First Time Cuba Dessert Pisang Hijau
First Time Cuba Dessert Pisang Hijau - Sejujurnya, nad memang jenis yang mudah terpengaruh dengan makanan yang lalu dekat media sosial ni. Lagi-lagi bila nampak makanan tu unik dan menyelerakan. Lepastu hati membuak nak cuba bila orang komen sedap. Dah beberapa hari posting Pisang Hijau Theamade ni lalu. Tertarik dengan warna hijau pisang tu dan dicampur sagu merah, betul-betul tarik perhatian. Nad dengar, pisang hijau ni dari makanan dari Indonesia ye. Bila orang Malaysia buat, baru dapat rasa
Bila nampak makanan yang unik ni, mula la nak rasa kan. Hari-hari tengok thread seseorang ni buat tour untuk pisang hijau jualan dia. Memang nad tunggu dia datang Lotus ampnag je. Tiba-tiba, bila dia post cakap nak datang ke Lotus Ampang, tangan ni laju pula tekan mesej dan terus booking order. Dalam kepala cuma satu soalan “sedap ke sebenarnya pisang hijau ni?”
Dessert Pisang HijauApa Itu Dessert Pisang Hijau?
Pisang Hijau ialah manisan tradisional yang popular di rantau Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Ia biasanya diperbuat daripada:- Pisang (direbus atau dikukus)- Adunan hijau berasaskan tepung- Santan lemak- Sirap gula melaka- Ais kisar atau ais batu
Gabungan ini menghasilkan rasa manis sederhana, lemak dan sangat menyegarkan, sesuai dinikmati ketika cuaca panas
Tapi tengok lain orang lain toppingnya. Ada letak macam macam topping, tapi nad tertarikh Pisang Hijau Theamade ni
Kenapa Tertarik Nak Cuba?
Pertama, sebab rasa ingin tahu. Pisang hijau bukan menu yang selalu kita jumpa. Biasanya kita dengar pisang goreng, pengat pisang, cekodok pisang. Tapi pisang hijau sebagai dessert sejuk? Itu something new untuk saya
Kedua, sebab orang kata dessert ni tak muak. Sebagai seseorang yang cepat jelak dengan dessert terlalu manis, ayat “tak terlalu manis dan ringan” memang buat saya curious. Saya nak tahu sejauh mana betulnya claim tu
Dan ketiga, jujur cakap, sebab FOMO sikit. Bila nampak ramai yang review positif, rasa macam rugi pula kalau tak cuba sendiri
Proses Booking Mudah
Proses booking order tu senang. Penjual update jadual tour, lokasi dan waktu pickup. Semua clear. Bila dah confirm ambil di Lotus Ampang, saya cuma tunggu hari kejadian sambil bayangkan rupa dan rasa dessert pisang hijau ni
Bila hari pickup tiba, memnag nad keluar awal dan orang pertama beratur..haha. Tengok dekat thread packaging dan rupa pisang hijau dia memang lawa.Ppackaging dia nampak kemas dan bersih. Simple tapi cantik. Tak over, tapi cukup buat rasa yakin nak makan. Dari luar pun dah boleh nampak lapisan hijau, pisang dan santan. Masa tu, dalam hati dah excited
Pisang Hijau Theamade ni dia cuma ada pisang hijau, sagu merah, putih tu tak pasti apa, dan susu.
Cara makan, tuangkan sahaja susu tu atas semua bekas tu. Tambah ais lagi sedap, tapi masa tu nad malas, sebab nak makan terus
Moment paling best mestilah suapan pertama. Saya masih ingat lagi, bila sudu pertama masuk mulut, reaksi pertama saya ialah “Eh, sedap rupanya.”
Rasa dia sangat seimbang. Ia tidak terlalu manis, tidak muak, dan setiap suapan terasa ringan. Santan dia lemak, tapi bukan lemak yang berat. Pisang pula lembut dan manis semula jadi, bukan manis gula yang kuat
Lapisan hijau tu pula bagi tekstur kenyal sikit, buat setiap suapan ada variasi. Bila makan sejuk-sejuk, memang rasa menyegarkan. Bukan jenis dessert yang buat tekak rasa haus lepas makan
Lepas beberapa suapan, saya mula faham kenapa ramai suka dessert ni. Ia bukan dessert yang cuba impress dengan kemanisan melampau. Sebaliknya, ia main dengan keseimbangan rasa
Manisnya cukup
Lemaknya kena
Teksturnya tak bosan
Ini jenis dessert yang kita boleh habiskan satu bekas tanpa rasa bersalah atau rasa “cukup la, tak larat dah”. Malah, kalau share dengan orang rumah pun semua boleh terima, sebab rasanya universal
Adakah Saya Akan Repeat
Jawapan jujur — ya
Bukan sebab hype semata-mata, tapi sebab rasanya memang sedap dan seimbang. Ini dessert yang boleh dimakan berkali-kali tanpa rasa jemu
Tak tau bila lagi dia akan datang ke Lotus Ampang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2025/12/first-time-cuba-dessert-pisang-hijau.html