Tempat Menarik Di Ipoh Jejak Warisan Concubine Lane Koh Heng Square Dan Bangunan Lama Jadi Tarikan


Cadangan anak-anak untuk menginap semalam di Ipoh tak dapat dipenuhi walau teringin sangat sebab dah lama tak real holiday dengan bermalam di inap desa atau hotel, tapi sejak rutin berubah, dah jadi tanggungjawab untuk bonda, cadangan terpaksa ditolak.



Kedah - stopover Ipoh - Bidor - Kuala Lumpur

Seawal jam 10 pagi kami dah berada di jalanraya untuk mengelakkan kesesakan sebab cuti Krismas, dan dalam kereta, anak-anak berkira-kira nak singgah Ipoh untuk lunch tapi masing-masih masih  kenyang makan bekalan bihun yang dibeli di pasar Kerpan dan kakak ipar habibi pula bekalkan nasi goreng.


Baca juga : Tempat Menarik Di Ipoh
Singgah Concubine LaneHabibi cuma turut jer anak-anak untuk singgah, jadi kami park kereta di kawasan berhampiran Padang Ipoh. Terkenang dulu waktu kecil, Allahyarham abah akan bawa kami singgah Ipoh untuk makan, kenangan yang kini hanya kenangan.
Kisah Menarik Concubine LaneConcubine lane atau diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai Lorong Gundik, dikatakan tempat taikun Cina menyimpan gundik mereka dalam pekan Ipoh pada zaman dulu.


Ada juga yang mengatakan hartawan bijih timah Ipoh ini telah memberikan setiap satu seorang dari tiga isterinya, sebuah lorong di kawasan rumah kedai yang kita lihat hari ini. Kini, lorong Concubine dan kawasan sekitarnya adalah lokasi bersejarah di Ipoh yang gah dengan industri timah suatu masa dulu dan menjadi tumpuan untuk dilawati masa sekarang.

Lorong Concubine (Yee Lai Hong dalam bahasa Kantonis), terletak berhampiran dengan Jalan Bandar Timah (Leech Street) di Ipoh, memiliki sejarah yang melewati lebih dari satu abad:


Menurut apa yang umi baca, sewaktu Malaysia menjadi tanah jajahan British, terjadi suatu kebakaran besar pada tahun 1892. 


Kisanya, seorang taikun perlombongan bijih timah terkenal, Yao Tet Shin, memberikan tiga lorong kepada ketiga-tiga isterinya.



Wife Lane – Lorong Hale (大奶巷),Concubine Lane – Lorong Panglima (二奶巷),Second Concubine Lane – Market Lane (三奶巷).


Tarikan Jejak Warisan IpohConcubine Lane – Lorong PanglimaTerletak di Lorong Panglima, lorong Concubine, adalah lorong yang paling ramai dikunjungi dengan deretan kedai, restoran, dan hotel butik. Memang agak sesak di lorong ni terutama di bahagian kedai tepi jalan yang menjual pelbagai jualan  antaranya ais kepal, kuih titisan hujan, dorayaki


Jadilah ice kepal, tanghulu dan dessert ni untuk dikongsi sebab selain nak kena tunggu giliran, harga kat sini pun keras juga. 


Memandangkan kami singgah ni sehari sebelum Krismas, memang sesak la tempat ni dan mungkin ada yang dah bercuti sehari sebelumnya dan lokasi mesti jejak kalau datang ke Ipoh.


Kalau tak nak sesak, kena datang waktu bekerja la kot tapi tak pasti kalau semua kedai dibuka. 


Selain jualan pencuci mulut, kopi, terdapat kedai-kedai menjual cenderamata dan mainan, jadi mak ayan kena sabar la kalau bawa anak kecil sebab semuanya akan menarik minat mereka.


Wife Lane – Hale LaneLorong isteri ini tidak berapa dikunjungi walau punya banyak kedai, laluan yang pendek dan sunyi berbanding Lorong Gundik tapi mungkin berbeza 120 tahun dulu.


Second Concubine Lane – Market LaneTidak banyak kedai di Lorong Gundik Kedua atau Lorong Pasar, tapi ada Nam Chau Coffee Shop yang terkenal dengan mi kari mereka, dan iJuicy, sebuah kedai jus buah-buahan, terletak di satu hujung lorong. Keunikan lorong ini adalah payung merah dan putih yang tergantung di atas, yang hanya ada di lorong ini sahaja.


Mungkin nanti boleh kami singgahlah ke iJuicy bila berkunjugn ke Ipoh lagi. Dari apa yang umi baca, kedai ini memiliki beberapa hiasan yang cukup unik, seperti penggunaan cat merah untuk menulis kata-kata di tingkapnya — suatu kaedah yang biasa digunakan oleh peminjam untuk mendesak pembayaran hutang. Frasa “欠债回水” bermaksud “membayar hutang dengan air”, dan dalam konteks iJuicy, ‘air’ tersebut mungkin merujuk kepada jus buah.


Dikatakan terdapat tiga mural di lorong ini. Mural pertama menggambarkan suasana di kedai kopi, dilukis dengan teliti pada dinding luar Kedai Kopi Nam Chau. Mural kedua menampilkan kanak-kanak yang melompat dengan gembira, menjadi titik tarikan utama pada hujung minggu.


Mural ketiga terletak di hujung lorong yang lain. Ia adalah mural 3D yang dicipta oleh Ernest Zacharevic, menggabungkan sebahagian basikal roda tiga sebenar sebagai elemen mural tersebut.


Harga Tiket Concubine LaneAnda tidak perlu membayar apa-apa tiket untuk memasuki tempat ini, kerana ia adalah percuma. Anda hanya perlu menyediakan wang untuk membeli makanan atau cenderamata.


Waktu OperasiTempat ini dibuka setiap hari. Kebanyakan kedai dan kedai makan di sini beroperasi dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam.


LokasiAlamat: 30000 Ipoh, Perak, Malaysia


Kong Heng SquareTerletak tak jauh daripada Concubine Lane, Kong Heng Square adalah tempat yang menawarkan pelbagai jenis makanan (termasuk restoran, kafe Plan B), butik pakaian dan barang perhiasan. 

Tempat ini pernah diabaikan, tapi telah dibina semula sebagai tempat melepak yang ceria dan menarik di tengah-tengah kota Ipoh.
Ramai orang akan singgah ke Kong Heng Square Artisan Market di mana anda boleh temui gerai-gerai kecil yang menjual cenderamata, seni tangan, makanan dan banyak lagi!
Lokasi: 75a, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak



Masing-masing dah penat, jadi sempat menghilangkan lelah di kerusi sambil mengadap bangunan yang dilitupi pokok. Habibi sempat snap gambar pasangan pengantin yang tengah buat outdoor photography dan bila tengok balik gambar dan video baru perasan ada cafe Roquette yang menyajikan pelbagai dessert. 

Rasanya kami habiskan masa kat sini dalam 4 jam lebih, dan harus bergerak singgah ke rumah bakal besan di Bidor sebelum balik ke Kuala Lumpur.
Bab gambar memang banyak sebab pemandangan yang cukup menarik bagi mata umi dan habibi dan untuk simpanan kenangan pada masa akan datang kelak. 
KesimpulanCukup menarik sejarah Concubine Lane di Ipoh, yang gah di zaman perlombongan bijih timah dan kini tetap menarik dengan kafe, kedai cenderamata, dan seni jalanan yang meriah, menambah warna kepada sejarah asalnya.
Alang-alang ah ke Concubine Lane, wajib singgah ke Kong Heng Square, Bookxcess Ipoh, Muzium Yasmin Ahmad dan banyak lagi di laluan yang berdekatan. 
Pastikan anda punya tenaga dan kaki yang tak meragam, kalau tak memang penat dan sediakan $$ sebab harga makanan di kawasan pelancongan ni selalunya agak keras.
Apa yang pasti, umi memang kena repeat ke sini dengan bermalam di Ipoh untuk cover mana yang terlepas.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/01/tempat-menarik-di-ipoh-jejak-warisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
45 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air

45 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 273 hits
Negeri cantik budaya menarik itulah kata kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur Terengganu Darul Iman Negeri ini bukan sahaja kaya dengan hasil laut malahan ianya sebuah yang cukup lengkap sekali...
50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 188 hits
Kotaraya moden bukan sekadar terkenal dengan menara KLCCnya tapi juga dengan kebanjiran tempat makan yang agak mustahil untuk habis teroka Terlampau banyak dari yang terletak di tengah tengah kota hinggalah yang tersembunyi Yang menariknya ...
77 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

77 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 514 hits
Ada tak tempat menarik selain dari hotel yang boleh saya tinggal ketika bercuti nanti Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian Ini kerana selain daripada tempat menarik untuk dilawati tempat yang dipilih untuk menginap ...
7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 304 hits
Setia Alam merupakan antara bandar yang kian meningkat dari segi pembangunan dan juga populasi penduduk Semakin hari semakin banyak kedai makan dan restoran yang dibuka Mari kami kongsikan antara 7 tempat makan menarik di Setia Alam yang me...
34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 247 hits
Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang Nogori untuk diterokai apatah lagi jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke Tambahan pula jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli maka S...
Fakta Menarik Tentang Jerung Greenland Antara Haiwan Hidup Paling Lama Di Atas Muka Bumi Ini

Fakta Menarik Tentang Jerung Greenland Antara Haiwan Hidup Paling Lama Di Atas Muka Bumi Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 231 hits
Jerung Greenland antara haiwan purba yang masih hidupSalah satu haiwan tertua di planet ini iaitu jerung Greenland berusia 393 tahun mendiami Lautan Artik sejak tahun 1627 Ia juga dikenali sebagai Gurvy Shark atau Grey Shark Ia adalah jerun...
39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 272 hits
Pahang adalah negeri yang terbesar di antara 14 negeri negeri lain yang terdapat di Malaysia Bukan hanya popular sebagai sebuah negeri yang terbesar dari segi saiz malahan Pahang juga turut terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang...
33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 249 hits
Apa Sampai 33 kedai makan best dalam satu kawasan Biar betul Ya kami tak tipu sememangnya syurga makanan yang sejati Dari sajian utara ke selatan hidangan timur ke barat semuanya ada di Bangi dan kawasan sekitarnya Sediakan buku nota untuk ...
46 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Percutian Dingin Yang Menyeronokkan

46 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Percutian Dingin Yang Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 371 hits
Terletak 2000 meter dari aras laut Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang cukup istimewa di Negeri Bawah Bayu ini Dikelilingi dengan kehijauan alam yang menyejukkan pandangan mata udaranya juga mendamaikan jiwa Tidak lengkaplah percutian ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti