Inul Daratista Bakal Gegarkan Pulau Pinang Pada 6 Disember Ini


Inul Daratista Bakal Gegarkan Pulau Pinang Pada 6 Disember Ini Selepas hampir dua dekad menyepi dari pentas konsert di Malaysia, Ratu Dangdut tersohor Indonesia, Inul Daratista, akhirnya kembali memanaskan pentas hiburan tanah air. Menariknya, penyanyi ini tidak beraksi di Kuala Lumpur, sebaliknya memilih Setia Spice Arena Pulau Pinang sebagai destinasi Konsert Inul Daratista Live In Malaysia ‘Millenial Dangdut Nusantara’, satu lokasi yang akan mengujakan para peminat setianya.
Bakal berlangsung pada 6 Disember 2025, penyanyi yang popular dengan goyang gerudi yang bertenaga ini bakal tampil bersama penyanyi Amelina dan Baby Shima, menghiburkan peminat setia mereka. Konsert yang julung kali yang dianjurkan oleh Fajar Baiduri Empire ini dan disokong oleh Istana Budaya melalui Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), ini bakal memberikan pengalaman baharu kepada penikmat muzik dangdut yang hadir. OTM yang di bawah pimpinan Encik Mohd Yazid Zakaria bersama 18 pemuzik dan 12 penari di bawah ArtisTana, Istana Budaya – selain kemunculan Mohram pastinya akan memberikan kelainan dan warna baharu kepada persembahan mereka bertiga nanti.

Bagi wanita ini, kehadiran semula ke Malaysia sebenarnya sudah lama dinantikan sementelah dia hampir 20 tahun tidak beraksi di atas pentas berskala besar.
“Saya gembira akhirnya kembali ke sini untuk sebuah konsert yang besar. Sebetulnya memang terlalu rindu untuk membuat persembahan di sini,” kata Inul.
Kali terakhir mengadakan konsert besar di Malaysia pada tahun 2007 di Stadium Malawati Shah Alam menerusi ‘Konsert Rentaq Serantau’ bersama Amy Search, Ella dan Band Radja. Sebelum itu, beliau pernah menjayakan ‘Konsert Fenomena Dangdut’ di Stadium Merdeka pada 2005 serta persembahan di Genting Highlands pada 2006.
“Meskipun sudah lama tidak memanggung di sini, saya masih ingat kehangatan yang diberikan oleh penonton. Mereka sangat bersemangat dan memberikan aura positif.
“Sebenarnya semangat itulah yang sering saya rindukan dan mahu segera kembali ke sini,” kata Inul lagi.

Mengulas mengenai kehadiran kali ini, Inul gembira berpeluang untuk ke Pulau Pinang yang sebetulnya bukanlah satu destinasi asing buatnya.Menganggap negeri berkenaan begitu indah dan disifatkan klasik, pastinya beliau teruja untuk menghiburkan peminat di utara tanah air buat kali pertama.
“Saya benar-benar teruja untuk ke Pulau Pinang. Selama ini saya hanya melakukan konsert di Kuala Lumpur atau Genting Highlands sahaja.
“Kepada peminat di Malaysia, ayuh bersama saya dah rakan-rakan yang lain pada 6 Disember nanti. Jangan lupa dapatkan tiket dan kita bergoyang bersama,” kata Inul.

Bagi peminat yang ingin turut serta, tiket untuk menyaksikan Inul Daratista Live In Malaysia dijual mulai 9 September melalui www.myticket.asia.
The post Inul Daratista Bakal Gegarkan Pulau Pinang Pada 6 Disember Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/17/inul-daratista-bakal-gegarkan-pulau-pinang-pada-6-disember-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang Brunei Dan London

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang Brunei Dan London

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1930 hits
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang Brunei Dan London Assalammualaikum semua Berita gembira untuk anda pemburu Bazaar Raya Tahun 2026 bakal menyaksikan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya di MITEC kembali dengan 66...
Rupanya Bakal Isteri Fattah Amin Amira Othman Pernah Dedah Nama Pilihan Anak

Rupanya Bakal Isteri Fattah Amin Amira Othman Pernah Dedah Nama Pilihan Anak

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 10017 hits
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah Dia yang mengatur bila harus bertemu bila harus bersatu dan bila harus berpisah Sebagaimana berita gempar semalam hubungan cinta antara pelakon Fattah Amin 35 dan Amira Othman 32 akhirnya terjawab apabila...
Asyraf Wajdi Syukur Universiti Al Quran Pertama Dunia Bakal Direalisasi Di Pahang

Asyraf Wajdi Syukur Universiti Al Quran Pertama Dunia Bakal Direalisasi Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2856 hits
Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa syukur cadangan penubuhan Universiti Al Quran pertama di dunia akhirnya akan direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Pahang bermula Januari 2027 Menerusi hantaran di Facebook hari ini b...
Kkm Penjualan Vape Bakal Diharamkan Sepenuhnya

Kkm Penjualan Vape Bakal Diharamkan Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 481 hits
KOSMO KUALA LUMPUR Penjualan rokok elektronik atau vape akan diharamkan sepenuhnya bagi membendung penyalahgunaan produk berkenaan dalam kalangan pengguna di negara ini Menjelaskan perkara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad...
Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober

Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1055 hits
Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober Antara langit yang berdarah dan warisan yang berdosa suatu kisah tentang qifarah yang menuntut bayaran Dit...
Cakap Pandai Lagi Bakal Nak Kena

Cakap Pandai Lagi Bakal Nak Kena

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 844 hits
Alif JamilLepas kroni elitis mahakaya diburu SPRM sekarang giliran lebai pulak ambil nombor giliran Dalam diam satu demi satu pekung mula tersingkap Untuk kes lebai shaolin pulak satu projek tebatan banjir bernilai RM529 juta dikaitkan deng...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Understanding Malaysia Us Reciprocal Tariff Deal

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

200 000 Accounts Affected As Sungai Johor Contamination Halts Water Supply

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 34

Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran

China Sudah Gantikan Cip Ai Nvidia Dan Kini Tak Perlukan Lagi Teknologi As


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tapai Pulut

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media

Start Work On Election Strategy Soon Shamsul Tells Melaka Bn Ph

16 Bersatu Mps Tell Muhyiddin Punishment Of Leaders Unwise