Disengat Lipan Jangan Panik Dan Jangan Picit Tapi Anda Perlu Lakukan Langkah Ini 30 Minit Sengatan Akan Terurai




Doktor secara peribadinya memang dah terlalu banyak menangani kes disengat lipan, jadi doktor memang kalau boleh tak mahu lagi ada yang tersalah anggap mengenai makhluk Allah yang bernama lipan ini.

Antara perkara yang perlu anda tahu mengenai lipan adalah :
1. Lipan dalam bahasa inggeris dipanggil centipedes. Perkataan ini berasal daripada bahasa latin yang bermaksud “seratus kaki”. Tetapi tiada lipan yang memiliki seratus kaki kerana kaki lipan berjumlah ganjil seperti 9,11,15 dan seterusnya.

2. Sengat lipan memang berbisa, tetapi tidaklah sampai membonoh. Melalui pembacaan doc, anda perlu disengat sekurangnya lebih seribu kali sebelum boleh mathi disebabkan sengat tersebut. Namun ada beberapa keadaan di mana anda perlu mengambil serius dan berjumpa doktor juga. Teruskan bacaan.

3. Sebenarnya lipan ini ada beberapa jenis, tapi yang paling berbahayya kalau di Malaysia adalah lipan bara (Scolopendridae). Ia berwarna merah dan saiznya besar serta boleh mencecah 30cm. Walaupon begitu, lipan ini sangat jarang dijumpai di kawasan yang didiami manusia, dan selalunya membesar di hutan serta kawasan bawah tanah hutan hujan tropika.

4. Tinggal di kawasan yang kotor dan lembap seperti dalam rekahan lantai bilik air, celah rak, bawah tikar getah,bawah rumput karpet dan dalam kasut. Selain itu, ia juga suka tinggal dalam selimut dan bersembunyi dalam baju terutamanya pakaian yang kerap dibiar berlonggok di lantai. Oleh itu, perhatikan setiap kawasan yang berisiko ini.

5. Binatang ini sering menyengat apabila berasa terancam. Jika anda terjumpa lipan, anda jangan lah terlalu takut,melatah,menjerit dan sebagainya.(Doc kuat melatah sebenarnya. Hahaha) Sebaliknya, dengan tenang ambil objek tumpul dan ketuk kepala lipan tersebut sampai lunyai. Doc pakai lesung batu je. Hehehe

6. Kesan sengat lipan mirip seperti gigitan ular, kerana terdapat dua bintik halus dan kemerahan . Jangan pula anda terkeliru dan pastikan anda betul-betul melihat jenis lipan tersebut, seperti saiz dan warna. Kalau berani, tangkap dan simpan lipan tersebut serta tunjukkan kepada doktor yang merawat.

7. Tidak memiliki taring atau penyengat, tetapi sebaliknya ia menggunakan dua kaki depan yang berbentuk seperti penyepit (seperti ketam dan lobsters tu!) yang dipanggil Forcipules untuk “mencubit” dan menyuntik bisanya ke badan mangsa.

8. Kebanyakan lipan tidak memiliki mata! Mereka bergerak dengan berpandukan bunyi yang dikesan oleh sesungut Antena mereka. Oleh itu selepas ini anda jangan takut-takut lagi untuk berperang dengan lipan ya! Sebab dia tak nampak anda, tapi dia boleh mendengar, jadi jangan bising-bising sangat lah ya.

Apa Patut Buat Kalau Kena Sengat Lipan Masa Tidur
Baiklah, andai kata anda sedang tidur dan tiba-tiba terasa seperti dicucuk objek tajam, anda terjaga dan terlihat lipan. Apa yang perlu anda lakukan?


1. Dengan tenang, cuba “kepung” lipan tersebut. Cari objek tumpul dan ketuk kepalanya beberapa kali sehingga beliau mathi syahid. Kalau anda ingin merasa disengat sekali lagi, bolehlah biarkan ia hidup. Sebab lipan akan menyengat mangsanya berkali-kali sekiranya terasa diancam.

2. Ok, lipan sudah mathi dan anda puas. Bagaimana pula dengan tempat sengatan lipan yang sakitnya amat tajam dan mencucuk itu? Segeralah basuh kawasan disengat lipan dengan sabun antibacterial beberapa kali dan bilas dengan air yang banyak.

3. Tak perlu dipicit kawasan sengat kerana bisa lipan kebiasaanya tidak merebak. Tindakan memicit kawasan sengat akan menyebabkan ia mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan bisa masuk lebih dalam menyebabkan sakit anda lebih lambat pulih.

4. Sengatan lipan terdiri daripada protein yang boleh terurai oleh suhu panas. Sekiranya tempat sengatan anda menjadi bengkak, rendamkan kawasan tersebut dalam air panas(35-45’C) selama 30minit. Kepada mereka yang dah lama follow doc, doc memang selalu kongsi pasal rendaman air panas ni. Termasuklah kalau disengat obor-obor, ikan batu, ikan sembilang dsb.

5. Sesetengah lipan menyebabkan kawasan sengat menjadi gatal.
Oleh itu, anda boleh dapatkan krim steroid seperti Hydrocortisone untuk mengurangkan gatal dan kesan kemerahan pada kulit.

6. Haaa… tahu tak sengat lipan ni amat sakit dan terasa sehingga 48jam lamanya.
Dapatkan ubat penahan sakit jenis NSAIDs seperti tablet Diclofenac atau Ibuprofen. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda baru pertama kali ingin mengambil ubat ini.
Bila anda perlu berjumpa doctor?

-Jika kesan sengat lipan tidak baik selepas beberapa hari dan semakin bengkak.
-Sejurus selepas disengat, anda dinasihatkan mengambil suntikan anti-tetanus (kancing gigi)

-Beberapa kes sengatan lipan boleh menyebabkan alahan yang teruk.(anaphylaxis reaction) Oleh itu berjumpalah doktor segera untuk penilaian lanjut sekiranya anda mengalami sesak nafas,pening kepala, sakit dada, merah seluruh badan dan sakit yang melampau.

-Anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah serta warga emas yang digigit lipan hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Tips Extra:
Ada juga pesakit doc yang pergi sapu perut lipan pula di tempat terkena sengatan lipan. Tapi nampaknya tak berkesan sebab tu terpaksa cari doc juga. Antara petua orang tua yang lucu bila doc baca antaranya ada yang sapu getah keladi dekat tempat kena sengat! (Tak melekit ke nanti?) Ada juga yang sapu cuka dan biji hitam, kemudian gaulkan dan campur pula bawang putih (Ni dah macam nak memasak pulak!). Yang sapu abu lipan pon ada (Baik buat BBQ lipan je. Nyam2). Sapu air asam jawa dan macam2 lagi lah petuanya.

Petua ni sebenanya pada pendapat doc selagi ia tidak memudaratkan, tak salah nak mencuba. Tetapi kemungkinan anda akan rugi masa dan tenaga saja jika petua tersebut tidak berkesan. Jadi, doc sarankan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu atau boleh juga cuba tips yang doc kongsikan ini.
Jangan Lupa Komen

Sumber: mingguanwanita.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/disengat-lipan-jangan-panit-dan-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tayar Tiba Tiba Pecah Ketika Memandu Jangan Panik Ini Langkah Yang Perlu Anda Buat

Tayar Tiba Tiba Pecah Ketika Memandu Jangan Panik Ini Langkah Yang Perlu Anda Buat

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 630 hits
Majoriti daripada kita menggunakan kereta untuk bergerak ke mana mana terutamanya untuk perjalanan yang memakan masa berjam jam Contohnya ingin pulang beraya ke kampung menghadiri jemputan majlis perkahwinan sanak saudara ataupun sekadar ke...
Hiburan Saya Terima Maaf Janna Nick Tapi Beri Masa Untuk Hadam Apa Dia Sudah Lakukan Sheila Rusly

Hiburan Saya Terima Maaf Janna Nick Tapi Beri Masa Untuk Hadam Apa Dia Sudah Lakukan Sheila Rusly

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 377 hits
Pelakon Janna Nick sebelum ini tidak dapat menahan sebaknya dan menangis memohon kemaafan daripada Sheila Rusly atas salah faham yang berlaku sehingga menjejaskan hubungan akrab mereka berdua Dalam kenyataan terbaru hari ini penerbit itu me...
Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous Ini Kata Jangan Muntah Sebab

Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous Ini Kata Jangan Muntah Sebab

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 633 hits
Banyaknya Pilihan Saya Suka Tengok Wanita Pakai Tutup Aurat Tapi Ustaz Instafamous ini Kata Jangan Muntah Sebab Dikenali apabila pernah dikaitkan dengan pelakon jelita Fasha Sandha tidak lama dulu Mukhlis Rosdi ada berkongsi kisah percintaa...
Jangan Sampai Ente Hafal Jadwal Tanding Real Madrid Tapi Selalu Lalai Waktu Sholat

Jangan Sampai Ente Hafal Jadwal Tanding Real Madrid Tapi Selalu Lalai Waktu Sholat

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 324 hits
Video kajian Islam kali ini membahas tentang bagaimana seorang pemuda semestinya Pemuda di zaman Nabi Muhammad shollallaahu alayhi wa sallam adalah pemuda real masjid di bawah didikan beliau Maksudnya mereka adalah para pemuda yang begitu l...
Kemenag Jangan Sampai Masjid Dimanfaatkan Kelompok Tertentu Lakukan Dakwah Negatif

Kemenag Jangan Sampai Masjid Dimanfaatkan Kelompok Tertentu Lakukan Dakwah Negatif

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 204 hits
Rumah ibadah harus dijaga kesuciannya dari penyebaran hoaks ujaran kebencian dan radikalisme Jangan sampai ada pihak pihak memanfaatkannya untuk menciptakan kegaduhan
Kerajaan Terengganu Akan Lakukan Langkah Penjimatan Dengan Menutup Anak Syarikat Kerajaan

Kerajaan Terengganu Akan Lakukan Langkah Penjimatan Dengan Menutup Anak Syarikat Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 326 hits
Dalam melakukan langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan negeri Terengganu kini akan menutup lebih 50 anak syarikat kerajaan Terengganu yang dilihat tidak lagi melakukan sebarang perniagaan Ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Terenggan...
Ayah Angkat Jokowi Kalau Enggak Dipilih Enggak Apa Apa Tapi Jangan Difitnah

Ayah Angkat Jokowi Kalau Enggak Dipilih Enggak Apa Apa Tapi Jangan Difitnah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 277 hits
Nurdin menambahkan Jokowi adalah sosok yang selalu ingat orang dalam hidupnya Saat istrinya sekaligus ibu angkat Jokowi Selimah Inem Thursina meninggal pada 15 Februari 2019 lalu Jokowi datang dan membawa karangan bunga serta bantuan untukn...
Lakukan Sebelum Tidur 5 Langkah Sederhana Untuk Turunkan Berat Badan

Lakukan Sebelum Tidur 5 Langkah Sederhana Untuk Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 347 hits
Tahukah Anda kalau menurunkan berat badan bisa dilakukan saat menjelang tidur hingga terlelap Yup membakar lemak tubuh tidak hanya dilakuka ketika Anda beraktivitas di siang hari Menjelang tidur lemak tubuh Anda pun bisa dibakar dengan cara...
Jangan Hanya Lihat Siapa Suami Isteri Anak Anak Tapi Lihat Siapa Yang Beri Kita Amanah Ini

Jangan Hanya Lihat Siapa Suami Isteri Anak Anak Tapi Lihat Siapa Yang Beri Kita Amanah Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 558 hits
Jangan hanya lihat siapa suami isteri anak anak tapi lihat siapa yang beri kita amanah ini Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selaman...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah