Ubat Demam Kanak Kanak Yang Bagus Ini 12 Pilihan Terbaik


Apakah ubat demam kanak-kanak yang sesui dan boleh anda gunakan untuk merawat masalah anak yang demam?
Demam pada kanak-kanak adalah masalah biasa yang berlaku. Hal ini kerana, sistem imun anak masih berkembang, kanak-kanak mungkin mencipta pyrogen untuk setiap jangkitan baru yang mereka hadapi.
Sebagai alternatif, orang dewasa mungkin telah mencipta imuniti terhadap jangkitan tersebut.
Namun sudah semestinya ia memberi kebimbangan yang tersendiri kepada ibu ayah bila mana melihat anak mereka tidak sihat.
Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat demam kanak-kanak yang boleh anda guna untuk merawat masalah demam anak.
Baca juga:
Demam Campak Demam Panas Bacaan Suhu Badan Normal Senarai ubat demam kanak-kanak (1-12 tahun) Berikut adalah beberapa ubat demam kanak-kanak yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk kelegaan sementara:
Ubat demam kanak-kanak 1. Uphamol Syrup 250mg Uphamol Syrup 250mg adalah ubat demam kanak-kanak yang bertindak pantas serta dipercayai oleh seluruh profesional perubatan di seluruh dunia.
Ini adalah cara yang berkesan dan selamat untuk mengurangkan ketidakselesaan sakit dan demam khusus untuk kanak-kanak setahun ke atas.
Bahan-bahan: FD & C Yellow No.6, Methylparaben,Propylparaben, Saccharin Sodium, Sugar, Sorbitol Solution, Tragacanth Gum, Simethicone, Trisodium Citrate, Orange Essence Glyerine
Dos: 1-5 tahun ( 1/2 – 1 sudu makan setiap 3 – 4 kali sehari), 6-12 tahun (1 – 2 sudu makan setiap 3 – 4 kali sehari)
Beli Di Shopee 2. Panadol Chewable Tablet Tablet kunyah Panadol untuk kanak-kanak memberikan memberikan kelegaan yang berkesan untuk demam dan kesakitan kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.
Tablet berperisa ceri ini boleh dikunyah atau dilarutkan dalam air untuk diminum.
Bahan-bahan: 120 mg Paracetamol
Dos: 12-16kg (1.5 tablet), 16 – 21.5kg (2 tablet), 21.5-25 kg (2.5 tablet), 25-28.7 kg (3 tablet), 28.7-33kg (3.5 tablet), 33-37.5kg (4 tablet)
Beli Di Shopee 3. Panadol Children 250mg Panadol kanak-kanak (250mg/5ml) memberikan kelegaan daripada demam dan kesakitan pada kanak-kanak yang berumur 1 hingga 12 tahun.
Seperti semua produk Panadol kanak-kanak, panadol jenis ini mudah dihadam di perut. Ia didatangkan dengan perisa oren, tidak mengandungi alkohol dan bebas aspirin.
Bahan-bahan: 250 mg/5ml Paracetamol, methyl paraben
Dos: 6 tahun (5ml – 7ml), 7-9 tahun (7ml – 10ml), 10-12 tahun (10ml – 15ml)
Beli Di Shopee 4. Vitaherb Cold & Cough Kid Syrup Vitaherb Cold & Cough Kid Syrup adalah larutan berwarna coklat dengan rasa herba asli dan bau herba.
Ia bermanfaat untuk melancarkan kahak yang pekat, melegakan batuk yang merengsa, melegakan batuk yang teruk dan memudahkan pernafasan.
Bahan-bahan: Ivy leaf extract, pelargonium root extract, methyl hydroxybenzoate, propyl hydroxybenzoate
Dos: 2-5 tahun (5ml setiap tiga kali sehari), 6-12 tahun (10ml setiap tiga kali sehari)
Beli Di Shopee 5. Hoemal Paracetamol HOEMAL digunakan untuk melegakan sakit yang ringan atau serdehana, termasuk sakit gigi, simptom deman influenza, demam dan selsema.
Ia boleh didapatkan dalam plastik botl 60ml dan berperisa blackcurrent.
Bahan-bahan: 250mg paracetamol, methyl paraben, propyl paraben
Dos: 1-6 tahun (2.5ml – 5ml), 7-12 tahun (5ml – 10ml)
Beli Di Shopee 6. Sambucol Kid Black Elderberry Sambucol Kid adalah pilihan No.1 Australia untuk menguatkan imuniti secara semulajadi serta perlindungan dan pencegahan dari selsema dan demam.
Ubat ini diformulasikan oleh saintis, disyorkan oleh pakar, dan dipercayai oleh ibu bapa.
Ubat demam kanak-kanak dari Sambucol terbukti secara klinikal untuk mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan keterukan simptom selsema dan demam.
Menariknya, ia mampu mempercepatkan pemulihan selama 3 hari, mengurangkan keterukan simptom sebanyak 32%, melawan virus influenza A&B dan H5N1, meningkatkan imuniti kepada individu yang sihat, meningkatkan imuniti terhadap patogen dan jangkitan bakteria, mencegah penyebaran virus, dan meningkatkan pengeluaran sitokin terhadap jangkitan virus.
Bahan-bahan: Sambucus Nigra (Black Elderberry) juice, ascorbic Acid (Vitamin C), zinc (as zinc oxide) 
Dos: 2-4 tahun (7.5ml sehari sekali), 5-12 tahun (15ml sehari sekali)
Beli Di Shopee 7. Axcel Paracetamol 250 Axcel Paracetamol 250 adalah antipiretik untuk melegakan kesakitan yang digunakan secara meluas untuk merawat selsema dan demam.
Ia boleh didapatkan di pasaran dengan satu perisa sahaja iaitu perisa oren yang segar.
Bahan-bahan: 250mg paracetamol, refined sugar, xanthan gum, propylene glycol, methyl paraben, saccharin sodium, purified water, flavour, sodium, dihydrogen, phosphate anhydrous dan sodium citrate
Dos: 1-6 tahun (2.5 – 5ml), 7-12 tahun (5ml – 10ml)
Beli Di Shopee 8. Kidz PCM 250 Suspension Kidz PCM 250 Suspension boleh melegakan demam, sakit ringan hingga sederhana, simptom selsema demam, simptom HFMD, sakit tekak, tumbuh gigi, luka kecil dan sakit otot.
Ia boleh didapati sama ada dalam suspensi berperisa oren berwarna oren atau suspensi berwarna merah jambu berperisa strawberi.
Bahan-bahan: 250mg paracetamol, methyl hydroxybenzoate, sodium benzoate, dan propyl hydroxybenzoate
Dos: 1-3 bulan (0.6ml – 1.2ml setiap tiga hingga empat kali sehari), 3-12 bulan (1.2ml – 2.4ml setiap tiga hingga empat kali sehari), 1-6 tahun (2.4ml – 5ml setiap tiga hingga empat kali sehari), 6-12 tahun (5ml – 10ml setiap tiga hingga empat kali sehari)
Beli Di Shopee 9. Hurix’s Fever & Cold Syrup Hurix’s Fever & Cold Syrup digunakan secara tradisional untuk melegakan simptom demam, selsema, batuk, mengurangkan kahak, sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan.
Bahan-bahan: Herba artemisia annua, rhizoma phragmitis communis, herba agastache rugosus, radix scutellaria baicalensis, herba lycopus lucidus, herba sehizonepeta tenuifolia, herba mentha haplocalyx, radix hlycyrrhiza uralensis, flos dolichos lablab, dan sodium benzoate
Dos: 2-3 tahun (5ml), 4 – 6 tahun (10ml), 7-12 tahun (15ml)
Beli Di Shopee 10. XEPA Progesic 250mg Suspension Progesic 250 Suspension ialah ubat berperisa raspberi-ceri untuk melegakan kesakitan dan demam.
Ia mengandungi paracetamol 250mg/5ml yang memberikan kelegaan pantas dan mudah dihadam dalam perut.
Bahan-bahan: 250mg paracetamol, methyl hydroxybenzoate, dan propyl hydroxybenzoate
Dos: 1-5 tahun (2.5ml – 5ml setiap 4 hingga 6 jam), 6-12 tahun (5ml – 10ml setuap 4 hingga 6 jam), orang dewasa (10 ml – 20 ml setiap 4 hingga 6 jam)
Beli Di Shopee 11. Poro Suspension 250mg Poro Suspension digunakan untuk merawat demam dan ketidakselesaan sederhana hingga ringan.
Bahan-bahan: Paracetamol, methyl paraben, propyl paraben
Dos: 1-5 tahun (2.5ml – 5ml, 1/2 – 1 sudu makan), 6-12 tahun (5ml – 10ml (1 – 2 sudu makan)
Beli Di Shopee 12. Arfen 125mg Paracetamol Suppositori Paracetamol mengandungi ubat yang dipanggil paracetamol. Ia tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil ubat tahan sakit (anakgesik).
Suppositori ialah ubat kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam saluran belakang (rektum).
Ia digunakan untuk merawat kesakitan dan suhu tinggi (demam) pada kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun.
Ubat demam kanak-kanak ini juga boleh diambil bagi kanak-kanak yang susah mengambil paracetamol dalam bentuk tablet atau sirap.
Bahan-bahan: 125mg paracetamol
Dos: 1-2 tahun (1 suppositori 125mg), 2-6 tahun (2 suppositori 125mg)
Beli Di Shopee Ubat demam kanak-kanak (bayi) Bayi yang demam terbahagi kepada dua kategori iaitu tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam kanak-kanak atau suhu yang tinggi dan disusuli gejala seperti muntah, batuk berkahak, selsema teruk, sukar bernafas dan sebagainya.
Jika melihat bayi anda ada salah satu dari simptom ini, segera bawanya ke hospital untuk dirawat.
Tubuh bayi anda tidak seperti orang dewasa di mana dengan makan sebiji pil panadol terus sihat.
Sebaliknya bayi biasanya akan mengambil masa untuk sembuh kerana sistem imun dan antibodi mereka belum cukup kuat sepenuhnya. 
Justeru sentiasalah pantau suhu demam mereka dengan menggunakan termometer. Tempat untuk check suhu demam bayi boleh dinilai melalui mulut, ketiak, telinga atau dahi.
Ubat demam bayi akan diberikan oleh doktor seperti paracetamol dan ibuprofen. Preskripsi ubat ini ditentukan berdasarkan kepada umur bayi dan diagnosis yang diberikan oleh doktor. 
Bayi berumur kurang dua bulan tidak disarankan diberikan paracetamol atau ibuprofen. Aspirin pula tidak sesuai untuk anak-anak berumur 16 tahun dan ke bawah.
Namun begitu, pastikan anda membaca arahan dan amaran yang terdapat pada kotak ubat sebelum diberikan kepada bayi.
Dos ubat demam anak Bayi yang umurnya kurang dari 1 bulan / berat kurang dari 4kg, perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan ubat.
Cara perkiraan umur anak dan dos ubat (berat di bawah 50kg):
Formula: 15mg / kg paracetamol, setiap 6 jam Berat anak 10kg. Jadi berapa ubat paracetamol yang perlu dibeirkan? Perkiraan: 15mg X 10kg = 150mg Paracetamol Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi (berapa mL) untuk dapatkan 150mg?
Perkiraan: 150 / 120 x 5ml = 6.25ml Jadi, kita bagi anak 6.25ml ubat paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.
Cara perkiraan umur anak dan dos ubat (dalam 24 jam):
Formula: 75mg / kg dalm 24 jam (maksimum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dalam bentuk suppository) Berat anak 10kg, jadi dos maksimum yang perlu diambil adalah sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg Apa-apa pun jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dos yang ingin diberikan.
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan ubat demam kanak-kanak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Sumber:
Tips on Fevers in Children. UC Davis Health Perkongsian Menarik Mengira Dos Ubat Untuk Anak Demam. Dr Zubaidi Hj Ahmad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ubat-demam-kanak-kanak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-demam-kanak-kanak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubat Ulser Mulut Ini 10 Pilihan Terbaik Berkesan

Ubat Ulser Mulut Ini 10 Pilihan Terbaik Berkesan

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 206 hits
Ubat ulser mulut sangat berguna digunakan untuk merawat masalah mata ikan pada bahagian mulut khususnya Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat ulser mulut yang boleh anda guna untuk merawat masal...
Ubat Senggugut Melegakan Period Cramp Ini 9 Pilihan Terbaik

Ubat Senggugut Melegakan Period Cramp Ini 9 Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 198 hits
Ubat senggugut seperti kapsul dan pad pemanas adalah jenis pilihan ubat yang popular digunakan oleh kaum wanita setiap bulan Namun lambakan jenama yang ada di pasaran menyebabkan kadang kala kita rambang mata untuk memilih produk yang terba...
Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering Cuba 10 Pilihan Terbaik

Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering Cuba 10 Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 266 hits
Salah satu cara untuk mengatasi masalah mata kering adalah dengan menggunakan ubat sakit mata jenis titisan yang diberikan doktor atau dibeli di farmasi Ubat titis mata adalah sediaan steril yang digunakan untuk merawat masalah di bahagian ...
Deko Putih Sepenuhnya Adalah Pilihan Idaman Bagi Semua Orang Dari Langsir Hingga Cat Dinding Inilah Pilihan Terbaik

Deko Putih Sepenuhnya Adalah Pilihan Idaman Bagi Semua Orang Dari Langsir Hingga Cat Dinding Inilah Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 214 hits
Deko putih sepenuhnya sememangnya idaman untuk semua orang Dari langsir cat sehinggalah perabot semuanya putih je Kredit Anis Natasha AB The post appeared first on
Susu Ibu Mengandung 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik

Susu Ibu Mengandung 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 209 hits
Susu ibu mengandung memainkan peranan penting dalam pengambilan nutrisi semasa hamil Mereka perlu mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang untuk menyokong perkembangan janin yang optimum Salah satu komponen penting dalam pengambilan di...
Ubat Gegat 6 Fungsi Terbaik Menghapuskan Serangga Perosak

Ubat Gegat 6 Fungsi Terbaik Menghapuskan Serangga Perosak

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 116 hits
Adakah ubat gegat betul betul berkesan untuk menghapuskan dan menghalau lipas di dalam rumah Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan fungsi dan kelebihan yang terdapat dalam ubat gegat Baca juga Apa itu ubat g...
Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri

Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 254 hits
Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak AM b...
Persiapan Hari Raya Di Kampung Bersama Sunscreen Terbaik Sebagai Peneman Setia

Persiapan Hari Raya Di Kampung Bersama Sunscreen Terbaik Sebagai Peneman Setia

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 215 hits
Bila sebut pasal raya semuanya excited Apa taknya dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan sanak saudara Pulak tu tahun ini adalah tahun berhari raya di kampung umi Memandangkan umi yang paling dekat dengan rumah mak jadi umi yang akan bali...
3x Peningkatan Argus P2 G2 Dari Voopoo Jadi Solusi Pod Terbaik

3x Peningkatan Argus P2 G2 Dari Voopoo Jadi Solusi Pod Terbaik

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 223 hits
VOOPOO inovator ternama dalam industri vaping mengeluarkan produk terbarunya pada series ARGUS Pod yaitu ARGUS P2 dan ARGUS G2 Kedua super pod baru ini hadir dengan 3X peningkatan untuk kepuasan pengalaman vaping pengguna pod Kedua produk b...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti