Malaysia Ambil Tindakan Undang Undang Ke Atas Kempen Anti Sawit Eu


FMT ReportersKhairuddin Aman Razali berkata, Malaysia akan terus komited dalam mempertahankan
kepentingan industri sawit yang banyak menyumbang kepada pembangunan sosio
ekonomi negara.PETALING JAYA: Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Kesatuan Eropah (EU) melalui mekanisme penyelesaian pertikaian (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), susulan kempen anti-minyak sawit dilancarkan kesatuan itu.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan undang-undang itu sejajar prinsip dan amalan perdagangan yang digariskan WTO.
“Polisi dilaksanakan EU dalam ‘Delegation Regulation’ di bawah ‘Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU II (EU RED II) mewujudkan sekatan tidak sewajarnya ke atas usaha kemampanan dan kelestarian yang sedang dilaksanakan Malaysia serta seterusnya menyekat amalan perdagangan bebas.
“Tindakan diskriminasi EU ini akan menyebabkan lebih 3 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam rantaian industri sawit negara menerima impak negatif, termasuk lebih setengah juta pekebun kecil sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairuddin berkata, berdasarkan “Delegated Regulation” yang ditetapkan EU pada Mac lalu, minyak sawit dikategorikan mempunyai kadar perubahan kegunaan tanah secara tidak langsung (ILUC) yang tinggi dan dijangka memberi kesan kepada jumlah eksport minyak sawit ke negara EU.
“’Delegated Regulation’ di bawah EU RED II ini dilihat mempunyai kekurangan dari segi ketelusan, kredibiliti saintifik dan terdapat banyak andaian dibuat memberikan gambaran tidak tepat terhadap amalan kemampanan dan kelestarian diamalkan dalam industri sawit negara.
“Selain itu, ia juga dilihat berat sebelah apabila hanya minyak sawit dikategorikan mempunyai kadar risiko ILUC yang tinggi dalam kalangan minyak sayuran bagi sumber bio bahan api.”
Katanya, Malaysia akan terlibat sebagai pihak ketiga dalam pemfailan kes yang dibuat Indonesia dan sebagai tanda sokongan serta solidariti sebagai pengeluar sawit bersama negara jiran itu.
“Malaysia akan terus komited dalam mempertahankan kepentingan industri sawit negara yang banyak menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara.”
Malaysia dan Indonesia mengeluarkan hampir 90% minyak sawit dunia.
Pada Januari 2018, Parlimen EU meluluskan resolusi memboikot penggunaan produk minyak sawit yang dihasilkan dengan cara tidak mampan menjelang 2030.
EU memberi alasan minyak sawit yang digunakan secara meluas boleh menjejaskan cita-cita Eropah melestarikan sektor pengangkutan, jika komoditi itu digunakan sebagai biodiesel.
Komoditi itu ialah eksport utama Malaysia ke EU yang menyumbang 49% daripada import dari rantau ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/malaysia-ambil-tindakan-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Anti Sawit Kerajaan Malaysia Akan Saman Eu Kata Menteri

Kempen Anti Sawit Kerajaan Malaysia Akan Saman Eu Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 300 hits
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan memfailkan tindakan undang undang terhadap Kesatuan Eropah membabitkan kempen anti minyak sawit oleh blok berkenaan Menterinya Datuk Dr Mohd Khairud...
Ikea Perkenal Beg Pelangi Sokong Kempen Lgbtq Perlukah Rakyat Malaysia Boikot

Ikea Perkenal Beg Pelangi Sokong Kempen Lgbtq Perlukah Rakyat Malaysia Boikot

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 300 hits
Budaya memboikot atau setidaknya cubaan untuk memboikot bukanlah satu perkara yang baru dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya melalui gerakan yang dilakukan netizen di platform media sosial Beberapa kejadian sebelum ini seperti kempen ...
Malaysia Kutuk Serangan Pemberontak Houthi Ke Atas Arab Saudi

Malaysia Kutuk Serangan Pemberontak Houthi Ke Atas Arab Saudi

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR 25 Jun Malaysia mengutuk sekeras kerasnya serangan peluru berpandu dan dron oleh puak pemberontak Houthi di Yaman ke atas Arab Saudi sejak beberapa minggu yang lepas Wisma Putra berkata provokasi berterusan oleh Houthi adalah t...
Terima Kasih Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Bersatu Menentang Tindakan Stesen Tv Al Jazeera Ismail Sabri

Terima Kasih Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Bersatu Menentang Tindakan Stesen Tv Al Jazeera Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 288 hits
Baru baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan satu video dokumentari terbitan saluran berita Al Jazeera dalam rancangan 101 East yang mendakwa Malaysia berlaku kejam terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin ketika Perintah Kawalan Pergerakan ...
Kerajaan Akan Ambil Tindakan Ke Atas Majikan Tidak Salur Subsidi Upah Zafrul

Kerajaan Akan Ambil Tindakan Ke Atas Majikan Tidak Salur Subsidi Upah Zafrul

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 228 hits
Kerajaan ada menerima maklumat terdapat majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah kepada pekerja mereka dan ini telah melanggar syarat syarat kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata bantuan rangsangan ekon...
Terkini Malaysia Antara 51 Negara Catat Kadar Kesembuhan 90 Ke Atas

Terkini Malaysia Antara 51 Negara Catat Kadar Kesembuhan 90 Ke Atas

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 260 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid 19 dan telah discaj daripada wad adalah sebany...
Tindakan Terhadap Pengamal Media Malaysia Berundur Ke Belakang

Tindakan Terhadap Pengamal Media Malaysia Berundur Ke Belakang

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 190 hits
Persatuan Editor Akhbar Cina Malaysia menggesa kerajaan menghentikan tindakan undang undang terhadap dua pengamal media untuk menegakkan kebebasan akhbar Persatuan itu merujuk siasatan polis terhadap ketua editor CodeBlue Boo Su Lyn yang di...
Malaysia India Perkukuh Kerjasama Industri Sawit

Malaysia India Perkukuh Kerjasama Industri Sawit

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 231 hits
HARAKAHDAILY PUTRAJAYA Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Malaysia bersedia memberi kerjasama khusus dan terus perkukuh kerjasama antarabangsa dalam peluang pemindahan teknologi industri ...
Hiburan Dituduh Rebut Harta Sepupu Sehingga Putus Saudara Fatin Afeefa Bakal Ambil Tindakan Undang Undang

Hiburan Dituduh Rebut Harta Sepupu Sehingga Putus Saudara Fatin Afeefa Bakal Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1311 hits
Nampaknya Fatin Afeefa langsung tak dapat berehat walaupun seketika daripada terpalit dengan kontroversi liar Meskipun baru baru ini wanita itu dikatakan kembali menjalinkan hubungan dengan suami orang kini terdapat pula khabar angin yang m...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord