Terlalu Awal Kaitkan Pn Mirip Bn Ambil Tindakan Ke Atas Penentang Kata Penganalisis


Adam Abu BakarMohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia berkata, lebih baik pentadbiran
PN memastikan proses keadilan, perundangan dan kehakiman berjalan tanpa intimidasi
politik serta campur tangan Putrajaya kerana ia boleh mendapat kepercayaan tinggi
rakyat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Terlalu awal untuk mengaitkan corak pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan mirip kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN) yang dikritik kerana mengambil tindakan undang-undang terhadap penentangnya.
Penganalisis, Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, tidak dinafikan ada pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang dipanggil memberi keterangan, namun belum ada tindakan diambil terhadap mereka.
“Mereka dipanggil selepas polis menerima aduan, memang siasatan akan dibuat. Cumanya isu yang lebih besar saya nampak ini adalah siasatan terhadap pemimpin DAP di Pulau Pinang, kalau benar seperti didakwa, ia boleh mencalarkan imej DAP.
“Kita kena tengok dahulu sejauh mana pendekatan ini berterusan. Kita perlu tunggu dan lihat kerana semasa zaman pentadbiran Pakatan Harapan, ada juga pemimpin pembangkang ketika itu dipanggil pihak berkuasa,” katanya kepada FMT.
Pada 18 Jun lalu, Syed Saddiq memberi keterangan di Bukit Aman berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dalam temubual bersama sebuah stesen televisyen antarabangsa pada 6 Mac lalu. Beliau disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pada 23 Jun pula, Yeoh ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung tweetnya pada 9 Mac lalu mengenai isu perkahwinan bawah umur dengan mempersoalkan apa yang akan berlaku kepada Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur selepas pelantikan penggantinya, Siti Zailah daripada PAS.
Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana dipercayai mempunyai kecenderungan menghasut.
Awal minggu ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan beberapa exco Pulau Pinang dan Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berhubung projek terowong dasar laut di negeri itu.
Kamarul berkata, tidak adil mempertikaikan tindakan polis terhadap pemimpin pembangkang ketika ini kerana Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilantik bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
“Ketua polis negara yang ada sekarang ini adalah orang kuat Mahathir yang pernah direkodkan berkata tidak akan berpaling tadah kepada Mahathir.
“Jadi, kalau hendak dikatakan tindakan polis ketika ini mencerminkan kerajaan PN, tidak boleh dikatakan juga sebab yang kuasai pasukan polis ketika ini adalah individu yang dilantik Mahathir sendiri.”
Kamarul turut bersetuju, kebangkitan suara pertubuhan bukan kerajaan dan hak asasi manusia yang mempertahankan pimpinan PH ketika ini tidak memberi kesan buat pengundi keseluruhannya, khususnya pengundi luar bandar.
“Setakat ini, prestasi Muhyiddin masih okey kerana tidak banyak kesalahan besar dilakukan, melainkan apabila bertindak melewatkan Parlimen atau isu lantikan politik. Namun, ia bukan satu kesalahan dari aspek perundangan.
“Perkara utama di mata rakyat ketika ini adalah melihat bagaimana PN mengatasi isu Covid-19, khususnya apabila isu ini hampir selesai dan negara dilihat agak berjaya. Cumanya yang tinggal adalah isu pasca Covid-19.”
Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, isu kebebasan bersuara NGO dan kumpulan hak asasi memberi kesan kepada semua golongan, tetapi tahap sensitivitinya lebih berpihak kepada kumpulan di kawasan bandar.
“Hakikatnya, rakyat sudah serasi dengan konsep kebebasan secara mutlak tidak sesuai dengan Malaysia, terutama perkara yang sentuh hal agama, bangsa dan budaya. Saya tidak nampak isu kebebasan bersuara akan menjadi pemangkin utama buat rakyat menilai prestasi PN.”
Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia pula berkata, ketelusan PN dapat diperhatikan menerusi kes berprofil tinggi yang masih diteruskan di mahkamah ketika ini ialah kes sama sejak pentadbiran PH.
“Susah juga hendak cakap sebab kes-kes yang diadili sekarang ini melibatkan pemimpin semasa dalam kerajaan PN yang sebelum ini bagi saya, perdana menteri sendiri mahukan sebuah kerajaan yang tidak campur tangan dalam apa juga kes.”
Katanya, lebih baik jika pentadbiran PN memastikan proses keadilan, perundangan dan kehakiman berjalan tanpa intimidasi politik dan campur tangan Putrajaya kerana ia boleh mendapat kepercayaan tinggi rakyat.
“PN ada kelebihan dan mereka mempunyai peranan besar untuk membantu rakyat. Pendekatan diambil PN akan menentukan bagaimana penerimaan rakyat kerana rakyat hendak melihat kerajaan yang memulihkan ekonomi, impak Covid-19.”
Beliau berkata, walaupun langkah diambil kerajaan PN dalam menangani beberapa isu dianggap keras, tetapi rakyat dapat menerimanya.
“Contoh mudah ialah dasar terhadap PATI (pendatang asing tanpa izin) yang agak keras, tetapi diterima rakyat. Serupa juga tindakan polis dengan strategi agak keras, tetapi rakyat memahaminya supaya keadaan sentiasa terkawal. Semua ini akan beri kesan minima dalam pilihan raya umum.
“Satu perkara ketara ialah tindakan polis ketika ini untuk menjaga ketenteraman negara dan tidak ada kena-mengena dengan kehendak parti politik. Belum ada tanda atau isyarat tindakan polis ini berkaitan strategi PN untuk kekang seteru politik mereka.”
Semalam, 6 kakitangan media antarabangsa, Al Jazeera ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung dokumentari “Locked Up In Malaysia’s Lockdown” menerusi program 101 East yang disiarkan minggu lalu kerana menuduh Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap PATI.
Al Jazeera disiasat polis di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/terlalu-awal-kaitkan-pn-mirip-bn-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Ke Atas Transgender Lebih Banyak Keburukan Daripada Kebaikan Kata Ngo

Tindakan Ke Atas Transgender Lebih Banyak Keburukan Daripada Kebaikan Kata Ngo

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 462 hits
PETALING JAYA Sebuah kumpulan hak asasi wanita bimbang dengan keputusan kerajaan membenarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan terhadap transgender kerana ia hanya akan membahayakan golongan itu Sisters in Islam ber...
Muhyiddin Tetap Miliki Majoriti Walaupun Tipis Kata Penganalisis

Muhyiddin Tetap Miliki Majoriti Walaupun Tipis Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 207 hits
Kejayaan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional melantik speaker baru Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menggantikan Ariff Yusoff walaupun dengan perbezaan hanya 2 undi tetap memberi indikasi Muhyiddin Yassin berjaya peroleh majoriti Pengana...
Pkr Tak Mungkin Sokong Shafie Jadi Calon Pm Kata Penganalisis

Pkr Tak Mungkin Sokong Shafie Jadi Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 253 hits
Shafie Apdal tidak menyokong Anwar Ibrahim menjadi calon PM PETALING JAYA Dua penganalisis politik berkata rancangan menamakan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri pembangkang memerlukan sokongan PKR tetapi ia tida...
Mufakat Nasional Menyokong Muhyiddin Pm Semula Selepas Pru 15 Adalah Kenang Jasa Kata Penganalisis

Mufakat Nasional Menyokong Muhyiddin Pm Semula Selepas Pru 15 Adalah Kenang Jasa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 408 hits
Sokongan Umno dan PAS terhadap Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya umum ke 15 nanti mengundang pandangan tidak senang di kalangan beberapa pemimpin dan veteran di dalam Umno Ada yang beranggapan Umno tidak perl...
Ekonomi Malaysia Mampu Capai V Shape Tetapi Usah Terlalu Yakin Penganalisis

Ekonomi Malaysia Mampu Capai V Shape Tetapi Usah Terlalu Yakin Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 343 hits
Kedudukan pemulihan ekonomi negara dilihat mampu berada dalam keadaan V shape namun jangan terlalu yakin Itu pandangan penganalisis dan Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari ...
Tindakan Ubah Suai Jata Negara Perbuatan Biadap Kata Menteri

Tindakan Ubah Suai Jata Negara Perbuatan Biadap Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 348 hits
Tindakan ubah suai Jata Negara perbuatan biadap kata menteri Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Jun 2020 3 5
Malaysia Ambil Tindakan Undang Undang Ke Atas Kempen Anti Sawit Eu

Malaysia Ambil Tindakan Undang Undang Ke Atas Kempen Anti Sawit Eu

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 364 hits
Khairuddin Aman Razali berkata Malaysia akan terus komited dalam mempertahankan kepentingan industri sawit yang banyak menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara PETALING JAYA Malaysia akan mengambil tindakan undang undang ke atas K...
Jangan Anggap Dr M Sudah Tewas Kata Penganalisis

Jangan Anggap Dr M Sudah Tewas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 212 hits
Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Penganalisis mengingatkan pemerhati jangan anggap Dr Mahathir Mohamad sudah tewas dalam arena politik hanya kerana Pakatan Harapan menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri James Ch...
Perasaan Marah Terhadap Ppbm Meluas Dalam Umno Kata Penganalisis

Perasaan Marah Terhadap Ppbm Meluas Dalam Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 427 hits
Robin Augustin PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata respons keras Umno berhubung kenyataan menteri PPBM mengenai parti itu menggambarkan perasaan marah yang mendalam dalam kalangan akar umbi Umno terhadap parti pimpinan Perdan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2