Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina


Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh, Telus Kes Kematian Zara Qairina
KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) — Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan telus, berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.
Istana Seri Kinabalu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan itu mestilah dilaksanakan dengan penuh ketelitian, tanpa rasa takut atau pilih kasih, berlandaskan kepada kebenaran dan keadilan.
“Bedah siasat telah dilakukan semalam dan siasatan kini sedang dijalankan dan menunggu hasil bedah siasat tersebut.
“Setiap aspek mesti disiasat sepenuhnya. Menuntut keadilan bukanlah satu bentuk pembalasan. Sebaliknya ia suatu perintah Allah SWT untuk melindungi yang lemah dan menghukum mereka yang bersalah,” menurut kenyataan itu.
Istana Seri Kinabalu juga menyeru agar semua pihak memberi ruang kepada proses undang-undang untuk berjalan dengan adil, serta berdiri seiring dengan keluarga Zara dalam mencari jawapan dan penyelesaian kes ini.
BACA: Kes Zara Qairina: Bukit Aman Ambil Alih Siasatan, Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah Justeru, Istana Seri Kinabalu turut menyeru orang ramai terutamanya pengguna media sosial supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan tuduhan tidak berasas atau menggalakkan teori konspirasi berhubung kes itu.
Kenyataan itu menekankan bahawa tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menggugat integriti siasatan malah boleh menyebabkan kesedihan yang lebih mendalam kepada keluarga Zara yang sedang berduka.
“Tuan Yang Terutama Tun (Musa) dan Toh Puan (Faridah Tussin) bersama seluruh rakyat di negara ini, merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Zara, dan mendoakan semoga keluarga Zara diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan amat berat ini,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri khusus untuk Zara Qairina akan diadakan Khamis ini (14 Ogos) selepas solat maghrib di Masjid Bandaraya di sini, dan turut diadakan secara serentak di semua masjid dan surau seluruh negeri pada tarikh berkenaan.
Menurut kenyataan itu Tun Musa menggalakkan umat Islam hadir di majlis tersebut dan mereka bukan beragama Islam berdoa untuk Zara Qairina mengikut kepercayaan masing-masing, sambil menegaskan keselamatan dan kebajikan anak-anak mestilah sentiasa menjadi keutamaan semua pihak.
“Tuan Yang Terutama Tun mendoakan semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Zara dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, serta memberikan kekuatan kepada kita untuk melindungi anak masing-masing bagi mengelakkan berulangnya tragedi seperti itu pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.
Pada Jumaat, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan bahawa mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan. AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh PDRM demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Berikutan itu, pada Sabtu, jenazah remaja tersebut digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, serta dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi tadi di tanah perkuburan sama.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pagi 16 Julai.
Sumber: BERNAMA
The post Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh, Telus Kes Kematian Zara Qairina appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/11/tun-musa-aman-arah-siasatan-menyeluruh-telus-kes-kematian-zara-qairina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 362 hits
Fahmi Minta MCMC Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina KUALA LUMPUR 7 Ogos Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia agar memastikan tiada g...
Kes Kematian Zara Qairina Siasatan Kini Fokus Elemen Jenayah Termasuk Buli Inkues Akan Diadakan

Kes Kematian Zara Qairina Siasatan Kini Fokus Elemen Jenayah Termasuk Buli Inkues Akan Diadakan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 532 hits
KUALA LUMPUR Siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar Sabah yang sebelum ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut kini akan menjurus kepada elemen jenayah termasuk kesalaha...
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 324 hits
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution KUANTAN 2 Ogos Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin N...
Kes Zara Qairina Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Mohon Inkues Fokus Siasat Elemen Buli

Kes Zara Qairina Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Mohon Inkues Fokus Siasat Elemen Buli

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman akan memohon proses inkues bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Allahyarham Zara Qairina Mahathir Pengarahnya Datuk M Kumar ...
Task Force Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

Task Force Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dihantar ke Sabah untuk mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir Siasatan Telus Menyeluruh Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara dalam kenyataan b...
Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 370 hits
Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah KUALA LUMPUR 11 Ogos Sepasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota telah dihantar ke Sabah unt...
Hiburan Istana Seri Kinabalu Penglibatan Ahli Keluarga Tun Musa Aman Dalam Kes Adik Zara

Hiburan Istana Seri Kinabalu Penglibatan Ahli Keluarga Tun Musa Aman Dalam Kes Adik Zara

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 399 hits
Istana Seri Kinabalu menolak sekeras kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan ahli keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dengan insiden kematian seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Papar Dalam satu ...
Jips Bukit Aman Siasat Pegawai Penyelia Kes Kematian Zara Qairina

Jips Bukit Aman Siasat Pegawai Penyelia Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap pegawai penyiasat termasuk penyelia yang terbabit dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir Pengarah JIPS ...
Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar

Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 459 hits
Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi PM Anwar KOTA BHARU 9 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan seca...
Nancy Tells Chong To Focus On Stampin Constituents Instead Of Politicising Santubong Beer Issue

Syed Badli Gesa Annuar Musa Jelaskan Isu Kg Sg Baru Minta Jangan Jadi Pengecut

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira

Hantu Cinta Kamu

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Lecithin E Amway Panduan Lengkap Manfaat Cara Penggunaan Dan Kelebihan Untuk Kesihatan

Baru Sekarang Pas Faham Isu Istilah Kafir Ustaz Ahmad Awang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Khawin Lagi Idlan Nurul

Barang Branded Vs Barang Fake Mana Lagi Sesuai

Yummy Healthy Chicken Recipes You Can Freeze

Nasi Ambeng Di Selangor

Doa Memulakan Kerja Dan Doa Habis Kerja

Maut Dihempap Pokok Karipap Jadi Tanda Perpisahan Herini Untuk Rakan Baik