Trauma Diser4ng Dikejar P3romp4k Ketika Memandu Bersendirian Baca Perkongsian Ustazah Ni


Pesanan buat para wanita, elakkanlah memandu seorang diri pada waktu malam kerana terdedah dengan anc4man b4haya yang tak dapat dijangka.Ini kerana wanita yang memandu bersendirian sering menjadi sasaran dan m4ngsa untuk diser4ng dan dik3jar p3romp4k terutamanya di malam hari. Apabila situasi sebegini berlaku, jangan mudah panik sebaliknya boleh bertindaklah dengan tenang dan bijak.
Pengalaman yang dilalui oleh Ustazah Asma Harun, terselamat daripada diser4ng dan dik3jar p3romp4k yang menaiki motorsikal baru-baru ini, semoga menjadi pengajaran dan panduan buat wanita lain. Jemput baca perkongsian yang ustazah ini kongsikan;
DISERANG DAN DIKEJAR PEROMPAKMalam tadi, ia benar-benar berlaku ke atas saya, tidak pernah terfikir dan terbayang.
لا حول ولا قوة الا بالله
Tiada Daya dan Upaya. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah sebaik-baik pelindung.
Lokasi kuliyah daripada rumah tak jauh, dalam 5km shj. Lebih kurang jam 8.20 malam, dan memang ketika memandu malam tadi beberapa kali saya tekan lock semua pintu, lebih daripada biasa, Allah dah beri rasa tu.
Melalui satu selekoh biasa, sekilas pandang ada perasan sebuah motor dan pemandu di atasnya tepi jalan. Mungkin dari situ saya diekori. Sampai penghujung jalan saya perlu menunggu sebuah kereta dihadapan untuk membelok ke kanan. Jalan ni memang sibuk dan memakan masa untuk dapat membelok.
Allahu Akbar. Seorang lelaki badan tegap bertopi keledar gelap berdiri disebelah pintu penumpang sebelah kiri menarik-narik pintu. Dia turun daripada motor. Saya tak nampak samada seorang atau berdua. Tiba-tiba ada kereta di belakang dan dia cepat-cepat kembali ke motornya.
Ketika itu hanya rasa takut dan kaku. Mengambil masa yang lama untuk membelok ke kanan walaupun ada ruang. Akhirnya pedal minyak ditekan perlahan menuju lokasi dalam keadaan rasa yakin tidak di3kori. Saya parking belakang sekali pada deretan kereta. Saya tak perasan suasana sunyi di situ. Itu satu kesilapan besar apabila kita dah menjadi target. Sepatutnya saya ke kawasan ramai orang atau ke balai p0lis berdekatan.
Saya kaku dan membatu, cuba tenangkan diri. Syukurnya saya tidak terus keluar. Tiba-tiba, ya Allah.. Saya nampak kelibat yang sama daripada belakang menerusi cermin depan sedang menuju ke arah kereta. Saya terus menekan hon sekuat hati, namun dia dengan laju datang dan mengh3mpas kuat b4tang b3si yang agak besar pada tingkap sebelah kiri.
Ketika itu, dengan sisa tenang dan kekuatan yang ada saya reverse, untuk mengambil ruang agar tidak melanggar kereta depan yang saya parking agak rapat. Terus minyak ditekan laju dan masuk mengejut ke kawasan kuliyah.
Syukur saya tidak melanggar sesiapa. Pandangan masa tu memang kabur. Gelap rasa semuanya. Rasa nak pitam dan adrenaline memang tahap maksimum. Ramai yang keluar untuk melihat apa yang berlaku kerana mendengar kuatnya dentuman pvkulan ke arah cermin kereta. Allahu Akbar, cermin tu sedikitpun tidak p3cah atau r3tak.
Allah.. Allah.. Allah.. Itu sahaja kalimah yang mampu keluar. Allah ya Hafiz ya Muhaimin. Dialah sebaik-baik yang menjaga dan memelihara kita. Kita sangat lemah dan tidak berdaya sedikitpun.
Sebenarnya sangat jarang saya keluar malam seorang diri, biasanya suami akan hantar dan jemput daripada lokasi kuliyah/ceramah. Namun malam tadi suami di Terengganu, balik 3merg3ncy dan saya tetap perlu hadir jemputan yang dah lama diatur. Saya percaya ramai wanita perlu melalui keadaan seperti ini lagi-lagi yang tinggal berjauhan dengan suami. Moga Allah sentiasa melindungi kalian.

Nasihat dan beberapa tips:1.H4ti-H4ti Pandu Seorang DiriWanita yang memandu seorang diri memang menjadi sasaran utama penj3nayah, jangan sesekali rasa selesa kerana sudah biasa. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Samada siang atau malam. Contohnya suri rumah yang hantar anak-anak ke sekolah, kerana anda mungkin akan pulang seorang diri, tak mustahil ada yang memerhati dan mengekori sehingga anda turun daripada kereta untuk dis3rang hendap.
2. Kunci Semua PintuSebaik sahaja masuk kereta terus lock semua pintu. Walaupun jalan biasa atau lokasi yang dituju sangat dekat. Lock sahaja, ia percuma. Tapi mampu menyelamatkan ny4wa dan harta.
3. Simpan HandbagElakkan meletakkan handbag atau seumpamanya di tempat yang mudah dilihat terutamanya seat sebelah, namun handphone pastikan diletakkn di tempat yang mudah dicapai.
4. Tekan Hon Sekuat HatiJika dis3rang seperti saya di atas, bunyikan hon sekuatnya agak membantu, walaupun peny3rang tidak lari tapi sekurangnya dia mula panic kerana kita menunjukkan tindakbalas. Memang selama ni saya set dalam kepala jika berlaku situasi begini saya akan tekan hon sekuatnya.
5. Bertenang & Jadi BeraniKetenangan dan sedikit keberanian sangat penting. Ketakutan melampau, kelam kabut dan panic akan memberi kemenangan awal kepada penyerang. Saya mungkin sahaja tekan minyak dan melanggar kuat kereta depan, atau hanya menj3rit ket4kutan. Disinilah saya sedar betapa penting kita memberi bayangan awal kepada fikiran kita, jika berlaku begini akan buat begini. Dan saya memang kuat buat khayalan.
6. Jangan Cepat Turun Kereta Bila DilanggarJika anda dil4nggar daripada mana-mana arah, jangan terlalu cepat turun daripada kereta untuk melihat kerosakan. Lagi pula jika tempat tersebut agak sunyi. Pel4nggaran tersebut mungkin dirancang.
7. Pastikan Keadaan SelamatBila sampai di lokasi atau di rumah jangan terus turun daripada kereta, contohnya untuk membuka pintu pagar dll. Pastikan semuanya sel4mat dan tiada sesiapa yang mengekori.
8. Baca Doa Sebelum Memulakan PerjalananIni sangat penting dan yang paling utama. Hakikatnya Allah ya Hafiz ya Muhaimin Yang Maha Menjaga dan Maha Mengawasi kita setiap saat. Bukan kecanggihan kereta atau keberanian kita bertindak. Maka jangan sesekali lupa untuk memulakan perjalanan dengan doa,
سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
Maksudnya, “Segala Puji dan Maha Suci bagi Allah, yang memudahkan (kenderaan) ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kepada Tuhan kamilah kami akan kembali (di hari Kiamat).
Surah Az-Zukhruf, Ayat 13-14
Tambahkan dengan zikir..
يا حافظ يا مهيمن
Ya Allah Yang Maha Menjaga dan Maha Mengawasi, jaga dan awasilah perjalananku daripada awal hingga pulang kembali dalam kesejahteraanmu ya Salaam.
Ingat dan berharaplah kepada Allah سبحانه وتعالى semoga perjalanan kita selamat.
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
Saya masih lagi terasa kesan trauma hingga saat ini. Tadi ada bawa kereta di siang hari. Bila ada motor yang nak melalui atau berhenti ketika di lampu isyarat. Debaran tu memang tak boleh dikawal. Catatan pengalaman, Silakan share sebagai pengajaran dan panduan,
Asma’ binti Harun.
27 Januari 2019
Kejadian berlaku 26 Jan 2019 jam 8.25mlm.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutama buat para wanita yang sering memandu seorang diri. Jadikan pengalaman yang ustazah ini alami sebagai satu pengajaran dan perbanyakkanlah berdoa agar diri sentiasa selamat didalam perjalanan dan bah4ya yang menimpa.
Sumber: Asma Harun

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/03/trauma-diser4ng-dikejar-p3romp4k-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tayar Tiba Tiba Pecah Ketika Memandu Jangan Panik Ini Langkah Yang Perlu Anda Buat

Tayar Tiba Tiba Pecah Ketika Memandu Jangan Panik Ini Langkah Yang Perlu Anda Buat

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 630 hits
Majoriti daripada kita menggunakan kereta untuk bergerak ke mana mana terutamanya untuk perjalanan yang memakan masa berjam jam Contohnya ingin pulang beraya ke kampung menghadiri jemputan majlis perkahwinan sanak saudara ataupun sekadar ke...
Sunatkah Menghadap Kiblat Ketika Baca Al Quran

Sunatkah Menghadap Kiblat Ketika Baca Al Quran

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 443 hits
Soalan Benarkah sunat kita menghadap kiblat ketika membaca al Quran Jawapan Imam al Nawawi dalam al Tibyan fi Adab Hamalatil Quran ketika mengulas berkenaan adab adab semasa membaca al Quran menyebut Digalakkan bagi pembaca al Quran di luar...
Baca Al Quran Ketika Ziarah Kubur

Baca Al Quran Ketika Ziarah Kubur

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 332 hits
Soalan Apakah dibolehkan bagi seorang yang ziarah akan kubur membaca Quran sebelum berdoa Adakah sampai menafaat bacaan tersebut kepada si mati Jawapan Berikut dikutip perkataan ulama dari empat mazhab untuk bagi jawapan persoalan di atas 1...
Sayang Macam Mana Pun Ibu Bapa Dilarang Cium Muiut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil Baca Perkongsian Doktor Dan Kenapa

Sayang Macam Mana Pun Ibu Bapa Dilarang Cium Muiut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil Baca Perkongsian Doktor Dan Kenapa

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 550 hits
Seringkali terlihat gambar atau video ibu bapa mencium mulut anak anak sebagai tanda kasih sayang Namun bagi ibu bapa yang beragama Islam ketahuilah bahawa perbuatan seperti itu adalah tidak digalakkan SEJAK akhir akhir ini menjadi trend ib...
Raih 9a Spm Anak Peng Wal Keselamat N Dedah Rahsianya Fuh Meruntun Jiwa Sesiapa Yang Baca

Raih 9a Spm Anak Peng Wal Keselamat N Dedah Rahsianya Fuh Meruntun Jiwa Sesiapa Yang Baca

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 357 hits
PENGORBANAN seorang pelajar yang juga anak kepada pengawal keselamatan menggunakan wang saku sendiri untuk membiayai yuran tuisyen berjumlah RM100 sebulan ternyata berbaloi apabila dia memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia Pelajar da...
Baca Penjelasan Lelaki Ini Tentang Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Istihar Darurat Atau Pun Tidak

Baca Penjelasan Lelaki Ini Tentang Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Istihar Darurat Atau Pun Tidak

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 553 hits
Rrtikel ini dipetik dari tweet saudara di laman twitter nya PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM ISYTIHAR DARURAT ATAU TIDAK Ada yang desak perisytiharan darurat ada yang tolak Tapi berapa ramai yang faham apa yang didesak atau ditolak ni Fahamkan dul...
5 Punca Kenapa Makin Ramai Anak Muda Kena Slipped Disc 1 Selalu Memandu Kenderaan

5 Punca Kenapa Makin Ramai Anak Muda Kena Slipped Disc 1 Selalu Memandu Kenderaan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 326 hits
Tentu ramai yang pernah dengar tentang slipped disc Ada yang menyebutnya sebagai tulang belakang bengkok menjadi seperti bentuk S jika lambat mendapatkan rawatan Pengidap biasanya akan merasa kebas di bahagian tangan leher dan kaki selain k...
Perghh Pelajar Dedah Tenaga Pengajar Lakukan Gangguan Seksual Sekolah Memandu Serah Kepada Polis Buat Siasatan

Perghh Pelajar Dedah Tenaga Pengajar Lakukan Gangguan Seksual Sekolah Memandu Serah Kepada Polis Buat Siasatan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 587 hits
Gambar hiasan SELEPAS seorang pelajar membuat pendedahan tentang insiden gangguan seksual yang berlaku di sebuah sekolah memandu di Lembah Klang pihak pengurusan sekolah tersebut tampil untuk menjelaskan situasi sebenar Pelajar berusia 18 t...
Ceramah 6 Jam Untuk Lesen Memandu Buat Di Sekolah Anthony Loke

Ceramah 6 Jam Untuk Lesen Memandu Buat Di Sekolah Anthony Loke

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 427 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencadangkan supaya ceramah enam jam yang dihadiri sebelum mengambil lesen memandu diterapkan melalui kurikulum sekolah pada tingkatan 4 push Loke berkata jika ia bol
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah