Kenyataan Dato Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir


https://www.facebook.com/708420685885440/posts/3105576932836458/



Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

1) Kebelakangan ini beberapa pemimpin UMNO diperingkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan kerjasama politik antara UMNO dan PAS (Muafakat Nasional) dan BN.

Saya percaya ramai ahli-ahli Bersatu dan UMNO telah membaca kenyataan-kenyataan itu, serta kenyataan balas yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) dari peringkat negeri.

Jelas daripada pendirian yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beberapa orang lagi bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak wujud sebenarnya. Tidak ada sebarang perjanjian antara UMNO, PAS dan BN bersama Bersatu untuk bergabung secara rasmi bagi menubuhkan Kerajaan PN.

2) Angkuh dan sombong, itulah yang boleh dirumuskan mengenai sikap pemimpin UMNO terhadap Bersatu, yang tidak menggambarkan kesepakatan yang telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar Kerajaan PN diperingkat Persekutuan dan beberapa negeri.

Sebaliknya semasa Kerajaan Malaysia dikuasai oleh PH, kerjasama yang terjalin antara Bersatu dengan parti-parti komponen PH, iaitu Keadilan, DAP dan Amanah bersama Parti Warisan Sabah dizahirkan dari keakraban sewaktu berganding bahu melawan Kerajaan kleptokrasi BN. Dan Kerajaan BN itu sudah lebih 60 tahun bertapak. Pengalaman bekerja secara rapat dalam keadaan yang sangat mencabar sebelum dan semasa kempen PRU14 melahirkan hubungan silaturrahim yang seikhlasnya erat dikalangan anggota PH dan Warisan ketika itu.

3) Oleh itu saya terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada kepimpinan UMNO. Soalan-soalan ini juga saya tujukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu, sekaligus memberikan peluang kepada Tan Sri untuk menjelaskan kenapa begitu banyak janji beliau kepada Bersatu tidak menjadi kenyataan. Janji-janji yang dimaksudkan adalah yang telah beliau kemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Ahli-ahli Parlimen Bersatu sebagai asas kenapa Bersatu perlu segera tinggalkan PH dan menyertai perikatan baru dengan UMNO dan PAS yang bergabung dibawah Muafakat Nasional (MN). Soalan-soalan ini juga berlegar didalam benak pemikiran setiap ahli Bersatu, dan sekiranya tidak dijawab maka ianya menyebabkan kekeliruan dan kesangsian yang amat memilukan.

4) Ramai ahli-ahli Bersatu ingin tahu adakah benar kerjasama politik yang wujud antara MN dan Bersatu hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar? Tidakkah Bersatu berhak untuk berunding agihan kerusi dengan UMNO dan PAS menjelang PRU15 nanti? Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai oleh ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah dirasakan pelik bahawa MN akan berlawan dengan Bersatu di kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU15 nanti?

5) Semua sedia maklum bahawa ketiga-tiga parti politik ini mewakili masyarakat Melayu dan Islam. Justeru base politik mereka adalah sama - iaitu orang Melayu khususnya diluar bandar. Maka sudah tentu Bersatu, UMNO dan PAS berhasrat untuk bertanding di kawasan-kawasan demografi tersebut. Sememangnya semua parti-parti ini telah bertembung di kawasan-kawasan sama pada PRU14.

Oleh itu, apakah peluang Bersatu untuk menang kerusi-kerusi yang ditandingi jika ianya akan berdepan dengan UMNO atau PAS dalam keadaan tiada kesepakatan antara mereka? Jika Bersatu sebenarnya tidak bersama MN, dan tidak juga bersama PH, apa logiknya Bersatu boleh menang dimana-mana kawasan sekalipun? Adakah Bersatu berupaya mempertahankan semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang sekarang berada dalam tangannya?

6) Didalam Jemaah Menteri lantikan Perdana Menteri sekarang, memang ada wakil-wakil dari Bersatu. Ada juga yang dilantik sebagai Menteri Kanan, dan juga Timbalan-timbalan Menteri. Apakah nasib mereka setelah bubarnya Dewan Rakyat? Adakah mereka akan bertanding di kawasan masing-masing sambil terpaksa berlawan dengan MN? Contohnya di Parlimen Ketereh yang mana Ahli Parlimennya dari UMNO dilantik Menteri Kabinet, manakala Ketua Bahagian Bersatu yang kalah kepada Menteri UMNO itu di PRU14 dilantik senator (dizaman Tun Mahathir) dan Menteri Kanan. Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihanraya nanti? Atau adakah mereka berdua harus berentap merebut kerusi yang sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai Kerajaan PN?

7) Usahkan Menteri, bagaimana dengan nasib Tan Sri Muhyiddin sendiri? Adakah beliau akan masih dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU15? Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti-parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai Kerajaan. Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini? Sekadar “marriage of convenience” bersifat sementara sahaja, untuk tempoh tiga tahun atau lebih awal jika Dewan dibubarkan? Kerajaan PN ini terbentuk pada bulan Mac 2020. Jika Dewan dibubarkan dalam tahun ini juga, adakah Bersatu akan terpaksa berhadapan dengan “rakan” politiknya UMNO dan PAS disetiap kerusi termasuk Pagoh, Tambun, Alor Gajah dan Titiwangsa? Adakah situasi tidak menentu ini baik untuk Rakyat dan Negara?

8. Apakah yang menyebabkan Bersatu sanggup bersama dengan MN walhal keberadaan kita dengan mereka umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Ya, benar Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri. Tapi perlu diingatkan bahawa Perdana Menteri sebelum ini pun dari Bersatu juga. Kata Timbalan Presiden UMNO, untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM ke-8, satu krisis dalaman telah dicetuskan didalam PH oleh pihak tertentu. Siapa pihak yang dimaksudkan?

9) Tidakkah nasib Bersatu jauh lebih baik bersama PH? Beberapa kenyataan oleh pemimpin-pemimpin PH menggambarkan kesediaan mereka untuk menerima Bersatu kembali. Hubungan diantara kita walaupun sedikit tercalar akibat Langkah Sheraton masih boleh dipulihkan untuk kesejahteraan Negara. Agihan kerusi boleh saja dirunding seperti dulu supaya kita semua berkongsi kekuatan untuk menawan hati Rakyat. Sekurang-kurangnya kita dapat mempertahankan kepentingan Bersatu bersama PH, berbanding dengan ketidaktentuan, risiko dan kerugian jika bersama UMNO dan PAS.

10) Pada hemat saya, Bersatu hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Pengalaman tidak sampai dua bulan dibawah Kerajaan Perikatan Nasional yang tidak wujud itu sangat pahit bagi Bersatu hingga ke akar umbi. Ahli Majlis dan MPKK yang dianggotai Bersatu telah digugurkan dibeberapa negeri kecuali Kedah. Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi Bersatu diperkudakan dan diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

11) Saya sangat yakin bahawa krisis politik, krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda Negara ketika ini akan dapat ditangani dengan lebih baik oleh sebuah Kerajaan Perpaduan yang pernah dicadangkan oleh YAB Tun Mahathir Mohamad. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat dari Bersatu bersetuju dengan kenyataan saya ini, sila mengorak langkah dan kembali kepangkal jalan. Itulah sebaik-baik tindakan yang boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lakukan untuk mengembalikan maruah dan menjamin kelangsungan Bersatu. Saya doakan Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada anda semua.

#kekalberprinsip #selamatkanbersatu

Wassalam.

3hb Mei, 2020

Kenyataan YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan 
https://www.facebook.com/118486628162416/posts/3200944899916558/?d=n

Kenyataan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin 
https://www.facebook.com/48750023172/posts/10157630041308173/?d=n

Kenyataan YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman 
https://www.malaysiakini.com/news/523791

Kenyataan Datuk Nur Jazlan Mohamed https://suaramerdeka.com.my/bersatu-jangan-cakap-banyak-kalau-berani-bubarlah-dun-johor-nur-jazlan/

Kenyataan YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub 
https://www.facebook.com/239023542869472/posts/2627032847401851/?d=n

Kenyataan Media Bersama Amanah dan DAP Johor 
https://www.facebook.com/790852001027924/posts/2957361257710310/?d=n

Kenyataan YB Dato’ Che Zakaria Mohd Salleh 
https://m.malaysiakini.com/news/523266?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Kenyataan YB Tuan Mohd Solihan Badri https://m.malaysiakini.com/news/522823

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/kenyataan-dato-seri-utama-hj-mukhriz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kesannya Tindakan Tun Mahathir Ini

Apa Kesannya Tindakan Tun Mahathir Ini

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 272 hits
APAKAH MUHYIDDIN AKAN PECAT MAHATHIR ATAU MAHATHIR MEMANG MAHU DIRINYA DIPECAT Shahbudin Husin Pengerusi Bersatu Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan duduk di barisan pembangkang dalam sidang Parlimen yang bermula 18 Mei depan Tun M...
Quo Vadis Tun Dr Mahathir

Quo Vadis Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 277 hits
Kenyataan bekas Perdana Menteri ke 7 itu menguatkan hujah bahawa beliau sebenarnya tidak mahu Anwar menggantikannya Tetapi dalam satu perkembangan yang dilihat bercelaru pada 18 Mei ini apabila sidang Dewan Rakyat bersambung semula Tun Dr M...
Bersatu Lebih Baik Bersama Pakatan Harapan Mukhriz Mahathir

Bersatu Lebih Baik Bersama Pakatan Harapan Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 555 hits
Rentetan daripada Gerakkan Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan satu tamparan hebat kepada pengundi Pakatan Harapan secara umum Meskipun bergitu ramai daripada kalangan ahli Bersatu bersetuju dengan ...
Bersatu Tiada Pilihan Lain Lagi Mukhriz Mahathir

Bersatu Tiada Pilihan Lain Lagi Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 346 hits
Kebelakangan ini beberapa pemimpin Umno di peringkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Bersatu dan kerjasama politik antara Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional Saya percaya ramai ahli ahli Bersatu dan Umno telah membaca ...
Tun Mahathir Tidak Boleh Dianggap Sebagai Pembangkang Haniff Khatri

Tun Mahathir Tidak Boleh Dianggap Sebagai Pembangkang Haniff Khatri

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 268 hits
Ketika ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat mempunyai dua puak atau faction iaitu kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu yang kemudian bertindak keluar dari gabungan Pakatan Har...
Siaran Media Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Ahli Parlimen Pandan

Siaran Media Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Ahli Parlimen Pandan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 226 hits
ALHAMDULILLAHTOLONG SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA Kenyataan Akhbar YB Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail pada 29 April 2020 1 Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Ha...
Dr Mahathir Pemimpin Utama Bersatu Ada Kuasa Mutlak Marzuki

Dr Mahathir Pemimpin Utama Bersatu Ada Kuasa Mutlak Marzuki

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 358 hits
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Marzuki Yahya mengingatkan semua pihak bahawa pemimpin utama parti itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau mempunyai kuasa mutlak untuk memimpin Bersatu Katanya ia ada selari denga...
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 395 hits
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin YassinrePublish Berita Terkini MalaysiaTun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin Medium perkongsian sosial berbentuk media Arti...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization