Jips Bukit Aman Siasat Pegawai Penyelia Kes Kematian Zara Qairina



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap pegawai penyiasat termasuk penyelia yang terbabit dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir.
Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad berkata siasatan berhubung kejadian terbabit sedang dilaksanakan pihaknya termasuk ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
“Siasatan sedang dijalankan (termasuk) ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian Zara Qairina,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada siasatan turut membabitkan penyelia seperti Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Hamzah berkata semua perkara terbabit masih dalam siasatan pihaknya.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar dilaporkan berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap pegawai penyiasat dan penyelianya susulan dapatan hasil siasatan pasukan Task Force Bukit Aman mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian Zara Qairina.
Beliau berkata siasatan pasukan Task Force bermula pada 11 Ogos lepas dan hasil penemuan awal mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan apabila pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat.
Jumaat lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan terhadap jenazah pelajar berkenaan.
AGC memutuskan demikian selepas berpendapat wujud keperluan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang di Sabah digali semula dan jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula dua hari lepas di tanah perkuburan sama.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital setelah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Sumber : BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/14/jips-bukit-aman-siasat-pegawai-penyelia-kes-kematian-zara-qairina/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jips-bukit-aman-siasat-pegawai-penyelia-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Zara Qairina Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Mohon Inkues Fokus Siasat Elemen Buli

Kes Zara Qairina Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Mohon Inkues Fokus Siasat Elemen Buli

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman akan memohon proses inkues bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Allahyarham Zara Qairina Mahathir Pengarahnya Datuk M Kumar ...
Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina

Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 543 hits
Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Telus Kes Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 11 Ogos Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kemati...
Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 525 hits
Kes Zara Qairina Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah KUALA LUMPUR 11 Ogos Sepasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota telah dihantar ke Sabah unt...
Task Force Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

Task Force Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 433 hits
KUALA LUMPUR Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dihantar ke Sabah untuk mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir Siasatan Telus Menyeluruh Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara dalam kenyataan b...
Kes Zara Qairina Pegawai Penyiasat Di Dapati Tak Patuh Prosedur Operasi Standard Tak Mohon Bedah Siasat

Kes Zara Qairina Pegawai Penyiasat Di Dapati Tak Patuh Prosedur Operasi Standard Tak Mohon Bedah Siasat

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 459 hits
KUALA LUMPUR Wujud unsur ketidakpatuhan prosedur operasi standard oleh Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Allahyarham Zara Qairina Mahathir Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabata...
Armada Bersatu Desak Tubuh Inkues Khas Siasat Kematian Zara Qairina

Armada Bersatu Desak Tubuh Inkues Khas Siasat Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 370 hits
SHAH ALAM Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendesak supaya sebuah Inkues Khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Mcmc Siasat Penyebaran Kandungan Palsu Kes Zara Qairina

Mcmc Siasat Penyebaran Kandungan Palsu Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 457 hits
CYBERJAYA 10 Ogos 2025 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir Kandungan berkenaan dipercayai mengandungi makl...
Polis Menafikan Pembabitan Orang Kenamaan Dalam Kes Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir

Polis Menafikan Pembabitan Orang Kenamaan Dalam Kes Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 531 hits
KUALA LUMPUR Polis menafikan pembabitan orang kenamaan dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata polis mengesahkan tiada pembabitan VVIP yang dikesan ...
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 421 hits
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution KUANTAN 2 Ogos Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin N...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sweet Home Menjadi Kenangan Menggamit Memori

Simple Beef Steak Recipe Jamie Oliver

Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera