Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering Cuba 10 Pilihan Terbaik
Salah satu cara untuk mengatasi masalah mata kering adalah dengan menggunakan ubat sakit mata jenis titisan yang diberikan doktor atau dibeli di farmasi.
Ubat titis mata adalah sediaan steril (bebas daripda kuman) yang digunakan untuk merawat masalah di bahagian mata.
Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat sakit mata yang boleh anda guna untuk merawat masalah mata gatal.
Baca juga:
Mata Kanan Berkedip
Ketumbit Mata
Bawah Mata Hitam
Masalah mata kering
Mata kering adalah perkara biasa yang berlaku kepada setiap orang. Masalah ini berlaku bila mana mata anda tidak mengeluarkan air mata yang cukup untuk kekal basah atau apabila air mata anda tidak berfungsi dengan betul.
Mata anda biasanya akan jadi kurang selesa dan penglihatan mula kabur dan tidak jelas.
Antara simptom mata kering adalah seperi berikut:
Rasa gatal seperti ada sesuatu dalam mata
Rasa pedih atau terbakar dalam mata
Mata merah
Sensitif terhadap cahaya
Penglihatan kabur
Rawatan untuk mata kering biasanya anda boleh gunakan ubat titis mata yang banyak dijual di farmasi atau kedai ubat.
Senarai ubat sakit mata
Berikut adalah beberapa ubat sakit mata yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk kelegaan sementara:
Ubat sakit mata
1. Optrex Rereshing Eyes Drops
Optrex Rereshing Eyes Drops adalah ubat sakit mata yang mampu menghidratkan dan menyegarkan mata yang kering, letih dan penat.
Produk ini sangat disyorkan khususnya kepada mereka yang memakai kanta mata, menggunakan komputer, ketika memandu, duduk dalam ruangan berpenghawa dingin, dan suasana yang tercemar.
Bahan-bahan: Aqua, Aqua, Hamamelis Virginia (Witch Hazel), Alkohol, Asid Borik, Natrium Borat, Benzalkonium Klorida
Beli Di Shopee
2. Eye Glo Moist
Ubat sakit mata yang seterusnya adalah Eye Glo Moist.
Ia adalah sejenis pelincir mata tidak berminyak yang melembapkan, menyelesakan dan menyegarkan mata kering, penat dan tegang kerana membaca atau bekerja terlalu lama di skrin komputer, berada dalam persekitaran kering dan sebagainya.
Bahan-bahan: Asid Borik, Borax, Benzalkonium Chlorid, EDTA, Hydroxypropylmethylcellulose
Beli Di Shopee
3. Systne Ultra Lubricant
Sekiranya anda mencari perlindungan mata yang kekal dan berpanjangan, Systne Ultra Lubricant adalah solusi terbaik untuk anda pilih.
Ubat sakit mata ini mampu memberi perlindungan menyeluruh menjadikan mata anda berasa selesa lebih lama sekaligus melancarkan aktiviti harian dengan lebih efisien.
Bahan-bahan: Larutan streril yang mengandungi polietilene glikol 400, propilena glikol, hidroksipropil guar, sorbitol, aminomethylpropanol, asid borik, kalium klorida dan natrium klorida
Beli Di Shopee
4. Rohto Dry Aid Eye Drop
Menarik tentang Rohto Dry Aid Eye Drop, ia diformulasikan khas dengan Teknologi Liquid Shield yang memberikan penghidaratan, membaiki filem pemedih mata semula jadi dari semasa ke semasa.
Bukan itu sahaja, produk ini juga mampu membantu melegakan kerengsaan mata sehingga 12 jam serta rasa terbakar akibat mata kering.
Bahan-bahan: Propylene Glycol, Povidone, Asid Borik, Natrium Borat, Menthol, Magnesium Sulfat, Polioksil Stearat, Minyak Kastor Polioksietilene, Poloxamer, Edetate Disodium, Minyak Bijan, Polyhexamethylene Biguanide dan Air
Beli Di Shopee
5. US Cinicals Strong Eye
Strong Eye Ultimate Eye Care ialah formula termaju yang direka untuk meningatkan kesihatan mata.
Ia mengandungi campuran proprietari 20 nutrien yang dikaji secara klinikal seperti Lutein, Zeaxanthin, DHA, Vitamin, Mineral dan Asid Amino yang menggalakkan penglihatan yang lebih tajam dan melindungi mata daripada masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
Bahan-bahan: Lutein dan Zeaxanthin
Beli Di Shopee
6. Genta Dex Eye Drop
Genta-Dex adalah sejenis ubat sakit mata yang khusus untuk haiwan seperti anjing dan kucing.
Ia membantu menggalakkan bersih dari habuk, kotoran, dan serpihan debu yang lain.
Produk ini bertindak dengan menggabungkan ciri-ciri antimikrob dengan spektrum luas gentamicin antibiotik aminoglikosida, dengan sifat anti-radang dan antialergen dexamethasone.
Bahan-bahan: Dexamethasone natrium fosfat, glukokortikosteroid dan gentamycin sulfat
Beli Di Shopee
7. Eye Mo Moist
Sebut sahaja tentang ubat sakit mata, pasti rata-rata mengenali Eye Mo. Eye Mo Moist ialah ubat titis mata yang mampu untuk menyegarkan mata yang kering dan letih disebabkan gaya hidup moden hari ini.
Ia mengandungi bahan aktif yang boleh melindungi mata anda daripada mata kering.
Bahan-bahan: Benzalkonium klorida, Asid Borik, dan Natrium Borat
Beli Di Shopee
8. Allersine Eye Drops
Allersine Eye Drops adalah antihistamin yang menghalang pembebasan bahan kimia yang dipanggil histamin. Histamin boleh menghasilkan gejala alahan seperti bersin, hidung berair, dan mata berair.
Allersine ophthalmic digunakan untuk merawat kegatalan mata yang disebabkan oleh alahan kepada habuk, debunga, haiwan, atau alergik lain.
Bahan-bahan: Tetrahydrozoline dan Benzalkonium Klorida
Beli Di Shopee
9. Neo Deca Eye/Ear Drops
Neo-Dexa adalah ubat titis mata, hidung dan telinga dengan bahan utama Neomycin sulfate dan Dexamethasone natrium fosfat bagi merawat masalah keradangan mata, rinitis alergi, dan mata kering.
Bahan-bahan: Neomycin Sulfat
Beli Di Shopee
10. Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops
Satu lagi ubat sakit mata yang boleh anda cuba adalah Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops.
Menariknya tentang ubat ini, ia telah diuji secara klinikal oleh pakar kesihatan mata untuk melegakan kegatalan mata yang dihidapi pesakit alahan dengan mampu bertahan kesannya sehingga 12 jam.
Bahan-bahan: Kototifen, Benzalkonium Klorida, Gliserin, Natrium Hidroksisa, Asid Hidroklorik dan air
Beli Di Shopee
Cara menggunaka ubat titis mata
Cuci tangan sehingga bersih dengan menggunakakn air dan sabun.
Lap bahagian mata dengan menggunakan kain atau tisu yang bersih. Pastikan semua kotoran yang melekat di bahagian mata itu dibuang sehingga bersih.
Buka penutup botol ubat titis.
Donggakkan sedikit kepala ke belakang.
Tarik bahagian bawah kelopak mata sehingga anda jumpa ruang yang cukup untuk titiskan ubat.
Dekatkan penitis ke bahagian bawah kelopak mata yang ditarik. Pastikan hujung penitis tidak menyentuh mana-mana bahagian mata.
Picit botol ubat titis mata dan pastikan ubat tersebut masuk ke dalam mata.
Tutup mata selama 2-3 minit. Kalau boleh elak dari pejam mata dengan kuat atau mengerlipkan mata. Ini bagi membolehkan ubat tidak mengalir keluar.
Lapkan lebihan ubat dengan kain atau tisu bersih.
Ulang langkah 3-9 selepas 5 minit jika perlu.
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan ubat sakit mata dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Sumber:
Why Do My Eyes Hurt? Medical News Today
What Is Dry Eye? Symptoms, Causes and Treatment. American Academy of Ophthalmology
Teknik Penggunaan Ubat Titis Mata. My Health
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ubat-sakit-mata/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-sakit-mata