Ubat Selsema Tak Mengantuk Mengantuk Yang Berkesan


Kajian menunjukkan terdapat beratus-ratus ubat selsema yang digunakan dalam bidang perubatan di dunia ini sama ada ubat selsema tak mengantuk atau yang mengantuk.
Untuk menentukan keperluan dan keberkesanan setiap jenis ubat selsema ini, anda perlu memahami setiap gejala yang berlaku.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis ubat selsema tak mengantuk dan yang mengantuk perlu anda tahu.
Baca juga:
Ubat Selsema Dewasa  Ubat Ulser Mulut Ubat Sakit Mata Apa itu selsema Selsema adalah jangkitan pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract infection) yang disebabkan oleh virus yang biasanya menjejaskan hidung tetapi ia juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, tiub eustachian, trakea, larynx, dan tiub brokus.
Umumnya, ini adalah penyakit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Puncanya biasa disebabkan oleh virus seperti rhinovirus.
Beza demam selsema dan influenza Infuenza dan demam selsema, kedua-duanya tidak sama walaupun ia mempunyai gejala yang hampir sama.
Namun kebiasaannya, influenza akan menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang anda dapatkan lebih teruk dan komplikasi yang serius.
Ubat selsema tak mengantuk Berikut adalah antara jenis ubat selsema tak mengantuk yang boleh anda dapatkan:
1. Adezio Adezio boleh melegakan simptom yang berkaitan dengan bersin, gatal, hidung berair, kesesakan hidung, dan mata berair pada orang dewasa dan kanak-kanak 2 tahun ke atas.
Ia juga boleh digunakan untuk merawat menifestasi kulit iaitu urtikaria idiopati kronik (kulit kemerahan, ruam gatal yang timbul tanpa sebab yang jelas).
Adezio sejenis ubat selsema tak mengantuk bila dimakan tetapi anda mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, gelisah, mulut kering, ketidakselesaan gastrousus dan hipersensitiviti.
2. Simtec Simtiec termasuk dalam jenis ubat yang dipanggil antihistamina yang berbentuk tablet.
Ia digunakan untuk melegakan simptom yang berkaitan dengan rinitis bermusim (demam alergi) dan rintis perennial (berlaku sepanjang tahun), seperti bersin, hidung berhingus atau tersumbat dan gatal-gatal, mata berasa gatal-gatal kemerahan dan berair.
3. Ezede-D Ubat selsema jenis syrup ini sesuai untuk hidung tersumbat kerana mengandungi decongestants dan tidak menyebabkan mengantuk.
4. Telfast Table Telfast mengadungi bahan aktif yang dipanggil fexofenadine. Ia adalah dalam kumpulan ubat yang dipanggil antihistamin.
Namun ia dalam kategori bukan sedating antihistamiin yang bermaksud ia tidak membuat anda mengantuk dan mempunyai keberkesanan cepat serta tahan 24 jam.
Ubat selsema tak mengantuk ini boleh digunakan untuk melegakan simptom hayfever (rinitis alergi bermusim) seperti bersin, gatal, mata berair atau merah, gatal, hidung tersumbat atau berair.
Sesetengah orang akan mendapatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, keletihan, loya, senak perut, dan pening apabila mengambil Telfast.
5. Loratadine Loratadine digunakan untuk memberi kelegaan sementara kepada simptom demam seperi gejala bersin, hidung berair, dan mata, hidung, atau tekak gatal.
Ubat ini juga termasuk dalam kelas ubat yang dipanggil antihistamin yang boleh didapati dalam bentuk tablet dan syrup.
Kesan sampingan Loratadine termasuklah seperti ruam, gatal-gatal / bengkak (terutamanya pada muka / lidah / tekak), pening kepala, dan sukar bernafas.
6. Clarinase Clarinase mengandungi gabungan dua ubat iaitu loratadine (antihistamin) dan pseudoephedrine (dekongestan).
Ia membantu mengurangkan gejala alahan dengan mencegah kesan bahan yang dipanggil histamin. Histamin ini dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas kepada bahan yang badan anda alah.
Dekongestan pula membolehkan penyempitan salur darah yang membawa kepada pembersihan hidung yang tersumbat.
Seperti ubat-ubatan lain, Clarinase juga mempunyai kesan sampingan tertentu yang paling biasa seperti loya, cirit-birit, mulut kering, muntah, ruam kulit, dan keletihan.
7. Carinox Carinox adalah ubat selsema tak mengantuk yang sangat popular. Ia boleh didapatkan dalam bentuk tablet untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.
Ubat selsema mengantuk Berikut adalah antara jenis ubat selsema mengantuk yang boleh anda dapatkan:
1. Chloramine Chloramine sejenis ubat selsema berbentuk tablet yang sesuai untuk mengatasi masalah hidung yang berair dan tidak tersumbat.
Ia mengandungi bahan aktif chlorpheniramine maleate yang tergolong di dalam kumpulan ubat jenis antihistamina.
Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, rasa pening, kekeringan pada mulut, tekak dan hidung, denyutan jantung laju, penglihatan kabur, lendir tebal di dalam hidung atau tekak, kekeliruan, sukar atau sakit semasa buang air kecil.
2. Peace Syrup Peace Syrup digunakan untuk melegakan bersin, hidung tersumbat and berair yang disebabkan oleh alahan yang bermusim dan penyebab lain yang tidak diketahui.
Ia mengandungi Tripoline yang merupakan kelas ubat dalalm antihistamine.
Bagi anda yang menggunakan ubat ini, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti kekeringan mulut, hidung dan kerongkong, sedasi, kesan mengantuk, pening, tekanan darah rendah, sakit kepala, loya, muntah, degupan jantung laju, anoreksia, sakit di kawasan epigastrik, dan pemekatan rembesan kahak.
3. Polarax Syrup Ubat selsema jenis syrup ini sesuai untuk hidung berair sahaja bukannya tersumbat kerana mengandungi dexchlorpheniramine tetapi boleh menyebabkan mengantuk.
4. Corified Corified boleh didapatkan dalam bentuk tablet khusus untuk mengawal masalah hidung tersumbat.
Dinasihatkan bagi anda yang makan ubat ini untuk elak dari memandu kerana ia boleh memberi kesan mengantuk.
5. Expectorants Expectorants melonggarkan lendir supaya anda boleh batuk. Antara jenama expectorants yang terkenal adalah seperti Mucinex dan Robitussin.
Ia mengandungi bahan aktif guaifenesin. Produk ini juga mungkin mengandungi bahan antitusif atau penahan batuk yang dikenali sebagai dextromethorphan.
Kesan sampingan dextromethorphan mungkin termasuk loya, muntah, mengantuk atau pening.
6. Antihistamin Antihistamin seperti cetirizine (Zyrtec), loratidine (Claritin) dan fexofenadine (Allegra) sering dipasarkan sebagai ubat selsema.
Antihistamin, bagaimanapun lebih membantu dalam merawat gejala hidung berair, bersin dan gatal, mata berair yang dikaitkan dengan alahan dan tidak semestinya disebabkan oleh selsema.
Diphenhydramine (Benadryl), brompheniramine, dan chlorpheniramine adalah antihistamin dengan kesan sampingan mengantuk
Cara semulajadi pulihkan selsema MInum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengekalkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengekalkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran hidung. Cecair yang disyorkan termasulah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup. Rawatan wap boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ambil sebesan air suam dan titiskan minyak aromaterapi atau titisan lemon. Duduk di hadapan besen dalam beberapa minit. Wap panas boleh mencairkan lendiran dan mengurangkan hidung tersumbat Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat selsema tak mengantuk dan mengantuk dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
How to Choose the Right Cold Medicine. Overlake Hospital When Allergy or Cold Medication Makes You Drowsy. Allergy & Asthma Network Selsema. My Health

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ubat-selsema-tak-mengantuk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-selsema-tak-mengantuk

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hilangkan Gastrik Tanpa Ubat Cuba 8 Tips Berkesan

Cara Hilangkan Gastrik Tanpa Ubat Cuba 8 Tips Berkesan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 282 hits
Bagaimanakah cara hilangkan gastrik dengan lebih berkesan dan selamat yang boleh anda buat di rumah Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan selamat dan praktikal di rumah Baca juga Apa itu gastrik Gastritis at...
Ubat Ulser Mulut Ini 10 Pilihan Terbaik Berkesan

Ubat Ulser Mulut Ini 10 Pilihan Terbaik Berkesan

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 218 hits
Ubat ulser mulut sangat berguna digunakan untuk merawat masalah mata ikan pada bahagian mulut khususnya Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat ulser mulut yang boleh anda guna untuk merawat masal...
Ubat Panau Jenis Dan Cara Mencegah Jangkitan Berulang

Ubat Panau Jenis Dan Cara Mencegah Jangkitan Berulang

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 332 hits
Adakah anda sedang mencari ubat panau Masalah kulit yang disebabkan oleh kulat Malasezzia ini mudah berlaku di kawasan badan yang mudah berpeluh Ditambah pula dengan cuaca panas dan lembap di negara kita ini maka lebih mudah untuk seseorang...
Ubat Resdung Untuk Kurangkan Gejala

Ubat Resdung Untuk Kurangkan Gejala

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 225 hits
Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic Rhinitis Namun ia turut dikenali sebagai sinus Jadi ia merupakan salah satu penyakit alahan yang boleh berlaku jika seseorang tersalah makan atau terdedah kepada sesuatu yang menyeb...
Cara Menghilangkan Minyak Pada Pakaian Berkesan

Cara Menghilangkan Minyak Pada Pakaian Berkesan

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 188 hits
Dah la tudung sekarang mahal mahal nbsp Terkena minyak senyonyong pulak nbsp nbsp Yihhhhhhhh nbsp Tudung ni baru beli dan seingatnya baru pakai sekali haruslah ralat jika ada defect nbsp nbsp pix sekadar hiasan Isetan KLCCTapi jangan cepat ...
Cara Mengatasi Sakit Gout Dengan Berkesan

Cara Mengatasi Sakit Gout Dengan Berkesan

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 193 hits
Penyakit gout ini tidak mengenal mangsa dan peringkat usia namun lebih baik kita cegah sebelum terkena Statistik menunjukkan golongan berusia 30an berisiko tinggi untuk mendapat penyakit gout mungkin disebabkan faktor pengambilan makanan ya...
Yarabbi Tak Leh Tahan Mengantuk

Yarabbi Tak Leh Tahan Mengantuk

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum Tolong tolong SA mengantuk betul ni tu la malam tadi tak lelap sangat tido sudahnya hari ni mengantuk giler tak tertahan tahan mata ni mengantuk Masa plak lambat betul berlalu rasa macam dah lama betul kat office ni baru jam...
Ubat Demam Kanak Kanak Yang Bagus Ini 12 Pilihan Terbaik

Ubat Demam Kanak Kanak Yang Bagus Ini 12 Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 190 hits
Apakah ubat demam kanak kanak yang sesui dan boleh anda gunakan untuk merawat masalah anak yang demam Demam pada kanak kanak adalah masalah biasa yang berlaku Hal ini kerana sistem imun anak masih berkembang kanak kanak mungkin mencipta pyr...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon