Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri
Untuk edisi Pengembaraan bersama
AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi
yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.
AM berkesempatan untuk menginap
dan menikmati kemudahan yang di Hangouts Urban + Eco Langkawi yang sangat
sesuai dijadikan tempat penginapan untuk bercuti bersama keluarga mahupun
pasangan. Secara peribadi, AM sangat sukakan konsep gabungan rekabentuk perabot
dan kelengkapan bilik yang diinspirasikan dari IKEA Malaysia.
HANGOUTS URBAN + ECO LANGKAWI JADI PILIHAN PENGINAPAN
TERBAIK DAN PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI
Meskipun baru beroperasi selama 8
bulan, Hangouts Urban + Eco Langkawi sungguh menakjubkan kerana menawarkan
pengalaman penginapan yang mewah dan selesa. Resort ini terletak di kawasan
sawah padi dan berkeluasan 20 ekar. AM sangat sukakan dekorasi panorama yang indah
dan suasana yang damai.
PENGINAPAN HANGOUTS
URBAN + ECO
LOBI UTAMA
AM sangat sukakan rekaan dalaman yang terdapat di Lobi Utama. Segalanya serba lengkap dengan sofa dan hiasan pokok yang seolah-olah mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk menginap di Hangouts Urban + Eco Langkawi ini. Siap ada ruangan permainan Arcade Games, Football Table Games dan Pool & Snooker Table.
FAMILY SUITES
Terdapat 28 jenis Family Suites
yang boleh memuatkan sebanyak 8 orang dewasa bagi satu suite. Setiap Suite
mempunyai dua bilik yang mempunyai katil jenis Queen dan Single Pull Out di
dalamnya. Setiap bilik juga dilengkapi dengan sofa dan ruang meja
kerja.
AM dan team Perempuan yang lain menginap di Family Suite Marrakesh manakala team lelaki menginap di Family Suite Zen Hoshinoya.
Family Suite Marrakesh
Family Suite Zen Hoshinoya.
Di dalam setiap suite lengkap
tersedia ruang tamu yang luas dan meja makan yang besar. Antara fasiliti lain
yang ada di dalam setiap suites termasuklah:
💥Peti Sejuk
💥Microwave
💥TV
💥Sofa
💥Jug Pemanas air minuman
💥Kemudahan Pantri lengkap
Setiap Family Suite mempunyai dua bilik yang dilengkapi dengan bilik air peribadi. Antara kemudahanyang ada bagi setiap bilik air adalah: 💥Shower
💥Pemanas Air Mandian
💥Bath and hair soap
💥 Tuala Mandian
STUDIO SUITESTerdapat 16 jenis Studio
yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Suite Studio ini dilengkapi
dengan kemudahan pantri yang lengkap, bilik cantik yang boleh memuatkan 4
tetamu, bilik mandi yang cantik, ruang tamu TV dan katil sofa yang boleh
memuatkan 4 orang.
Uniknya bagi tetamu yang menginap di Studio Suite adalah
kolam mandi betul-betul di hadapan bilik. Boleh melompat terus ke kolam terjun
pada bila-bila masa.
Malahan setiap suite samada
menginap di Family Suite atau Studio mempunyai ruangan untuk letak kereta. Jadi
sangat mudah untuk menguruskan barangan selepas proses check in dan check out di
Lobi Utama.
FASILITI YANG
TERDAPAT DI HANGOUTS URBAN + ECO
KEMUDAHAN MEMASAK
Memasak tidak dibenarkan di dalam
suite. Walau bagaimanapun, tetamu yang menginap boleh memasak di mana-mana
daripada enam dapur khusus, dilengkapi dengan peralatan berkualiti tinggi dan
peralatan memasak. Tetamu berpeluang untuk membuat makanan peribadi dan
menikmatinya bersama keluarga.
Disesuaikan dengan pelbagai gaya
dan pilihan memasak, dapur ini menawarkan pengalaman yang unik menjadikan
Hangouts destinasi yang ideal untuk menikmati keseronokan memasak dan menjamu
selera semasa percutian. Sewa dapur khas sebanyak RM30/jam.
KOLAM MANDI
Hangouts Urban + Eco menawarkan
tiga bahagian kolam renang yang berbeza, setiap satu disesuaikan untuk
memberikan tetamu pengalaman akuatik yang unik.
KOLAM UTAMA
Kolam renang utama, dikelilingi
oleh kerusi berjemur yang selesa dan payung, sesuai untuk tetamu yang ingin
berenang santai dan sesi berjemur matahari yang santai.
KOLAM KANAK-KANAK
Kolam Kanak-kanak mempunyai
kedalaman cetek untuk memastikan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan
untuk anak-anak bermain dan mandi manda.
KOLAM ‘ZIGZAG’ (Khas untuk
tetamu yang menginap di suite jenis Studio).
Kolam terjun 'zig zag' ini hanya eksklusif
untuk 16 suite Studio yang memberikan privasi dan keintiman untuk tetamu. Kolam
renang peribadi ini dikhaskan untuk mereka yang menginap di suite Studio bagi membolehkan
pasangan menikmati pengalaman berenang yang intim dan terpencil sepanjang
penginapan mereka. Sesuai sangat untuk pasangan yang baru berkahwin.
TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
(INDOOR DAN OUTDOOR)
Indoor Playground
Outdoor Playground
Terdapat dua jenis taman
permainan untuk kanak-kanak. Setiap satunya berkonsepkan indoor dan outdoor.
Yang indoor siap dilengkapi dengan penghawa dingin. Jadi sangat sesuai untuk
kanak-kanak yang ingin bermain jika cuaca terlalu panas ataupun hujan di luar.
GIMNASIUM
Bagi tetamu yang ingin
mengekalkan rutin bersenam harian meskipun ketika bercuti, Hangouts Urban + Eco
Langkawi juga mempunyai gymnasium yang lengkap dengan peralatan untuk terus
kekalkan gaya hidup sihat.
SAUNA
Kat sini juga terdapat ruangan
untuk sauna berdekatan dengan tempat gymnasium. Jadi sangat sesuai bagi yang
ingin membakar kalori dan mengendurkan otot. Nak kurus dan nak cantik boleh
gunakan sauna yang telah disediakan secara PERCUMA.
Memang serba lengkap dengan
kemudahan jika memilih untuk menginap di Hangouts Urban + Eco Langkawi ini
bersama keluarga mahupun pasangan. Semua serba lengkap dengan perabot yang terpilih dan menarik dari IKEA Malaysia. Pastinya AM akan datang lagi menginap di
sini bersama keluarga. Yang berminat untuk menginap boleh tengok info di bawah.
HANGOUTS URBAN +
ECO LANGKAWI
LOT 1895, Jalan Ulu
Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
6049502236/
60132549576
[email protected]SEKALUNG PENGHARGAAN:
Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba
ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays
dan disokong oleh KembaRojak.
Pakej Nature-Based Travelers 2MY
diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai
Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan
tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.
Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman
unik yang ditawarkan.
QTT GROUP PLT
Telefon: +60174079734
atau +60193036008
E-mel:
[email protected]
Boleh mention Kod
QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2024/03/hangouts-urban-eco-langkawi-jadi-pilihan-penginapan-terbaik-dan-punyai-keunikan-tersendiri.html