutan Oradex selama 30 saat. Ulang setiap 2-3 jam jika perlu.
Beli Di Shopee 5. Hexidine  Hexidine ialah larutan antimikrob yang membantu menghalang pembentukan plak pada gigi.
Ia gigunakan dalam rawatan dan pencegahan keradangan gusi dan untuk menjaga kebersihan mulut terutamanya dalam keadaan di mana berus gigi tidak dapat digunakan dengan secukupnya.
Bahan-bahan: Chlorhexidine Gluconate
Cara penggunaan: Kumur 10ml Hexidine dua kali sehari selama satu minit.
Beli Di Shopee 6. Bactidol Bactidol ialah ubat ulser mulut antiseptik oral yang berguna untuk melegakan simptom jangkitan mulut dan tekak termasuk ulser mulut yang disebabkan oleh bakteria dan kulat yang mudah terdedah.
Ia mengandungi hexetidine yang bagus untuk persediaan anti-jangkitan dan antiseptik.
Bahan-bahan: Hexetidine dan alkohol
Cara penggunaan: Kumur 15ml Bactidol dua hingga tiga kali sehari selama 45 saat.
Beli Di Shopee 7. Muco-aid Muco-aid liquid adalah ubat ulser mulut yang mempunyai kandungan dan fungsi yang sama dengan Oral Aid iaitu untuk melegakan kesakitan (kebas), mencegah jangkitan bakteria, dan membantu mengurangkan bengkak (anti-radang).
Bahan-bahan: Lignocaine, Chlorhexidine, Triamcinolone
Cara penggunaan: Titis 2-4 titik Muco-aid pada bahagian yang sakit dengan menggunakan putik kapas atau jari yang bersih. Ulang penggunaan selepas 1-2 jam sebaiknya selepas makan dan sebelum tidur.
Beli Di Shopee 8. Oral-aid Oral Aid adalah ubat ulser mulut yang mempunyai kandungan dan fungsi yang sama dengan Muco-aid liquid iaitu untuk melegakan kesakitan (kebas), mencegah jangkitan bakteria, dan membantu mengurangkan bengkak (anti-radang).
Bahan-bahan: Lignocaine, Chlorhexidine, Triamcinolone
Cara penggunaan: Titis 2-4 titik Oral Aid pada bahagian yang sakit dengan menggunakan putik kapas atau jari yang bersih. Ulang penggunaan selepas 1-2 jam sebaiknya selepas makan dan sebelum tidur.
Beli Di Shopee 9. Bonjela Bonjela memberikan kelegaan yang bertindak pantas dan meredakan kesakitan serta ketidakselesaan semasa tumbuh gigi, ulser mulut dan luka, dan gigi palsu. Sesuai untuk kanak-kanak 4 bulan ke atas.
Bahan-bahan: Cetalkonium chloride, ethanol, glycerol, Hypromellose, menthol, purified water, saccharin sodium, Star anise oil
Cara penggunaan: Sapukan pada bahagian yang sakit setiap 3 jam sekali. Tidak sesuai digunakan untuk bayi bawah umur 4 bulan.
Beli Di Shopee 10. Gingival gel Ubat ulser mulut yang terakhir adalah Gingival gel yang membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan gingiva.
Bahan-bahan: Hyaluronic acid, Xylitol, Water, cellulose gum, alcohol, PEG40 hydrogenated castor oil, polyvinyl alcohol, polycarbophil, 2,4 dichlorobenzyl alcohol, flavor, sodium hydroxyde, CI 42090.
Cara penggunaan: Sapu 2-3 kali sehari selepas makan, selama 3 hingga 4 minggu secara berterusan sehingga semua gejala hilang.
Beli Di Shopee Cara sembuhkan ulser mulut secara semulajadi Terdapat juga beberapa cara lain yang boleh anda lakukan di rumah untuk melegakan gejala ulser mulut:
Minum banyak air Amalkan kebersihan mulut yang menyeluruh untuk memastikan mulut sebersih mungkin Kumur mulut dengan air garam suam beberapa kali setiap hari Kumur dengan campuran hidrogen peroksida dan air sebanyak dua kali sehari Elakkan makanan pedas dan panas sehingga ulser sembuh Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan ubat ulser mulut dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Sumber:
Mouth Ulcer. Cleveland Clinic Lepuh & Ulser Mulut. Kementerian Kesihatan Malaysia Jenis Ubat Ulser Mulut. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ubat-ulser-mulut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-ulser-mulut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubat Demam Kanak Kanak Yang Bagus Ini 12 Pilihan Terbaik

Ubat Demam Kanak Kanak Yang Bagus Ini 12 Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 180 hits
Apakah ubat demam kanak kanak yang sesui dan boleh anda gunakan untuk merawat masalah anak yang demam Demam pada kanak kanak adalah masalah biasa yang berlaku Hal ini kerana sistem imun anak masih berkembang kanak kanak mungkin mencipta pyr...
Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering Cuba 10 Pilihan Terbaik

Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering Cuba 10 Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 266 hits
Salah satu cara untuk mengatasi masalah mata kering adalah dengan menggunakan ubat sakit mata jenis titisan yang diberikan doktor atau dibeli di farmasi Ubat titis mata adalah sediaan steril yang digunakan untuk merawat masalah di bahagian ...
Ubat Senggugut Melegakan Period Cramp Ini 9 Pilihan Terbaik

Ubat Senggugut Melegakan Period Cramp Ini 9 Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 197 hits
Ubat senggugut seperti kapsul dan pad pemanas adalah jenis pilihan ubat yang popular digunakan oleh kaum wanita setiap bulan Namun lambakan jenama yang ada di pasaran menyebabkan kadang kala kita rambang mata untuk memilih produk yang terba...
Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri

Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 253 hits
Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak AM b...
Susu Ibu Mengandung 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik

Susu Ibu Mengandung 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 209 hits
Susu ibu mengandung memainkan peranan penting dalam pengambilan nutrisi semasa hamil Mereka perlu mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang untuk menyokong perkembangan janin yang optimum Salah satu komponen penting dalam pengambilan di...
Deko Putih Sepenuhnya Adalah Pilihan Idaman Bagi Semua Orang Dari Langsir Hingga Cat Dinding Inilah Pilihan Terbaik

Deko Putih Sepenuhnya Adalah Pilihan Idaman Bagi Semua Orang Dari Langsir Hingga Cat Dinding Inilah Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 213 hits
Deko putih sepenuhnya sememangnya idaman untuk semua orang Dari langsir cat sehinggalah perabot semuanya putih je Kredit Anis Natasha AB The post appeared first on
Ubat Gegat 6 Fungsi Terbaik Menghapuskan Serangga Perosak

Ubat Gegat 6 Fungsi Terbaik Menghapuskan Serangga Perosak

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 116 hits
Adakah ubat gegat betul betul berkesan untuk menghapuskan dan menghalau lipas di dalam rumah Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan fungsi dan kelebihan yang terdapat dalam ubat gegat Baca juga Apa itu ubat g...
Ubat Selsema Tak Mengantuk Mengantuk Yang Berkesan

Ubat Selsema Tak Mengantuk Mengantuk Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 223 hits
Kajian menunjukkan terdapat beratus ratus ubat selsema yang digunakan dalam bidang perubatan di dunia ini sama ada ubat selsema tak mengantuk atau yang mengantuk Untuk menentukan keperluan dan keberkesanan setiap jenis ubat selsema ini anda...
Heru Budi Ruu Dkj Masih Berproses Di Dpr Pasti Diberikan Yang Terbaik Untuk Jakarta

Heru Budi Ruu Dkj Masih Berproses Di Dpr Pasti Diberikan Yang Terbaik Untuk Jakarta

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 95 hits
Heru menjelaskan pencabutan status ibu kota dari Jakarta ke Ibu Kota Nusantara harus melewati proses yang cukup panjang
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof