Tips Penting 6 Cara Pemakanan Sihat Di Hari Raya Jangan Main Bedal Je


Lebaran merupakan momen di mana anda boleh berkumpul dengan keluarga besar. Makan adalah salah satu agenda wajib di hari raya.
Namun anda perlu tetap menjaga pemakanan anda, terutamanya jika anda sedang dalam rancangan menurunkan berat badan atau mempunyai penyakit tertentu yang memerlukan anda memberi perhatian terhadap pola makan anda.
Memang senang untuk terlebih makan hari raya, lebih-lebih lagi jika anda berkunjung ke rumah-rumah kerabat.
Boleh jadi hampir setiap rumah anda akan dihidangkan makanan.
Gambar sekadar hiasan Tip di bawah boleh membantu anda mengawal pemakanan di hari raya.
1. Buat target yang realistik Anda mungkin sedang dalam keadaan yang khusus, sama ada ingin menurunkan berat badan atau menghidap penyakit tertentu yang memerlukan anda menjaga pola makan, seperti diabetes misalnya.
Jika anda sedang dalam program penurunan berat badan, sangat susah untuk mengawal kalori pada hari raya berbanding hari biasa.
Hidangan hari raya biasanya tinggi lemak, protein, dan karbohidrat.
Untuk sementara, anda boleh mengetepikan program penurunan berat badan anda terlebih dahulu tetapi lebih fokus kepada mengekalkan berat badan semasa.
Jangan terlalu tegas pada diri anda, apatah lagi jika ini menyebabkan anda menolak pelbagai hidangan yang sudah dihidangkan oleh tuan rumah.
Kawal saiz hidangan. Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
Namun bagi anda yang memang perlu mengatur pola makan, seperti pesakit diabetes, ada baiknya anda memerhatikan betul-betul apa yang anda makan.
Contohnya, hadkan makan ketupat berlebihan atau mengurangkan kuah kacang.
Gambar sekadar hiasan. 2. Jangan lapar mata Penyediaan makanan di hari raya selalunya terlebih.
Terlalu banyak makanan di pasaran.
Hal ini boleh menyebabkan anda lapar mata dan ingin makan pelbagai jenis makanan lebih dari biasa.
Anda boleh mengurangkan perkara tersebut dengan lebih banyak menghabiskan masa untuk berbual bersama rakan-rakan dan saudara.
Makan di hari raya merupakan pelengkap. Jadikan silaturahim sebagai sebab utama anda berkumpul.
Jangan terus menuju ke meja makan atau mengambil kuih muih.
Gambar sekadar hiasan. 3. Berhenti makan apabila sudah kenyang Salah satu sebab mengapa kita cenderung makan berlebihan semasa majlis tertentu atau hari raya adalah kerana kita selalu mengabaikan rasa kenyang.
Apabila hari raya, makan termasuk dalam acara sosial, di mana kita boleh makan sambil duduk, berdiri, bahkan sambil berbual.
Ini menyebabkan anda tidak bertindak balas terhadap isyarat kenyang yang diberikan oleh otak.
Anda kemudian cenderung untuk makan berlebihan melebihi jumlah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh.
Mungkin kerana saat anda selesai makan, perbincangan di meja makan masih berlanjutan sehingga anda menambah hidangan makan anda, atau anda tidak sedar mengambil pelbagai makanan ringan yang disediakan kerana makanan tersebut boleh didapati di hadapan anda.
Sebelum makan, cubalah untuk mengisi pinggan anda dengan makanan yang benar-benar ingin anda ambil dan jumlah yang sesuai dengan keperluan anda.
Lalu makan dengan perlahan.
Apabila anda sudah selesai, jauhkan pinggan kosong dari hadapan anda untuk menghalang anda mengambil makanan lagi.
Kunyah gula-gula getah tanpa gula dan minum segelas air.
Ini dapat mencegah anda mengalami lapar palsu.
Gambar sekadar hiasan. 4. Penuhkan pinggan dengan sayur Ketika mengambil makanan, penuhkan dulu pinggan anda dengan sayur-sayuran.
Sayur-sayuran boleh membantu anda cepat kenyang dengan kandungan seratnya yang tinggi.
Cepat kenyang tentu akan membantu mencegah anda makan berlebihan.
Pilih jenis sayur yang tidak bersantan, tetapi jika tidak ada, anda boleh tetap mengambil sayur-sayuran bersantan tetapi kurangkan jumlah kuah santan yang anda ambil.
Santan secara semula jadi tidak mengandungi kolesterol, tetapi mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Gambar sekadar hiasan. 5. Elakkan bahagian daging yang berlemak Makanan yang biasa dihidangkan semasa hari raya idul fitri berasaskan pelbagai jenis daging, baik daging lembu, kambing, dan daging ayam.
Daging, terutamanya daging merah, biasanya mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Meksipun pengambilan daging tidak sepenuhnya dilarang, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal lemak yang terdapat dalam masakan daging.
Contohnya, jika anda makan ayam, anda boleh memilih bahagian dada berbanding paha atau sayap, kerana bahagian dada biasanya lebih sedikit kandungan lemaknya.
Selain itu semasa memakan ayam, seboleh mungkin elakkan makan bahagian kulitnya kerana lemak yang dimilki ayam biasanya tersimpan di kulitnya.
Gambar sekadar hiasan. 6. Berhati-hati dengan minuman mengandungi gula Minuman berwarna-warni tentu menarik untuk dilihat.
Sirap dan soda merupakan jenis minuman yang biasa disajikan di hari raya.
Namun ambil jangan terlalu banyak kerana biasanya mengandungi kandungan gula yang cukup tinggi.
Satu sudu makan sirap mengandungi 53 kalori yang hampir seluruhnya berasal dari karbohidrat.
Selain itu satu sudu makan sirap juga mengandungi 10 gram gula pasir.
Soda pun tidak jauh bezanya.
Setiap bahagiannya mengandungi pemanis, lebih-lebih lagi soda diet yang biasanya menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula.
Hadkan minuman tersebut untuk mencegah anda menambah kalori tanpa sedar.
Rujukan:
Barke, S. (2004). 10 Eating Tips for a Healthy Holiday Season . Retrieved from COC, Student Health & Wellness Center
Jacobsen, M. T. (2016, May 19). The Naughty List of Holiday Foods. Retrieved from WebMD
Sumber: Hello Doktor
The post Tips Penting: 6 Cara Pemakanan Sihat Di Hari Raya, Jangan Main ‘Bedal’ Je appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/22/tips-penting-6-cara-pemakanan-sihat-di-hari-raya-jangan-main-bedal-je/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Yang Boleh Diamalkan Untuk Menyediakan Juadah Sihat Di Hari Raya

Tips Yang Boleh Diamalkan Untuk Menyediakan Juadah Sihat Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 938 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Tahun ni kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan suasan yang berbeza daripada normal biasa memandangkan kita masih dalam fasa ...
Penyediaan Hidangan Sihat Di Hari Raya Oleh Rushda Adiba Ismail

Penyediaan Hidangan Sihat Di Hari Raya Oleh Rushda Adiba Ismail

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 509 hits
Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 mungkin agak berbeza dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi menc...
Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 519 hits
Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California Assalamualaikum semua Memandangkan tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya so sis nak tanya la Korang dah fikir ke apa nak masak raya nanti Ha mesti ada rendang lemang dan ketupa...
Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya

Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 742 hits
Tips Jaga Makan Ketika Hari Raya Ketika hari raya kita makan bermacam macam makanan yang terhidang di depan mata Takkan tak nak makan rasa rugi pulak Ya dak Menu pulak ada faveret kita iaitu sambal kacang lodeh ayam masak merah dan rendang ...
5 Tips Bajet Untuk Anda Mengias Rumah Sempena Menyambut Hari Raya

5 Tips Bajet Untuk Anda Mengias Rumah Sempena Menyambut Hari Raya

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 1084 hits
Hari raya bakal menjelma tidak lama lagi Sudah pasti pada waktu ini anda semua sedang sibuk memikirkan bagaimana hendak menghias rumah Ia supaya rumah kelihatan menarik dan dapat menaikkan lagi mood raya Walaupun raya pada tahun ini berbeza...
Tips Sambut Hari Raya Untuk Remaja Dari Artis Ebett G Ade

Tips Sambut Hari Raya Untuk Remaja Dari Artis Ebett G Ade

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 392 hits
HALAMAN HIBURANMenari Sentuh Kulit Perempuan Nasihat Untuk Gadis Serlah Pemikiran Ebett G Ade Ebett G Ade Menari sentuh kulit perempuan dalam lagu Pesta dan nasihat untuk gadis dalam lagu Gadis Remang Remang telah menyerlah pemikiran Islam ...
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 459 hits
Masih mempunyai kesempatan nampak nyer untuk aku update blog So sempat la wish Hari Raya kat korang Since sambutan raya tahun ni kita kenal amalkan norma baru social distancing dan juga tak boleh kampung nampak agak kurang meriah lah sambut...
Lagu Dondang Sayang Khas Hari Raya

Lagu Dondang Sayang Khas Hari Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 550 hits
Klip video ini khas untuk semua bagi sambutan hari raya Adilfitri bagi tahun 2020 ini Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pengurus Besar INSWA YBrs Encik Nurman bin Mohd Baroldin serta warga kerja INSWA Ucapan terima kasih juga buat ...
Sedih Tak Dapat Beraya Sebab Pkp Buat 8 Cara Ini Kembalikan Mood Raya Bersama Keluarga

Sedih Tak Dapat Beraya Sebab Pkp Buat 8 Cara Ini Kembalikan Mood Raya Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 496 hits
Tahun depan masih ada InsyaAllah Pada 10 Mei lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perjalanan pulang ke kampung untuk Hari Raya adalah tidak dibenarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Per...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof