Tayar Tiba Tiba Pecah Ketika Memandu Jangan Panik Ini Langkah Yang Perlu Anda Buat



Majoriti daripada kita menggunakan kereta untuk bergerak ke mana-mana, terutamanya untuk perjalanan yang memakan masa berjam-jam. Contohnya ingin pulang beraya ke kampung, menghadiri jemputan majlis perkahwinan sanak saudara ataupun sekadar keluar dari kota untuk menenangkan fikiran. Paling tidak, untuk ke tempat kerja pun kita gemar menggunakan kereta.
Jadi dengan tempoh masa yang lama kita berada di dalam kereta dan di atas jalan raya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Minyak habis, kereta berhenti secara mengejut, kem4langan ataupun tayar meletup. Bukan meminta, tapi itulah risiko yang harus kita faham dan cuba membuat persedian dari awal. Kali ini kami ingin kongsikan 7 perkara yang anda perlu buat apabila tayar kereta yang sedang anda pandu pecah secara tiba-tiba.
1. KAWAL DIRI DARIPADA MENEKAN PEDAL MINYAKKetika tayar meletup, kita akan menjadi panik dengan kejadian berlaku secara tiba-tiba. Disebabkan itu tips pertama ini sukar dilakukan, namun sebenarnya ia amat penting untuk seseorang pemandu cuba bertenang dan mengelak dari terus menekan pendikit. Apabila tayar meletup, kereta anda akan bergerak seolah-olah ingin membelok, tetapi sebenarnya kereta masih lagi berada dalam keadaan seimbang dan stabil.

Apabila tayar sudah terkunci (tidak boleh membelok) anda sudah kehilangan kawalan ke atas kenderaan anda sendiri. Kereta akan bergerak mengikut hukum fizik, terhuyung – hayang berbanding arah yang kita mahukan. Bayangkan jika anda terus menekan minyak ketika itu. Tayar yang terkunci juga boleh meningkatkan keberangkalian kereta untuk terbalik dan berpusing. Jadi, bersedialah.
2. BOLEH MENEKAN PEDAL BREK, TETAPI TIDAK SECARA AGRESIFIngat tips pertama, KAWAL DIRI. Anda harus mengawal diri anda daripada menekan pedal brek secara mengejut. Dengan keadaan tayar kereta yang sudah terkunci dan kereta yang sedang terhuyung-hayang, anda masih boleh membrek, namun ada kaedahnya. Ingat, anda harus membrek dengan kaedah seolah-olah anda sedang mengepam, tekan dan lepas. Begitu juga dengan brek kereta, tekan dan lepas hingga kereta anda semakin perlahan dan berada dalam kelajuan yang mampu dikawal.

Kenapa tidak boleh brek secara mengejut? Anda harus ingat, nisbah brek antara roda hadapan dengan belakang adalah tidak sama, malah anda mungkin tidak tahu tayar mana yang sedang pecah. Tindakan brek secara mengejut boleh menambah risiko untuk kereta anda berpusing lebih teruk dan merosakkan sistem brek kereta anda.
Tips ini mungkin boleh diabaikan bagi pemilik kenderaan yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), namun TIDAK bagi mereka yang sebaliknya. Membrek secara mengejut ibarat menendang bola sekuat hati, cuba anda tahan bola tersebut secara mengejut. Pasti ada kesan pada bola dan anda yang menahan. Bayangkan jika bola itu adalah kereta anda yang ditahan secara mengejut, dan impak kepada anda yang berada di dalam kereta.
3. MEMBETULKAN STERENG KENDERAAN ANDA SECARA LEMBUTSemua pemandu pasti tahu bahawa roda stereng adalah kompenen utama dalam kenderaan yang mengawal arah pergerakan tayar. Logiknya, tayar kereta akan patuh dengan input yang anda berikan kepada stereng ketika memandu. Jadi, memang normal jika kita cuba mengawal kereta yang sedang terhuyung hayang dengan memulas stereng, namun apa yang anda perlu tahu, dalam situasi tayar pecah, logik itu telah BERUBAH.

Ketika anda mahu membelok ke kiri, kereta mungkin akan ke kanan dan sebaliknya atau anda hanya memulas stereng sedikit, tetapi kereta membelok secara berlebihan. Situasi ini terjadi jika kita mengambil contoh tayar depan sebelah kanan kereta yang pecah, kenderaan akan cenderung untuk ke kanan walaupun stereng tidak dipulas ke kanan kerena nisbah berat sudah tidak seimbang dan berat kenderaan akan tertumpu pada roda yang pecah itu.
Jadi, cuba pulas stereng kereta anda secara berlawanan dengan arah kenderaan anda sedang bergerak. Secara lembut dan jangan pulas habis.
4. RENDAHKAN GEAR DAN GUNA BREK ENJINPernah main game Need For Speed, tak kira lah siri yang mana pun? Jika anda perasan di dalam permainan tersebut, ketika anda memecut dan berada dalam gear tinggi, anda sampai di kawasan selekoh tajam dan cuba membelok secara mengejut tanpa merendahkan gear, sekadar menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Kenderaan anda pasti akan terbalik dan berpusng-pusing.
38512638 – car interior. automatic transmission gear shift.
Begitu jugalah dengan situasi sebenar di jalan raya. Jadi, jika anda menggunakan kereta gear auto, anda harus menukar gear anda dari D4 kepada D3 dan D2. Jika anda menggunakan gear manual, tukar kepad gear rendah tanpa menekan kluc, YA TANPA MENEKAN KLUC. Kaedah ini dipanggil sebagai Kaedah Pembrekkan Enjin, ia efektif dan selamat untuk memperlahan kenderaan anda.
5. KEKALKAN KENDERAAN ANDA DALAM LALUANAnda perlu memastikan kenderaan anda berada dalam laluan yang sepatutnya. Ini amat penting bagi mengelak kem4langan yang lebih serius misalnya terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan lain. Paling utama, jangan sesekali cuba memberhentikan kenderaan anda dengan cara merapatkan kenderaan ke pembahagi jalan dan melanggar tembok atau pokok dengan sengaja. Bayangkan jika anda dalam kelajuan tinggi, tindakan tersebut hanyalah menjemput maut.

Jika anda berjaya melakukan tindakan di atas, kebiasaannya kenderaan anda sudah pun berada di dalam kawalan. Seterusnya anda hendaklah mencari kawasan lapang untuk berhenti dan menukar tayar.
6. NYALAKAN LAMPU AMARAN (HAZARD LIGHT)Bukan ketika anda masih dalam situasi cemas ketika kenderaan terhuyung-hayang, tetapi ketika kereta anda sudah pun berhenti di tepi jalan. Anda tidak perlu menjadikan situsi lebih sukar dan menarik perhatian pemandu lain dengan lampu amaran walaupun situasi tersebut belaku di atas jalan raya.

7. BERHATI-HATI KETIKA BERADA DI LORONG KECEMASANJika anda tiada pilihan untuk berhenti melainkan di lorong kecemasan, anda wajib memasang lampu kecemasan, menggunakan lampu kelip atau memakai baju pemantul cahaya, bagi memudahkan kenderaan lain melihat kereta dan diri anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter dari kenderaan. 45 METER, BUKAN JARAK 2 3 LANGKAH. Itu sangat membahayakan.

Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda boleh dilihat oleh pemandu lain. Jika boleh, hubungi Peronda Jalan Raya seperti Peronda PLUS untuk mendapatkan bantuan yang lebih sempurna, terutama bagi mereka yang tidak tahu prosedur menukar tayar.
Sumber : Pandu Laju

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/03/tayar-tiba-tiba-pecah-ketika-memandu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disengat Lipan Jangan Panik Dan Jangan Picit Tapi Anda Perlu Lakukan Langkah Ini 30 Minit Sengatan Akan Terurai

Disengat Lipan Jangan Panik Dan Jangan Picit Tapi Anda Perlu Lakukan Langkah Ini 30 Minit Sengatan Akan Terurai

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 1149 hits
Doktor secara peribadinya memang dah terlalu banyak menangani kes disengat lipan jadi doktor memang kalau boleh tak mahu lagi ada yang tersalah anggap mengenai makhluk Allah yang bernama lipan ini Antara perkara yang perlu anda tahu mengena...
Amaran Jangan Pakai Lanyard Sewaktu Memandu Kereta Ketahui Sebabnya

Amaran Jangan Pakai Lanyard Sewaktu Memandu Kereta Ketahui Sebabnya

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 345 hits
Memakai lanyard sudah menjadi kemestian di tempat kerja bagi mempamerkan identiti seorang pekerja Adakalanya sampaikan keluar makan tengahari dan keluar kemana mana lanyard masih melekat tergantung di leher dengan id card di dada Baru baru ...
5 Langkah Sederhana Untuk Mengatasi Pembengkakan Ketika Hamil

5 Langkah Sederhana Untuk Mengatasi Pembengkakan Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 275 hits
Salah satu hal yang cukup identik terjadi ketika kehamilan adalah tangan dan kaki yang membengkak Hal ini membuat kamu jadi kesulitan dan tak nyaman karena ukuran kaki dan tangan yang tiba tiba membesar
Ayah Langsung Tak Ingat Ketika Kejadian Itu Berlaku Anak Tampil Minta Orang Ramai Jangan Buat Spekulasi

Ayah Langsung Tak Ingat Ketika Kejadian Itu Berlaku Anak Tampil Minta Orang Ramai Jangan Buat Spekulasi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 361 hits
Susulan laporan seorang bapa memukul kepala anak perempuannya dengan tukul sehingga parah ahli keluarga mereka tampil meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi lapor Wan 28 anak kedua dari empat beradik itu berkata bapanya tidak ...
Sisa Toksik Pengusaha Kilang Jangan Lakukan Pembuangan Panik

Sisa Toksik Pengusaha Kilang Jangan Lakukan Pembuangan Panik

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 464 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Pengusaha kilang di sekitar Pasir Gudang yang mempunyai sisa toksik berbahaya dalam simpanan mereka diminta supaya tidak melakukan pembuangan panik susulan pemeriksaan besar besaran pihak berkuasa Menteri Te...
Jangan Membazir Walaupun Ketika Berwuduk

Jangan Membazir Walaupun Ketika Berwuduk

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 485 hits
Jangan Membazir Walaupun Ketika Berwuduk Mari sama sama kita jadikan peringatan Daripada Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah SAW melalui berhampiran Sa d ketika beliau sedang berwuduk lantas baginda menegurnya Apa
Trauma Diser4ng Dikejar P3romp4k Ketika Memandu Bersendirian Baca Perkongsian Ustazah Ni

Trauma Diser4ng Dikejar P3romp4k Ketika Memandu Bersendirian Baca Perkongsian Ustazah Ni

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 336 hits
Pesanan buat para wanita elakkanlah memandu seorang diri pada waktu malam kerana terdedah dengan anc4man b4haya yang tak dapat dijangka Ini kerana wanita yang memandu bersendirian sering menjadi sasaran dan m4ngsa untuk diser4ng dan dik3jar...
Jangan Guna Telefon Bimbit Ketika Petir

Jangan Guna Telefon Bimbit Ketika Petir

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 418 hits
Oleh Saleha Md SallehBARU BARU ini seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas di panah petir ketika bermain bola sepak di Setia Alam Selangor Mangsa dikatakan sedang berada di padang bola dan memegang telefon bimbitnya Insiden in...
Jaga Jaga Jangan Biarkan Berat Badan Naik Mendadak Ketika Mengandung Anda Mungkin Melahirkan Bayi Bersaiz Besar

Jaga Jaga Jangan Biarkan Berat Badan Naik Mendadak Ketika Mengandung Anda Mungkin Melahirkan Bayi Bersaiz Besar

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 653 hits
Ibu hamil biasanya kurang peka dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung Kebanyakan ibu akan makan mengikut nafsu Akibatnya berat badan akan naik mendadak dan berpotensi untuk menghidap diabetes Pegawai Dietetik dari ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa