Tuduhan Melayu Pemalas Tun M Salah Makin Lama Makin Merapu Cukuplah Tun Mahathir
Saya dilahirkan dalam keluarga yang tak mewah di kampung. Rumah guna lampu minyak tanah. Saya disuap air teh ketika kecil tak mampu beli susu. Ayah pernah jual ikan atas motor untuk menyara keluarga, mak pernah jaja kuih rumah ke rumah untuk mencari rezeki. Dari kampung ke KL, ayah bawa teksi pula untuk besarkan anak2.
Macam mana saya bantu keluarga? Saya belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah UPSR 5A. Tolak tawaran masuk Sekolah Tinggi Kajang.
Terus di sekolah harian (SMKBDP). Belajar lagi. Alhamdulillah PMR 7A. Masuk MRSM Kubang Pasu. Berjauhan dengan keluarga. Dapat bantuan MARA untuk bayar yuran. Belajar lagi. Alhamdulillah SPM 9A. Ke Kolej MARA Banting, belajar lagi dapat diploma.
Saya rajin belajar bersungguh-sungguh. Tak harapkan duit atau projek daripada ayah saya, tak macam anak-anak Tun.
Rezeki dpt terbang ke USM-KLE, India untuk belajar perubatan 5 tahun. Belajar lagi. Belajar. Belajar. Dan terus belajar.
Majoriti kawan-kawan di universiti berbangsa Melayu. Kami tak malas. Kami rajin belajar. Buat kelas malam berbulan bulan sebelum exam final. Alhamdulillah semua lulus dapat jadi doktor. Kami pemalas?
Mula kerja, kerja sebagai HO ni boleh kata balik rumah untuk tidur saja. Lagi banyak masa di hospital berbanding di rumah. Kerja macam hamba. Kena maki perkara biasa. Kami tetap rajin bekerja. Tak boleh malas, tak boleh lalai. Silap sikit, boleh menyebabkan pesakit mati. Rakan-rakan doktor masa kerja, majoriti Melayu. Kami pemalas?
Majoriti jururawat di hospital berbangsa Melayu, kerja 24 jam jaga pesakit, siap tolong cucikan najis pesakit padahal tu tugas waris pesakit. Mereka pemalas? (Selamat hari jururawat tak sempat ucap semalam)
Sekarang pandemik covid19 ni, kami dikerah bekerja. Frontliners katanya. Pakai PPE berpeluh sampai basah lencun. Penat saring pesakit. Melayan kluster kayangan lagi. Polis/tentera yg buat sekatan jalan, ahli farmasi yg bagi ubat, frontliners semua ni majoriti Melayu. Alhamdulillah kita antara negara yg berjaya mengekang virus covid19. Masih pemalaskah dan gagalkah kami ni?
Penyumbang cukai terbesar pun Melayu. Mana yg malas dan gagalnya.
Panggil Melayu bacul sebab tak terima DAP? Tun yg bacul diperguna DAP.
Yang sebut banduan Melayu tu nak mengata Anwar Ibrahim ka Tun.
Cukuplah Tun Mahathir. Berpolitik tak habis2. Melayu dipanggil pemalas, penakut semata-mata nak jaga hati DAP. Padahal berpuluh tahun dia jaja DAP anti-Melayu. Nyanyuk gamaknya. Sudahlah. Usia tak lama dah. Bertaubatlah.
Kami Melayu dah muak dengan Tun. Pergilah dengan tenang.
#sumber
MR : Aku dah lama tahu Mahathir ni penipu. Atok kawan aku semasa Mahathir tukar jam samakan dengan Sabah Sarawak dia tak ikut jamnya lewat 30 minit pasal dia tak ikut Mahathir penipu katanya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/tuduhan-melayu-pemalas-tun-m-salah.html