Muhyiddin Tetap Miliki Majoriti Walaupun Tipis Kata Penganalisis



(FMT) – Kejayaan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik speaker baru Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun menggantikan Ariff Yusoff walaupun dengan perbezaan hanya 2 undi tetap memberi indikasi Muhyiddin Yassin berjaya peroleh majoriti.
Penganalisis politik Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia berkata, tidak dinafikan blok pembangkang diketuai Anwar Ibrahim mempunyai kekuatan dan pengaruh hampir sama dengan blok kerajaan, namun dalam amalan demokrasi, perbezaan 1 undi sudah memadai.
“Jika melihat kepada jumlah undi tersebut, tidak dinafikan kekuatan kerajaan hampir sama dengan kekuatan pihak pembangkang, tetapi kekuatan kerajaan juga bergantung kepada sokongan rakyat di luar, selain semua pihak berkepentingan, termasuk penjawat awam,” katanya kepada FMT.
Izani berkata, beliau juga tidak melihat sebarang masalah buat pentadbiran Muhyiddin untuk membahaskan usul dan rang undang-undang (RUU) pada masa depan, memandangkan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 baru sahaja bermula semalam.
“Jika usul hanya perlu majoriti mudah, ia tidak ada masalah dan ia boleh tercapai. Melainkan usul pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti 2/3. Ada juga keadaan apabila usul kerajaan turut disokong oleh ahli Parlimen yang berbeza, termasuk Bebas,” katanya.
Semalam Ariff tersingkir daripada jawatan speaker dengan hanya perbezaan tipis 2 undi. Dalam undian belah bahagi, usul kerajaan untuk Ariff mengosongkan jawatan itu disokong 111 ahli Parlimen mengatasi 109 yang menolak.
Sementara itu, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, jika hanya memperoleh kelebihan 1 undi akan tetap memberi kemenangan kepada Muhyiddin, memandangkan ini merupakan usul pertama dibentangkan selepas menjawat jawatan perdana menteri.
“Secara tersiratnya, Muhyiddin sebagai perdana menteri mempunyai undi majoriti tipis, iaitu hanya 2 kerana babitkan isu yang begitu partisan, iaitu undi mengikut kehendak parti.
“Saya juga tidak menjangkakan majoriti tipis ini akan terbawa apabila RUU dibentangkan.
“Tidak syak perbahasan RUU juga akan menjadi panas, tetapi kehangatannya hanya berkait kepada perbahasan kandungan RUU.
“Kepentingan kelulusan RUU tidak bergantung kepada pendirian parti, sebaliknya kandungannya. Contohnya RUU membabitkan Covid-19, ia adalah untuk kepentingan dan kelangsungan ekonomi negara,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/07/14/muhyiddin-tetap-miliki-majoriti-walaupun-tipis-kata-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufakat Nasional Menyokong Muhyiddin Pm Semula Selepas Pru 15 Adalah Kenang Jasa Kata Penganalisis

Mufakat Nasional Menyokong Muhyiddin Pm Semula Selepas Pru 15 Adalah Kenang Jasa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 436 hits
Sokongan Umno dan PAS terhadap Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya umum ke 15 nanti mengundang pandangan tidak senang di kalangan beberapa pemimpin dan veteran di dalam Umno Ada yang beranggapan Umno tidak perl...
Terbukti Muhyiddin Ada Majoriti Tapi Terlalu Kecil

Terbukti Muhyiddin Ada Majoriti Tapi Terlalu Kecil

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 286 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini telah membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat tetapi kelebihannya itu adalah terlalu kecil Ini dapat dilihat semasa usul Perikatan Nasional yang diterajuinya berjaya me...
Kerajaan Muhyiddin Buktikan Ada Majoriti Di Parlimen

Kerajaan Muhyiddin Buktikan Ada Majoriti Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 289 hits
112 total views 28 views today Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara Mac lepas hari ini membuktikan bahawa mereka mendapat bilangan yang mencukupi dan keyakin...
Muhyiddin Tawar Saya Sertai Pn Kata Shafie Apdal

Muhyiddin Tawar Saya Sertai Pn Kata Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 323 hits
Hariz Mohd Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah menawarkan Shafie Apdal untuk menyertai kabinet Perikatan Nasional sebagai timbalannya Presiden Warisan menyatakan perkara ini semasa wawancara bersama media hari ini Haha Cuba anda tanya k...
Jangan Lihat Umno Parti Picisan Kata Ajk Umno Kepada Muhyiddin

Jangan Lihat Umno Parti Picisan Kata Ajk Umno Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 339 hits
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju Rafi Awang Kechik mengingatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak sesekali melihat pemimpin Umno sebagai parti picisan dan pengguna yang menumpang gerabak semata mata Rafi mendakw...
Jangan Anggap Dr M Sudah Tewas Kata Penganalisis

Jangan Anggap Dr M Sudah Tewas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 236 hits
Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Penganalisis mengingatkan pemerhati jangan anggap Dr Mahathir Mohamad sudah tewas dalam arena politik hanya kerana Pakatan Harapan menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri James Ch...
Sokong Muhyiddin Tetapi Isu Daftar Pn Belum Capai Kata Sepakat

Sokong Muhyiddin Tetapi Isu Daftar Pn Belum Capai Kata Sepakat

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 291 hits
Ahli Parlimen BN dalam mesyuarat hari ini kekal komited untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional Bagaimanapun isu mendaftarkan gabungan itu secara rasmi itu masih belum dapat mencapai kata sepakat Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Ten...
Perasaan Marah Terhadap Ppbm Meluas Dalam Umno Kata Penganalisis

Perasaan Marah Terhadap Ppbm Meluas Dalam Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 462 hits
Robin Augustin PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata respons keras Umno berhubung kenyataan menteri PPBM mengenai parti itu menggambarkan perasaan marah yang mendalam dalam kalangan akar umbi Umno terhadap parti pimpinan Perdan...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Sambal Bendi Goreng

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daftar Lengkap Pembatal Shalat Dan Penjelasannya

Characteristics Of Thehulk88

Domain Portfolio Generating Income

Fabio Asher Lebih Besar Chord

Rendang Banh Mi Sentuhan Fusion Yang Cukup Menyelerakan

Resipi Gulai Ikan Baung Bersama Daun Kesum