Ubat Gegat 6 Fungsi Terbaik Menghapuskan Serangga Perosak
Adakah ubat gegat betul-betul berkesan untuk menghapuskan dan menghalau lipas di dalam rumah?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan fungsi dan kelebihan yang terdapat dalam ubat gegat.
Baca juga:
Ubat Senggugut
Ubat Ulser Mulut
Ubat Demam Kanak-Kanak
Apa itu ubat gegat?
Ubat gegat atau mothball adalah sejenis racun serangga yang banyak digunakan di rumah untuk menghalau serangga perosak yang bergerak merangkak seperti anak lipan, silverfish, kamitetap, moth, dan sebagainya.
Menurut seorang Pakar Kawalan Serangga, ubat ini boleh menghalau lipas adalah satu mitos.
Ini kerana mengikut pengalamannya, ubat ini tidak memberi kesan yang terbaik kepada lipas sebagai agen pembunuh.
Lipas bahkan adalah serangga yang mudah imune terhadap racun sehingga membolehkan ia beradaptasi dengan ubat ini begitu mudah.
Bahan-bahan kandungan
Antara kandungan bahan yang terdapat dalam ubat gegat adalah seperti naftalena, paradiklorobenzena atau kamfor.
Bahan kimia tersebut boleh mengeluarkan bau yang kuat dan susah untuk menghilangkannya.
Ia bersifat pepejal pada suhu bilik dan dijadikan bentuk bebola bulat, serpihan kecil atau pepejal yang perlahan-lahan meruap ke udara.
Fungsi ubat gegat
Sesuai untuk menghapuskan ulat buku atau silverfish
Menghilangkan bau busuk dan kempam khususnya bau yang ada dalam almari
Mengurangkan risiko kerosakan teruk pada pakaian yang diletakkan di dalam almari
Penggunaan yang lebih efektif dan cepat berkesan berbanding aerosol
Untuk membersihkan lantai dan dinding bilik air serta dapur
Wangikan bau kasut yang busuk
Kesan sampingan
Setiap biji ubat ini megandungi 250-500mg naftalin yang boleh menyebabkan hemolisis (gangguan sel darah).
Biasanya anda akan mengalami tanda seperti sawan atau gelugut sekiranya anda termakan 1-2 gram naftalin atau bersamaan 4-8 biji ubat gegat.
Umumnya, paradiklorobenzin adalah kurang kandungan toksinya berbanding naftalin.
Walaupun begitu, bagi orang dewasa yang termakan lebih dari 20g ubat ini boleh menyebabkan toksik. Hal ini kerana paras keracunan paradiklorobenzin adalah antara 500-5000 mg/kg.
Sekiranya ini berlaku dan tidak boleh muntahkannya kembali, segera dapatkan rawatan di hospital untuk rawatan selanjutnya.
Manakala jika bahan kimia ini terkena atau tersentuh pada mata boleh menyebabkan radang dan mata merah. Ianya kerana naftalin boleh menyebabkan kornea cedera dan penglihatan jadi kabur.
Sekiranya ini terjadi, anda perlu mencuci mata dengan air besih selama 15 minit. Jika rasa sakit berlarutan, segera berjumpa doktor bagi mendapat rawatan lanjut.
Cara menggunakan ubat gegat yang betul
Berikut adalah cara penggunaan ubat gegat yang betul dan selamat:
Letakkan ubat gegat di dalam bekas yang bertutup rapat dengan pakaian atau bahan lain yang hendak dilindungi. Bekas bertutup ini mampu untuk menghalang bahan kimia di dalamnya ubat mengewap ke udara dan merebak ke seluruh rumah.
Jangan letakkan di dalam almari, loteng, beg pakaian atau ruang lain tanpa bekas bertutup rapat.
Pastikan cuci semua bahan / pakaian yang terdedah kepada ubat gegat sebelum digunakan.
Penggunaan ubat ini di kawasan luar untuk mengusir binatang seperti tikus, tupai, kelawar, ular atau hidupan liar lain tidak berkesan sama sekali malah akan mencemarkan tanah dan air dengan bahan kimia.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat gegat dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Mothballs: 10 Important Facts to Know. Food Storage Moms
What You Should Know About Mothballs. Department of Health and Hospitals
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ubat-gegat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-gegat