Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025
Sambungan dari catatan terdahulu --> Ringkasan Perjalanan | Trip ke China - Wilayah Yunnan dan Jiangsu

▶ TERLEPAS PENERBANGAN SCOOT AIRLINESKami sepatutnya terbang ke Kunming, China dengan menaiki pesawat Scoot Airlines yang berlepas pada pukul 4.55 petang

Tetapi pada hari tersebut Encik Suami ada urusan lain yang lebih penting, selesai urusan berkejarlah kami dari Perlis ke lapangan terbang di Pulau Pinang dengan jarak kira-kira 175 km. Sampai lapangan terbang dah pukul 4.40 petang, memang tak sempatlah. Maka terpisahlah kami berdua dari kumpulan kami seramai lima orang

Segera kami mencari tiket baru untuk terbang pada hari yang sama. Alhamdulillah kami dapat tiket China Southern Airlines, waktu penerbangan tengah malam dan perlu transit di Guangzhou. Syukur juga sebelum ini kami pernah dua kali ke Guangzhou, jadinya kuranglah rasa risau berbanding transit di lapangan terbang yang belum pernah kami jejak

Pulau Pinang (PEN) - transit Guangzhou (CAN) - Kunming (KMG)

▶ PENERBANGAN DARI PULAU PINANG KE GUANGZHOUIni merupakan pengalaman kali kedua saya menaiki pesawat China Southern Airlines. Catatan pengalaman terdahulu di entri INI. Sama seperti kali pertama dahulu, sekali lagi kami dapat tempat duduk nombor 49 - emergency exit row seats. 
Tempat duduk kami 49A dan 49B - Encik Suami di tepi tingkap, saya di tengah dan seorang perempuan berbangsa Cina di kanan saya (aisle). Ruang kaki lebih luas - ini kelebihan bila kita duduk berhampiran emergency exit.
Awalnya saya sangka perempuan muda di sebelah saya ni warga China, rupa-rupanya orang Cina Malaysia 😀. Saya rasa gembira dan agak lega bila tahu ada orang Malaysia selain kami dalam pesawat yang nampaknya semua penumpang berwajah Cina

Ada satu kisah, sepanjang penerbangan ada beberapa kali pramugari datang kepada saya dan berkomunikasi dalam bahasa Cina. Penumpang sebelah saya ni berkata kepada saya, “Dia orang ni tak nampak ke muka you bukan Chinese? Cakaplah English!”. Lebih kurang begitu katanya dengan nada kesal

Saya sendiri pun hairan - muka Jawa dan bertudung bawal pun pramugari masih cing cong cing cong bercakap dengan saya 😄
Tak sempat nak request makanan halal, jadinya kami menolak untuk terima hidangan makanan. Perut tak begitu lapar, jadi rasa tak perlu ambil set hidangan hanya untuk makan buah

Tapi kenalan baru di sebelah saya ni segera membelek yogurt yang baru diterima, ada tanda halal katanya. Setelah bertanya sama ada saya mahu atau tidak, segera dia maklumkan kepada pramugari yang dah berlalu pergi untuk beri saya dan suami - yogurt dan buah. Maka dapatlah kami set hidangan seperti dalam foto di atas. Roti tu kami tak makanlah sebab tak dapat nak pastikan status halal

Kami berbual, katanya dia faham kenapa saya menolak hidangan makanan sebab tu dia cepat-cepat check tanda halal pada yogurt. Saya rasa tersentuh hati dengan kebaikannya. Betul-betul rasa bertuah sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama tapi saling faham dan hormat

Yogurt jenama Sunglo buatan Malaysia


▶ TRANSIT 3 JAM DI GUANGZHOUPesawat kami selamat mendarat di Guangzhou Baiyun International Airport pada pukul 4 pagi setelah terbang kira-kira 4 jam. Keluar dari pintu pesawat, perlu menuruni anak tangga setinggi dua tingkat. Sampai bawah, kami di bawa naik bas menuju ke terminal satu lagi

Lalu health screening, pemeriksaan keselamatan dan urusan imigresen macam biasa, lepas tu kami ikut saja papan tanda ke Transfer Area. Semua proses berjalan lancar dan pantas

Ramai penumpang sedang berehat di sini, ada juga yang bentang kain berbaring di lantai 😄. Dapat je kerusi kosong, Encik Suami duduk jaga bagasi kami dan saya pula terus meninjau sekitar - cari tempat sesuai untuk menunaikan solat Subuh

Saya nampak Shower Room di suatu sudut. Saya rasa gembira sebab bolehlah kami membersihkan diri, tapi rupa-rupanya Shower Room tersebut tidak digunakan - semua unit bilik mandi dikunci

Hikmahnya, dapatlah kami tumpang solat di suatu sudut di dalamnya memandangkan tiada tempat lain di kawasan ini yang sesuai untuk menunaikan solat. Tempatnya kering, bersih dan tiada sesiapa masuk. Alhamdulillah kami dapat solat secara bergilir apabila waktu Subuh masuk pada pukul 4.52 pagi (rujukan waktu solat di laman web china.prayertiming.net)

Pukul 6 pagi kami bergerak ke Gate B272 untuk penerbangan ke Kunming. Sangatlah jauh nak berjalan. Syukurlah ada travelator, bolehlah sesekali rehatkan kaki

Inilah pakaian saya selama dua hari bermusafir. Kali terakhir mandi sebelum tengah hari Khamis sewaktu di rumah, seterusnya mandi selepas mendaftar masuk hotel di China pada waktu malam hari Jumaat. Lebih 24 jam tak mandi 🤣. Eh…tapi saya sempat lap badan dengan wet tissue. Syukurlah suhu di Kunming sejuk, jadinya tak berpeluh walau sentiasa bergerak ke sana sini. Badan rasa selesa je


▶ PEMANDANGAN DARI UDARA MENUJU KE KUNMING YANG MENAKJUBKANPenerbangan dari Guangzhou ke Kunming dengan pesawat China Southern Airlines berlepas pada pukul 7.05 pagi. Dapat tempat duduk je memang terus nak terlelap mata. Mengantuk

Pramugari maklumkan ada pisang, jadi kami ambil kotak makanan ini

Sebelum naik pesawat tadi kami dah makan bekalan roti. Ni ada pisang, makan jugalah supaya lebih kenyang perut. Yogurt dan potongan kek tak makanlah walau nampak macam sedap

Mata saya yang mengantuk jadi segar bila ternampak pemandangan pergunungan yang menakjubkan nun di bawah sana. Masya Allah

Selepas itu tiba pula di kawasan yang dipenuhi dengan kincir angin (wind turbine). Entah berapa kali saya zoom-in lensa kamera hp untuk mendapatkan foto di atas

Di kawasan ini pula nampaknya pembangunan sedang rancak berjalan

Ketika pesawat semakin menghampiri lapangan terbang Kunming, berlaku air turbulence - pesawat bergoyang dan tersentak. Ianya bukan perkara luar biasa dalam penerbangan, tapi agak menakutkan bagi saya yang tak biasa menghadapi situasi begitu

Alhamdulillah pesawat kami selamat mendarat di Kunming Changshui International Airport pada pukul 9.15 pagi. Suhu ketika ini 18℃

Kami keluar melalui Domestic Arrival jadinya tiada sebarang pemeriksaan keselamatan dan urusan imigresen. Seorang kawan Encik Suami (yang telah tiba lebih awal) sudah pun menunggu. Kami berjalan kaki keluar dari bangunan lapangan terbang menuju ke tempat parkir teksi, ketika ini terasa angin sejuk berhembus. Menggigil jugalah saya 😄

Video pendek pemandangan dari udara laluan Guangzhou ke Kunming









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/09/terbang-dari-pulau-pinang-ke-kunming.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pempengaruh China Maut Pesawat Ringan Terlibat Nahas Ketika Live

Pempengaruh China Maut Pesawat Ringan Terlibat Nahas Ketika Live

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 167 hits
Pempengaruh China Maut Pesawat Ringan Terlibat Nahas Ketika Live Seorang pempengaruh China maut selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas dan terbakar ketika live di platform Douyin aplikasi setara TikTok di China Mangsa Tang Feiji 5...
China Lancar Pesawat J 35 J 15t Dan Kj 600 Dari Kapal Induk Fujian Apa Maknanya Kepada Dunia

China Lancar Pesawat J 35 J 15t Dan Kj 600 Dari Kapal Induk Fujian Apa Maknanya Kepada Dunia

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 289 hits
Tentera Laut China baru sahaja mengumumkan pencapaian penting yang menjadi tumpuan global Buat pertama kali tiga jenis pesawat dilancarkan dari kapal induk CNS Fujian menggunakan sistem katapel elektromagnetik Detik ini menandakan lonjakan ...
Inul Daratista Bakal Gegarkan Pulau Pinang Pada 6 Disember Ini

Inul Daratista Bakal Gegarkan Pulau Pinang Pada 6 Disember Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 487 hits
Inul Daratista Bakal Gegarkan Pulau Pinang Pada 6 Disember Ini Selepas hampir dua dekad menyepi dari pentas konsert di Malaysia Ratu Dangdut tersohor Indonesia Inul Daratista akhirnya kembali memanaskan pentas hiburan tanah air Menariknya p...
Ringgit Holds Steady After China Moves To Curb Yuan Rally

Ringgit Holds Steady After China Moves To Curb Yuan Rally

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 523 hits
The local note stays unchanged at 4 2120 2170 against the US dollar amid China driven market pressure KUALA LUMPUR The ringgit held steady against the US dollar at opening on Thursday amid the recent People s Bank of China s pressure on mar...
Malaysia Airlines Kendalikan Penerbangan Dengan Pasukan All Women

Malaysia Airlines Kendalikan Penerbangan Dengan Pasukan All Women

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 586 hits
Malaysia Airlines Kendalikan Penerbangan Dengan Pasukan All Women Malaysia Airlines mencatat sejarah apabila mengendalikan penerbangan MH2610 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan pasukan wanita melibatkan tenaga kerja dari darat hingga...
Inisiatif Aksi Inovasi Bersama China Asean Untuk Penerapan Model Ai Di Bidang Meteorologi Diluncurkan

Inisiatif Aksi Inovasi Bersama China Asean Untuk Penerapan Model Ai Di Bidang Meteorologi Diluncurkan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 570 hits
BloggerBorneo com Dari tanggal 17 hingga 19 September Forum Kerjasama Meteorologi China ASEAN yang ke 4 dimulai di Nanning Guangxi bertema Kecerdasan Digital Memperkuat Kerjasama Meteorologi Peringatan Lebih Awal Bermanfaat Bagi Masyarakat ...
Ringkasan Perjalanan Trip Ke China Wilayah Yunnan Dan Jiangsu

Ringkasan Perjalanan Trip Ke China Wilayah Yunnan Dan Jiangsu

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 722 hits
Setelah lima bulan berlalu saya kembali menyambung catatan perjalanan ke dua wilayah di China Jemput baca entri pertama yang juga catatan pengenalan Musafir ke negara luar kali ini agak berbeza kerana buat kali pertama saya bergerak dalam k...
Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 241 hits
WHAT punishment does your country have for corruption charges so asked Facebooker Unknown Facts in reaction to the death sentence meted out on China s former agriculture and rural affairs minister Tang Renjian for accepting bribes worth ove...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Kasih Pintu Belakang

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Flavorful Beef Jerky Glaze Recipe

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Advan Sport Performance Tyres Built For Precision Speed

Modenas Z15gt Supermoped Malaysia Dengan Rekaan Arowana Teknologi Kawasaki

Kedai Ayam Gepuk Semakin Mendunia

Sekian Lama Nak Cuba Dapat Akhirnya Makan Di Bananabro Tapi Agak Terkilan

7 Aktiviti Harian Bakar Kalori Tanpa Sedar

Tuai Pisang Tanduk