Orang Melayu Sudah Meluat Dengan Langkah Politik Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat ramai pihak sebagai perbuatan khianat kepada rakyat negara ini.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al- Habshee menegaskan, bekas perdana menteri itu tidak perlu menunjukkan kelakuan seperti mahu mensabotaj negara jika jujur dan reda dengan apa yang berlaku kini. "Apa perasaan Dr Mahathir sekiranya kerajaannya diperlakukan seperti itu? Sudah tentu beliau akan mengamuk? Bayangkan semasa beliau memerintah dahulu, Amerika Syarikat (AS) cuba menjatuhkan beliau dan kerajaannya.
"Perlu diingat, sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, orang Melayu terlalu sugul dan mengharapkan diubah kembali kepada kerajaan mesra bumiputera secepat mungkin. "Alhamdulillah, Dr Mahathir sendiri selaku watak utama yang menjatuhkan kerajaannya sendiri atas nama tolak DAP dan Anwar Ibrahim," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, pada Khamis.
Dalam pada itu katanya, orang ramai kini telah menerima kerajaan Muhyiddin yang disifatkan sebagai lebih bertanggungjawab kepada rakyat.
"Beliau (Muhyiddin) mengutamakan kebajikan sekali gus rakyat sudah tidak memperdulikan lagi Dr Mahathir. Alhamdulillah Muhyiddin tidak melenting dan cukup tenang menghadapi tentangan Dr Mahathir itu.
"Di peringkat akar umbi, rakyat sudah bosan dan meluat dengan tingkah laku politik Dr Mahathir yang sejak dahulu memperalatkan rakyat untuk kesinambungan politik keluarga beliau.
"Lebih membingungkan, Dr Mahathir sanggup berkata yang beliau telah dipergunakan oleh orang Melayu dan UMNO selama 22 tahun pemerintahannya dahulu. Apa maksudnya sebenar? Adakah kerana itu beliau sering menghina orang Melayu mengatakan mereka sebagai pemalas dan bangsa yang tidak berjaya?" soalnya.
Syed Ali juga menyatakan rasa hairan kerana orang di sekeliling Dr Mahathir takut untuk bercakap benar dan memberitahu rakyat terutama orang Melayu sudah bosan dengan telatahnya yang semakin membimbangkan.
Soalnya, apakah Dr Mahathir yang sudah lanjut umur itu terus dipergunakan demi menjayakan agenda politik pihak-pihak tertentu.
"Hari ini setelah kerajaan PH tumbang dan Dr Mahathir hilang jawatan, dia tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat bawahan, terutamanya bangsa Melayu amat gembira.
"Tetapi, Dr Mahathir berterusan bercakap kononnya untuk mengembalikan mandat rakyat, walhal rakyat sedikit pun tidak pedulikan beliau malah lebih senang bersama kerajaan Muhyiddin.
"Rakyat sudah mula selesa dengan Muhyiddin dan tidak perlukan Dr Mahathir lagi. Selama lebih dua tahun rejim PH berkuasa, rakyat tertekan dan orang Melayu terhimpit. Cukuplah Dr Mahathir," tegasnya.
Syed Ali turut melahirkan rasa kasihan kepada Dr Mahathir yang sepatutnya sudah bersara sebagai seorang negarawan dan bukan lagi bergelumang dengan najis politik.
"Semalam beberapa portal berita melaporkan Dr Mahathir berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Muhyiddin kerana berang dengan penggantinya itu memberi peluang kepada parti UMNO.
"Sudah-sudahlah Dr Mahathir. Rakyat sudah muak dengan permainan politik serupa ini. Rakyat mahu terus maju ke hadapan," ujarnya.
Muhyiddin pula katanya, perlu mengambil iktibar dan menumpukan sepenuhnya kepada soal ketelusan dan integriti dalam menjana kerajaan dan negara.
"Jangan biarkan wujud kelemahan yang boleh dijadikan peluru untuk anda ditembak," jelasnya.
MR : Jika berundurnya Mahathir dan Anwar rasanya Malaysia lebih baik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/orang-melayu-sudah-meluat-dengan.html