Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah
Restoran Sufian & Cafe di One Borneo, Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah.
Menjamu Selera Makan Petang Di Sufian & Cafe Di One Borneo.
Hari ini,26.12.2025, Jumaat kami berada di Kota Bandaraya Metropolitan Kota Kinabalu, Sabah, dengan membuat pilihan menginap di Hotel Tune 1 Borneo Hypermall di Jalan Sepanggar Kota Kinabalu. One Borneo kedudukannya bersebelahan dengan Universiti Malaysia Sabah. Dan penginapan di One Borneo menjadi tempat tinggal ramai pelajar Universiti Malaysia Sabah. Hotel Tune merupakan Hotel yang terkemuka di One Borneo dengan membuat banyak pakej sewaan dari RM80.00 ke atas mengikut saiz bilik penginapan dan kemudahan dalam bilik tersebut.
Cek in dalam Hotel adalah pada Jam 2.00 petang dan kami tiba pada jam 4.00 petang. Kami menyewa dua bilik memandangkan anak-anak yang bekerja di Kota Kinabalu hendak bersama ibubapa dan ada Ipar bersama kami untuk hadir kursus bersama-sama pada esok ( 27.12.2025 ). Semoga esok urusan dipermudahkan.
Kami memilih Hotel Tune kali ini kerana tempat ini dekat dengan tempat kursus esok dan ada kemudahan bersiaran sepuasnya di 1 Borneo Hypermall. Untuk petang hari ini kami sempat singgah mencari makan di Sufian & Cafe. Tempat makan ini ada daya tarikan tersendiri walaupun ada tempat makan lain yang juga menarik pelanggan masuk mencari makan. Rezeki Sufian & Cafe kami seramai 4 orang memilih duduk makan di sini. Etuza membuat kesimpulan tempat makan Sufian & Cafe:-
💁 Bersih dan aman damai makan di sini.💁 Layanan yang cepat dan mesra pelanggan.💁Kelihatan semua pekerja adalah lelaki yang rajin belaka.💁Sajian makan yang kita ambil layan diri, menu baru masak terus cash dibayar sebelum makan.💁Harga yang sangat berpatutan.💁Nasi masih panas baru di masak.💁Susunanan meja yang teratur .💁Hiasan dalam restoran sederhana simple tetapi menarik.💁Pencahayaan lampu yang menarik.💁Tempat tisu yang melekat pada dinding, menjadikan meja bersih dan lapang.💁Beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga ke 10.00 malam.Maaf jika ada ejaan salah, mata dah nak ajak beradu, esok akan semak semula cerita ini. Selamat malam dan jumpa lagi.Tempat makan ini, Etuza agak rasa menarik ada daya terikan tersendiri..sebab itu ramai nak datang makan.
Ada sudut cuci tangan, tempat ni tempat yang Etuza sering cari di sebuah
tempat makan, ya..Etuza biasanya suak makan pakaitangan..( kadang kala pakai tangan}
Suri hati dan adinya makan semeja dengan kami..Esok ada kursus di Likas, Sabah.
Ambil menu sederhana, ikan goreng dan sayur ..harga berpatutan..
kami makan 4 orang tapau makanan 1 untuk anak yang tidak turun makan, RM60.00.
Sempat solat Jamak di Masjid Bandaray Kota Kinabalu, Masjid Terapung di Likas Kota Kinabalu, Sabah.
Welcome di 1 Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah. Jalan Sepanggar.
Depan Hotel Tune di One Borneo.
Lapang saja Lobi tingkat 2 Hotel Tune One Borneo KK, Sabah. Rasa selamat
kerana pintu masuk hanya boleh buka kepada pemegang Smart Card Pintu Bilik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/12/menjamu-selara-makan-petang-di-sufian.html