Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur
Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyatakan komitmen kerajaan untuk memastikan pelaburan yang masuk ke Malaysia memberi manfaat kepada rakyat.
Bagi yang belum tahu, Malaysia telah berjaya membawa masuk pelaburan dengan nilai sebanyak RM285.2 bilion pada sembilan bulan pertama tahun ini.
Anwar berkata nilai pelaburan ini bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.
“Ia mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup, serta membina kuasa ekonomi baharu yang lebih berdaya saing dan inklusif.
“Inilah komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap pelaburan memberi pulangan kepada rakyat, hari ini dan masa depan negara,” katanya menerusi kiriman di Facebook.
Beliau juga berkongsi lima sektor yang menjadi tumpuan dan bernilai tinggi memacu masa depan di negara itu.
BACA: Prestasi Pelaburan Malaysia Lonjak 13.2%, Atasi Rekod Pra-Covid – PMX
Lima sektor itu menyumbang RM137.9 bilion, bersamaan 48.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan.
1. Sektor perkhidmatan
Sektor perkhidmatan muncul sebagai penyumbang terbesar dengan nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM187.9 bilion, dipacu oleh subsektor Maklumat dan Komunikasi termasuk pembangunan Hab Data Centre Asia yang menyumbang RM99.8 bilion.
2. Sektor elektrikal dan elektronik
Sebanyak RM22.0 bilion nilai pelaburan direkodkan menerusi rantaian nilai cip global yang menjadi tumpuan dalam sektor ini.
3. Sektor kimia dan produk kimia
Bagi sektor ini, petrokimia termaju mencatat nilai pelaburan sebanyak RM17.5 bilion.
4. Sektor tenaga hijau dan aeroangkasa
Sektor ini memberi tumpuan kepada pelaburan strategik dalam teknologi mampan dan MRO.
5. Sektor ekonomi digital
Sektor ekonomi digital merekodkan lonjakan 122 peratus dalam pelaburan asing bagi sektor perkhidmatan.

Kredit: Anwar Ibrahim
Anwar juga berkata pelaburan mencipta pekerjaan dan kesejahteraan iaitu sebanyak 152,766 peluang pekerjaan baharu tersedia. Ia merupakan peningkatan 7.3 peratus berbanding tahun 2024.
Ia sekaligus menjadikan sasaran pengangguran menurun ke arah 3.3 peratus.

Kredit: Anwar Ibrahim
Sumber: Anwar Ibrahim
The post Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/24/anwar-kongsi-lima-sektor-bernilai-tinggi-jadi-tarikan-pelabur/