Sedih Tak Dapat Beraya Sebab Pkp Buat 8 Cara Ini Kembalikan Mood Raya Bersama Keluarga



Tahun depan masih ada, InsyaAllah. :)


Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perjalanan pulang ke kampung untuk Hari Raya adalah tidak dibenarkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya adalah sama sekali tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa hingga 9 Jun ini.

Walaupun ramai yang sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman, namun perlu diketahui bahawa larangan sedemikian dilaksanakan demi menjamin keselamatan serta mengekang penularan pandemik Covid-19.

Jadi, jangan sedih-sedih. Ini adalah yang terbaik buat rakyat Malaysia pada masa kini. #KitaJagaKita

Tapi siapa cakap kita tak boleh sambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga?

Masih boleh, tapi dengan cara 'virtual'. Yang penting, keluarga kesayangan serta sanak-saudara masih boleh dihubungi dengan cara video call dan sebagainya.

Nak tahu bagaimana anda boleh dapat mood Hari Raya persis di kampung halaman? Baca tips yang kami sediakan di bawah:


1. Hias rumah sendiri dengan elemen raya

Tak dapat balik kampung untuk beraya tak semestinya anda di bandar tak boleh cipta sendiri mood dan vibes Hari Raya bukan?

Jadilah seorang yang kreatif dan keluarkan segala idea menarik untuk hias rumah dengan elemen raya. Contohnya, pasang pelita di halaman rumah, pasang lampu 'liplap', gantung ketupat sebagai hiasan, tukar langsir, bersihkan rumah dan sebagainya.


2. Malam raya boleh masak masakan turun temurun tradisi oleh nenek moyang

Setiap keluarga pasti ada resepi turun-temurun sejak nenek moyang terdahulu bukan?

Masa inilah waktu yang sesuai untuk anda hasilkan kembali resepi tersebut di malam Hari Raya. Minta resepi dengan ibu bapa di kampung, masak sendiri untuk dihidangkan buat keluarga. Tak sedap pun tak apa, asalkan tradisi malam raya tidak ditinggalkan.


3. Beli baju raya atas talian, tapi jangan lebih-lebih. Satu atau dua pasang pun jadilah.

Disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah secara bersederhana, anda masih boleh beli baju raya tapi janganlah beli sampai lima helai. Satu atau dua helai pun sudah memadai.

Tapi yang penting, elakkan untuk keluar rumah kalau boleh. Beli atas talian, minta dihantar di rumah. Baju untuk pagi raya yang penting, baru boleh ber-ootd bersama keluarga nanti.


4. Duit raya jangan lupa sediakan. Tapi tak perlu angpao!

Teknologi kini dah canggih, walaupun anda tak boleh beraya bersama keluarga, duit raya boleh diberikan melalui e-Duit Raya sahaja. Tak perlu bazir sampul, terus lakukan transaksi atas talian untuk berikan duit raya kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain.

Sekarang pun anda dan boleh ketepikan jumlah yang ingin diberikan supaya tak lari bajet.


5. Di pagi Hari Raya, bangun awal dan siapkan diri

Jangan ingat tak dapat balik kampung, boleh tidur sampai ke tengahari pula. Pagi Raya kenalah bangun awal, persiapkan diri cantik-cantik dengan baju raya, makan pagi bersama keluarga walaupun berjauhan.

Kalau tak boleh video call, masih boleh hubungi mereka seperti biasa untuk bertanya khabar.


6. Perkara wajib pagi raya: Bermaaf-maafan sesama keluarga

Kalau sebelum ini, sesi bermaaf-maafan ini dilakukan mengikut peringkat umur. Masa itulah kita nak bersalam-salaman sambil mohon maaf dan cium ibu bapa masing-masing. Tapi tahun ini ia akan dilakukan dengan sedikit perbezaan.

Mungkin anda tak dapat bersalaman dengan mereka, namun anda masih perlu memohon maaf kepada ibu bapa walaupun terpaksa dilakukan secara atas talian. Tapi janganlah menangis teresak-esak pula ye.


7. Menikmati hidangan di pagi Hari Raya bersama keluarga dengan cara video call

Yang ini momen paling terkesan sebab tak dapat menjamu selera di siang hari bersama ahli keluarga. Mana tidaknya, setelah sebulan berpuasa, hidangan di pagi Hari Raya dikatakan lebih bermakna dan 'feel' kalau bersama keluarga.

Tapi takpa, anda masih boleh makan bersama. Tapi dengan cara video call beramai-ramai. Boleh gunakan Google Hangouts, Zoom, FaceTime, WhatsApp video call dan sebagainya. Baru feel tu ada!


8. Akhir sekali, bila dah kenyang. Masa untuk bergambar bersama keluarga!

Sesi yang paling dinantikan adalah bergambar bersama seisi keluarga dengan menggayakan baju raya masing-masing. Walaupun berjauhan, family portrait tak boleh dilupakan.

Untuk anda yang menggunakan video call pun masih boleh tangkap gambar beramai-ramai. Malah, ia boleh disimpan dan dijadikan sebagai 'Memori Raya PKPB 2020 Bersama Keluarga'.

Banyak lagi cara untuk anda kembalikan 'mood' Hari Raya.

Jadi, jangan bersedih ok. Sambut je raya seperti biasa dengan tips di atas. =) - says


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2020/05/sedih-tak-dapat-beraya-sebab-pkp-buat-8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penasihat Khas Pm Cadang Laksana Semula Pkp Pada Hari Raya

Penasihat Khas Pm Cadang Laksana Semula Pkp Pada Hari Raya

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 453 hits
Penasihat khas perdana menteri mengenai kesihatan awam Dr Jemilah Mahmood mencadangkan perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan semasa Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah mencegah lonjakan kes Covid 19 di negara ini Beliau berkata demiki...
Cara Daftar Operasi Kerja Masa Pkp Dengan Miti

Cara Daftar Operasi Kerja Masa Pkp Dengan Miti

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 306 hits
SOALAN LAZIM BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI BILANGAN 4 BAHAGIAN 1 SOALAN UMUM MENGENAI PERMOHONAN 1 Syarikat saya telah mendapat kelulusan MITI sewaktu PKP 1 2 Adakah permohonan perta...
Majlis Hari Raya Patut Untuk Ahli Keluarga Sahaja Akademi Perubatan

Majlis Hari Raya Patut Untuk Ahli Keluarga Sahaja Akademi Perubatan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 335 hits
Langkah kerajaan Perikatan Nasional memilih untuk membenarkan himpunan Hari Raya Aidilfitri seramai 20 orang dibantah oleh Akademi Perubatan Malaysia Akademi itu kecewa dengan keputusan yang mungkin bertujuan meraih populariti dalam kalanga...
Kadar Zakat Mengikut Negeri Pada Musim Pkp Dan Cara Pembayarannya

Kadar Zakat Mengikut Negeri Pada Musim Pkp Dan Cara Pembayarannya

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 497 hits
Ada yang tercari cari pautan untuk pembayaran zakat fitrah ke tu Haa ni haa ciktie kongsikan senarai pautan dan kadar bayaran zakat fitrah mengikut negeri untuk tahun ni bagi memudahkan kerja korang Kot kot ada yang nak buat pembayaran seca...
Kkm Nasihat Sambut Hari Raya Secara Tertutup Di Rumah Lindungi Keluarga Dari Jangkitan Covid 19

Kkm Nasihat Sambut Hari Raya Secara Tertutup Di Rumah Lindungi Keluarga Dari Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 396 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan seluruh umat Islam di negara ini untuk menyambut perayaan Aidlifitri yang akan menjelang kurang dua minggu lagi secara tertutup di rumah masing masing Menurut KKM tindakan ini adalah sebagai satu ...
5911 Zero Hunger Bantu 8 000 Keluarga Terjejas Pkp Sejak 18 Mac Malakat Tribune 29 04 2020

5911 Zero Hunger Bantu 8 000 Keluarga Terjejas Pkp Sejak 18 Mac Malakat Tribune 29 04 2020

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 444 hits
CYBERJAYA Lebih 8 000 keluarga telah menerima barangan keperluan asas yang disumbangkan penderma menerusi Projek Zero Hunger sejak ia dilancarkan 18 Mac lalu Pengasas Malakat Mall Mohd Fadzil Hashim berkata sejak platform SadaqahMarket dibu...
Contoh Ucapan Cara Halus Berkias Elak Tetamu Datang Beraya

Contoh Ucapan Cara Halus Berkias Elak Tetamu Datang Beraya

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 1051 hits
Contoh ucapan cara halus berkias untuk elak tetamu datang beraya di rumah Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Aik Belum lagi tiba hari raya tapi dah ada ucapan raya ke Ho ho ho yang saya maksudkan bukan ucapan raya beshe beshe tetap...
Kkm Sarankan Raya Tertutup Antara Ahli Keluarga Sahaja

Kkm Sarankan Raya Tertutup Antara Ahli Keluarga Sahaja

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 490 hits
SHAH ALAM 18 MEI Umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan dinasihatkan mengelakkan amalan mengunjungi rumah saudara mara atau menziarah kubur kata ketua pengarah kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sebaliknya D...
Iklan Raya 2020 Pkp Pulang

Iklan Raya 2020 Pkp Pulang

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 449 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Iklan raya untuk tahun 2020 still ada tau Walaupun masih dalam mood PKP but iklan raya still on Iklan raya kali ni berdurasi 2minit 27 saat dari SKYRUN Iklan raya 2020 PKP PULANG
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Suami Takkan Tidur Bila Isteri Yang Memandu

Lunch Ayam Gepuk Putrajaya Bersama Anak Dara

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persediaan Untuk Persaraan Berdasarkan Pengalaman Saya

Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat