Kes Kematian Zara Qairina Siasatan Kini Fokus Elemen Jenayah Termasuk Buli Inkues Akan Diadakan



KUALA LUMPUR – Siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar, Sabah yang sebelum ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut kini akan menjurus kepada elemen jenayah termasuk kesalahan buli.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata hal itu merupakan antara dua dapatan pasukan khas jabatan berkenaan membabitkan sembilan pegawai dan anggota yang dihantar ke Sabah pada 11 Ogos lepas untuk menyiasat kes tersebut.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir, 13, selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia.
Menurut AGC, inkues itu selaras dengan Subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dengan tujuan utama untuk menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina.
Kumar berkata laporan bedah siasat telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan otak teruk berikutan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak yang berpunca daripada mangsa jatuh, sama seperti diagnosis awal bagi kematiannya sebelum ini.
Beliau berkata setakat ini, seramai 82 saksi telah diambil keterangan dengan sebahagian daripada mereka dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjut dan antara fokus siasatan untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Zara Qairina sebelum beliau jatuh.
“Polis turut melaksanakan intervensi psikologi melibatkan 124 pelajar di SMKA Tun Datu Mustapha yang dikenal pasti mengalami trauma akibat insiden tersebut bagi memulihkan keyakinan mereka,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Kumar turut menegaskan bahawa tiada unsur ‘cover up’ dalam siasatan.
Beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat penularan berita palsu di media sosial berkaitan kes itu termasuk dakwaan mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh dan seorang wanita berusia 39 tahun telah ditahan di Rawang mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Sehingga kini, 15 kertas siasatan dibuka berkaitan penyebaran berita tidak sahih yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan proses siasatan,” katanya.
Jumaat lepas, AGC mengarahkan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
AGC memutuskan demikian selepas berpendapat wujud keperluan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang di Sabah digali semula dan jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula dua hari lepas di tanah perkuburan sama.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital setelah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi 16 Julai.
Sumber: BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/13/kes-kematian-zara-qairina-siasatan-kini-fokus-elemen-jenayah-termasuk-buli-inkues-akan-diadakan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kes-kemati

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Zara Qairina Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Mohon Inkues Fokus Siasat Elemen Buli

Kes Zara Qairina Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Mohon Inkues Fokus Siasat Elemen Buli

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman akan memohon proses inkues bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Allahyarham Zara Qairina Mahathir Pengarahnya Datuk M Kumar ...
Kes Zara Qairina Siasatan Tumpu Elemen Buli Pengabaian Dan Gangguan Seksual Saifuddin Nasution

Kes Zara Qairina Siasatan Tumpu Elemen Buli Pengabaian Dan Gangguan Seksual Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 260 hits
Kes Zara Qairina Siasatan Tumpu Elemen Buli Pengabaian Dan Gangguan Seksual Saifuddin Nasution KUALA LUMPUR 18 Ogos Siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir menjurus kepada tiga elemen utama iaitu buli pengabaian d...
Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 247 hits
Fahmi Minta MCMC Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina KUALA LUMPUR 7 Ogos Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia agar memastikan tiada g...
Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina

Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 264 hits
Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 11 Ogos Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kemati...
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 201 hits
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution KUANTAN 2 Ogos Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin N...
Perkembangan Terkini Kes Kematian Zara Qairina Pengarah Jsj

Perkembangan Terkini Kes Kematian Zara Qairina Pengarah Jsj

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 280 hits
Perkembangan Terkini Kes Kematian Zara Qairina Pengarah JSJ Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa laporan siasatan telah diteliti dan dinilai oleh Jabatan Peguam Negara Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk M Kumar dapatan...
Hiburan Kes Zara Qairina Kpm Tempatkan Pengetua Pk Hem Warden Di Jpn Sehingga Siasatan Pdrm Selesai

Hiburan Kes Zara Qairina Kpm Tempatkan Pengetua Pk Hem Warden Di Jpn Sehingga Siasatan Pdrm Selesai

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 266 hits
Melalui laporan Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menempatkan untuk sementara waktu buat Pengetua Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri sehingga sisatan pihak Polis Diraja Ma...
Armada Bersatu Desak Tubuh Inkues Khas Siasat Kematian Zara Qairina

Armada Bersatu Desak Tubuh Inkues Khas Siasat Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 173 hits
SHAH ALAM Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendesak supaya sebuah Inkues Khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar

Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 338 hits
Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi PM Anwar KOTA BHARU 9 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan seca...
Court Permits Zara Qairina S Parents To Be Part Of Inquest Into Her Death

Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Elcah Kongsi Tips Perut Kempis Tapi Dikecam Netizen Malu Lah Bagi Info Salah Macam Ni

Rupanya Ada Cara Main Video Di Latar Tanpa Perlu Langgan Youtube Premium

New Traffic System At Klia What You Need To Know About The 10 Minute Drop Off Pick Up Rule

Tengku Permaisuri Selangor Bertitah Tiada Pihak Harus Ganggu Gugat Peranan Asal Uitm

Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Buah Pear Korea

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Undercover Dream Club Bicara Chord

How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen