Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar


Kes Zara Qairina: Siasatan Telus, Tiada Siapa Dilindungi – PM Anwar
KOTA BHARU, 9 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan secara telus tanpa melindungi sesiapa.
Beliau berkata kes tersebut tidak boleh dipandang ringan, terutamanya memandangkan pelbagai dakwaan yang timbul termasuk mangsa terjatuh, ditolak serta dibuli.
“Anak kita di Sabah meninggal dunia ada kata jatuh, ada kata tolak, ada kata sebab buli. Kita tidak pandang ringan dan kita tidak mahu ia dijadikan bahan politik.
“Arahan kita jelas tiada tolak ansur, tidak kira anak siapa sekalipun, anak menteri atau sesiapa sahaja, saya tidak peduli,” katanya pada Program Rancakkan MADANI Kelantan di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau sendiri telah menghubungi Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan siasatan dilaksanakan seadilnya.
“Saya tanya, apakah ada kesilapan (siasatan Zara Qairina) ? Kalau ada, ambil tindakan. Ini satu kematian, tidak kiralah anak orang miskin atau anak kaya, di gunung, di darat atau di laut, kita ambil tahu kerana siasatan mesti dijalankan secara telus. Saya sedih kerana ini mungkin anak atau cucu saya.
“Oleh kerana terdapat syak wasangka, Jabatan Peguam Negara  (AGC) telah mengarahkan supaya kubur digali semula untuk bedah siasat kedua.
Beliau berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar juga telah diarahkan turun ke Sabah bagi memantau sendiri siasatan agar tidak timbul persepsi pihak tertentu dilindungi.
“Ini kerajaan MADANI, kita tidak akan melindungi pembunuh,” katanya.
Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar itu susulan arahan AGC semalam.
Semalam, AGC dalam kenyataan memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.
Sumber: Bernama
The post Kes Zara Qairina: Siasatan Telus, Tiada Siapa Dilindungi – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/09/kes-zara-qairina-siasatan-telus-tiada-siapa-dilindungi-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina

Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 423 hits
Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 11 Ogos Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kemati...
Kes Zara Qairina Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Mohon Inkues Fokus Siasat Elemen Buli

Kes Zara Qairina Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Mohon Inkues Fokus Siasat Elemen Buli

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman akan memohon proses inkues bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Allahyarham Zara Qairina Mahathir Pengarahnya Datuk M Kumar ...
Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 366 hits
Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah KUALA LUMPUR 11 Ogos Sepasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota telah dihantar ke Sabah unt...
Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 523 hits
Kes Zara Qairina AGC Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis PUTRAJAYA 6 Ogos Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir kepa...
Umno Sokong Inkues Penuh Kes Zara Qairina Tuntut Keadilan Telus

Umno Sokong Inkues Penuh Kes Zara Qairina Tuntut Keadilan Telus

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR 14 Ogos Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Jabatan Peguam Negara agar inkues penuh dijalankan bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir Setiau...
Syed Saddiq Persoal Kelewatan Siasatan Kes Zara Qairina

Syed Saddiq Persoal Kelewatan Siasatan Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kelewatan siasatan kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir 13 tahun Tindakan Hanya Selepas Tular Dalam sesi perbahasan Rancang...
Hiburan Kes Zara Qairina Kpm Tempatkan Pengetua Pk Hem Warden Di Jpn Sehingga Siasatan Pdrm Selesai

Hiburan Kes Zara Qairina Kpm Tempatkan Pengetua Pk Hem Warden Di Jpn Sehingga Siasatan Pdrm Selesai

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 497 hits
Melalui laporan Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menempatkan untuk sementara waktu buat Pengetua Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri sehingga sisatan pihak Polis Diraja Ma...
Task Force Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

Task Force Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dihantar ke Sabah untuk mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir Siasatan Telus Menyeluruh Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara dalam kenyataan b...
Pmqt Pm Anwar Jamin Siasatan Kes Anak Rafizi Telus Pantas

Pmqt Pm Anwar Jamin Siasatan Kes Anak Rafizi Telus Pantas

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 569 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 14 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan ke atas insiden serang...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Kerjasama Pas Bersatu Berisiko Terburai

Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan