Tun Mahathir Berdamailah Demi Tanah Melayu Ini


Wartawan SuaraMerdeka     Jangan disalai ciku kedondong
Salailah ikan atas para
Jangan disalahkan ibu mengandung
Salahkan badan yang buruk pinta.
Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam
Banyak tukang terbuang kayu
Banyak politik negara hancur.



Pepatah Inggeris menyebut, Beware of Greeks bearing gifts atau “Berjaga-jagalah apabila orang Greek membawa hadiah”. Wilayah Troy jatuh ke tangan orang Greek kerana mereka menerima hadiah kuda kayu yang diberi oleh orang Greek.

Begitu juga dengan orang yang datang dalam politik `kacau’, lantas membuat janji-janji yang memikat nafsu rakyat. Mereka sanggup membuat apa jua janji untuk `bentuk kerajaan’ kerana mereka tahu mereka tidak akan bertanggungjawab menunaikan janji-janji itu.

Harus diingat, tujuan pilihan raya untuk membentuk kerajaan. Tetapi jika tersalah pilih, mereka akan mendapat kerajaan dan para pemimpin yang hanya asyik untuk berkuasa sahaja.

Bak kata pepatah Barat, A people deserves the Government it gets. Atau lebih kurang maksudnya “Sesuatu bangsa mendapat kerajaan yang padan bagi bangsa itu”. Jika kita hendak kerajaan yang baik, kita akan dapat kerajaan yang baik. Tetapi jika sengaja memilih kerajaan yang buruk, akibatnya mendapat kerajaan yang buruk.

Sayangnya, orang Melayu gemar berpolitik. Banyak parti teras Melayu pun tak apalah. Tujuh, lapan, 10, 20. Tapi biarlah politik itu ikut model orang lain – yang terarah dan mereka tahu apa yang hendak digapai untuk manfaat kaumnya.



Terkadang, teringat balik ungkapan Prof Diraja Ungku Aziz banyak tahun lepas. Katanya semasa dulu-dulu tidak ramai pemimpin Melayu yang garang dan berpendirian teguh. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini.

“Pemimpin seperti Sir Winston Churchill, beliau tak suka kompromi. Pemimpin seperti Churchill berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?” kata Ungku Aziz.

Ya, andai katalah Tunku Abdul Rahman tidak mengalah apabila disergah oleh Lee Kuan Yew pada 1965, pulau itu barangkali masih kepunyaan Malaysia hari ini. Ah! betapa sejarah memang diubah oleh tindak tanduk politik adalah suatu kenyataan.

Tidak mahulah apa yang berlaku di Singapura berulang di negara ini. Lihatlah Geylang Serai yang dahulunya merupakan kampung Melayu kini menjadi pusat tarikan pelancongan yang hanya mempamerkan rumah-rumah tradisional orang Melayu. Nilai orang Melayu di republik itu bertukar dari penduduk asal kepada etnik ‘eksotik’.

Orang Melayu lama pasti tidak lupa dengan kampung Melayu yang sudah pupus seperti Kampung Glam. Selepas kemenangan PAP (People’s Action Party) pada tahun 1959, Housing Development Board (HDB) yang diperkenalkannya setahun kemudian benar-benar mengubah polisi perumahan di Singapura.

Hasilnya, kebanyakan kawasan perumahan terancang di negara itu didiami lebih 80 peratus kaum berkenaan. Selebihnya siapa?

Waima apa pun, sesuatu isu seharusnya dipersoalkan oleh mereka yang bertampuk politik dan yang sayangkan negara sebagai sayangkan rumah sendiri. Buat apa serambi rumah diberikan kepada orang yang hanya menyewanya mentang-mentang si penyewanya garang dan pintar!

Dan inilah dikatakan politik Melayu itu harus melibatkan perbuatan meneladani alam sekeliling – manusia dan alam.

Belajar dari yang lampau, memandang kepada yang baik.

Maka, selaku orang yang kaya pengalaman dan masak sepak terajang politik, alangkah elok kiranya negarawan kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggerakkan iniasiatif penyatuan Melayu sejajar dengan penguasaan dalam segala sumbernya.



Tun! kita orang Melayu sudah tidak ada apapun di `Tanah Melayu’ Malaysia ini. Ekonomi sudah dikuasai kaum lain. Pendidikan? Mereka juga. Kekayaan? Kita maklum kaum itu jua lah.

Yang kita orang Melayu ada kini, itupun `sekelumit’ yang tinggal hanyalah kuasa politik. Dan berdikit-dikit pula dirampas pihak sebelah sana. Berdamailah.

Kita orang Melayu boleh bayangkan alangkah indahnya Dr. Mahathir boleh duduk semeja memuktamadkan penyatuan Melayu bersama pemimpin-pemimpin utama Melayu yang lain. Ia khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin-pemimpin kanan Melayu dari UMNO, Pas dan NGO yang lain.

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Mujahid Yusof, Khalid Samad nak sertai sama pun, lagilah dialu-alukan.

Kita orang Melayu cukup yakin Februari lepas Dr. Mahathir sudah nampak apa yang berlaku sejak dua tahun terbukti `belang’ pihak di sana. Apabila sudah mendapat sedikit kuasa dengan jawatan, ketara sungguh `lagu’ parti-parti terbabit.

Orang Melayu! selamilah ungkapan keramat cendekiawan yang juga bekas pemimpin Pas, Dr. Burhanuddin Al-Hilmi.

Sewajarnya ia menjadi panduan anak bangsa mengenang kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka kira-kira 500 tahun lalu di tangan Portugis (1511).

“Di atas robohan kota Melaka, mari kita bangunkan jiwa merdeka…” – SM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/tun-mahathir-berdamailah-demi-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada Dap

Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada Dap

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 591 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewanya terhadap orang Melayu yang percaya kononnya DAP akan menghancurkan bangsa mereka jika berada dalam kerajaan Pengerusi Pakatan Harapan berkata beliau mengak...
Melayu Tidak Bacul Mahathir Yang Bacul Pensyarah Jawab Tun M

Melayu Tidak Bacul Mahathir Yang Bacul Pensyarah Jawab Tun M

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 536 hits
by on 5 13 2020 07 57 00 AmSIAPA YANG BACUL ORANG MELAYU ATAU TUN DR MAHATHIR Dalam tulisan terbaru beliau bertajuk DAP Hancur Melayu dua kali Tun Dr Mahathir menggunakan istilah Melayu bacul kerana mereka dikatakan begitu takut kepada DAP ...
Tuduhan Melayu Pemalas Tun M Salah Makin Lama Makin Merapu Cukuplah Tun Mahathir

Tuduhan Melayu Pemalas Tun M Salah Makin Lama Makin Merapu Cukuplah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 431 hits
Saya dilahirkan dalam keluarga yang tak mewah di kampung Rumah guna lampu minyak tanah Saya disuap air teh ketika kecil tak mampu beli susu Ayah pernah jual ikan atas motor untuk menyara keluarga mak pernah jaja kuih rumah ke rumah untuk me...
Quo Vadis Tun Dr Mahathir

Quo Vadis Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 276 hits
Kenyataan bekas Perdana Menteri ke 7 itu menguatkan hujah bahawa beliau sebenarnya tidak mahu Anwar menggantikannya Tetapi dalam satu perkembangan yang dilihat bercelaru pada 18 Mei ini apabila sidang Dewan Rakyat bersambung semula Tun Dr M...
Adakah Islam Masuk Tanah Melayu Dengan Hudud

Adakah Islam Masuk Tanah Melayu Dengan Hudud

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 311 hits
Kredit Ustaz Ali Muda 1 Sejarah kita mencatatkan bahawa Islam sampai ke Tanah Melayu melalui para pendakwah Arab Ini pendapat terkuat kerana banyak nama orang Melayu ikut nama Arab tak ikut nama India muslim Jadi pendapat yang mengatakan Is...
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 395 hits
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin YassinrePublish Berita Terkini MalaysiaTun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin Medium perkongsian sosial berbentuk media Arti...
Misteri Di Tanah Melayu Orang Minyak

Misteri Di Tanah Melayu Orang Minyak

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 618 hits
Orang Minyak itulah gelaran yang diberikan kepada manusia jelmaan yang suka merampok dan memperkosa gadis gadis di hikayat Melayu Tidak pernah diketahui awal mula pertemuan dengan orang minyak ini namun kisah yang mengalir dari mulut ke mul...
Boikot Jakel Demi Maruah Dan Harga Diri Bangsa Melayu

Boikot Jakel Demi Maruah Dan Harga Diri Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 875 hits
Bangsa Melayu Wajib Boikot JAKEL dan Perniagaan Mereka Samasekali Di beritakan Papagomo telah keluar mempertahankan JAKEL habisan2 di atas sikap kurang ajar dan biadap Muzaffar Jakel memaki dan mengutuk bangsa Melayu Sehingga hari ini tiada...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya