Sisa Toksik Pengusaha Kilang Jangan Lakukan Pembuangan Panik


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR — Pengusaha kilang di sekitar Pasir Gudang yang mempunyai sisa toksik berbahaya dalam simpanan mereka diminta supaya tidak melakukan pembuangan panik susulan pemeriksaan besar-besaran pihak berkuasa.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata tindakan itu dikhuatiri dilakukan pengusaha kilang yang takut ditangkap pihak berkuasa yang sedang melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, sisa berjadual perlu dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu di tempat pelupusan toksik yang berlesen.

“Saya difahamkan polis kini sedang giat melakukan road block (sekatan jalan raya) (di kawasan Pasir Gudang) untuk mengelak pengusaha kilang melakukan pembuangan panik ke merata tempat.

“Jika mereka ikut undang-undang tidak perlu panik, pembuangan sisa toksik secara haram lebih serius daripada kesalahan menyimpan sisa tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 7 Mac lepas telah menyebabkan seramai 947 orang dirawat di hospital dan klinik kerana terdedah kepada tindak balas kimia daripada sisa pembuangan toksik tersebut.

Sembilan daripada mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail. Pencemaran itu juga menyebabkan kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang telah diarah ditutup.

Terdahulu, semasa menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Yeo berkata kerajaan memandang serius krisis tersebut dan sedang mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Beliau turut menggesa anggota-anggota Parlimen supaya tidak mempolitikkan isu tersebut.

Katanya, siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bahan buangan di Sungai Kim Kim bukan berpunca daripada pelepasan kilang atau industri berhampiran.

Jelasnya keputusan analisis ke atas sampel yang diambil JAS dari Sungai Kim Kim menunjukkan kesemuanya mengandungi pelarut organik Benzene, Toulene, Xylene, Ethylbenzene dan D-Limonene.

“D-Limonene adalah bahan kimia kebiasaannya hasil daripada proses ‘pyrolysis’ tayar,” katanya.

Katanya kementerian itu kini sedang fokus kepada kerja-kerja pembersihan sungai supaya bahan-bahan toksik tersebut dapat dikeluarkan segera dan dilupuskan dengan selamat, selain memastikan tiada sumber pencemaran yang baharu.

Katanya, kementerian itu juga mendapatkan bantuan daripada tentera dan Petronas untuk menghantar sumber mereka dari segi jentera, alat dan pakar untuk membantu menangani krisis tersebut.

“Sebagai contoh, Petronas akan menghantar ‘air dispersal modeler’ yang akan menjadi sangat berguna untuk kita faham vaporization (pengewapan) dan movement of gases (pergerakan gas) dan seterusnya boleh merancang kerja-kerja dengan lebih efektif,” katanya.

Mengenai rancangan jangka panjang, katanya satu jawatankuasa penilaian akan ditubuhkan untuk meneliti isu ini secara keseluruhan daripada perspektif sistemik seperti pengurusan sisa berjadual dan juga pembangunan kawasan perindustrian di Pasir Gudang dan Johor selatan yang tidak terkawal.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/sisa-toksik-pengusaha-kilang-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Sekolah Boleh Saman Kilang Cemar Sisa Toksik

Murid Sekolah Boleh Saman Kilang Cemar Sisa Toksik

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 452 hits
Imej via Jumpa Kat MahkamahPenduduk Pasir Gudang boleh fail saman ke atas kilang yang melepaskan bahan sisa toksik sehingga menyebabkan ramai yang dimasukkan ke dalam hospital akibat insiden itu Malah pelajar juga boleh menyaman kilang terb...
Prayforpasirgudang Musibah Udara Tercemar Akibat Pembuangan Sisa Toksik Di Sungai

Prayforpasirgudang Musibah Udara Tercemar Akibat Pembuangan Sisa Toksik Di Sungai

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 1249 hits
Memula dapat berita ni dari suami sebab dia tengok berita dulu Dan akhirnya jadi cakap cakap kengkawan sekolah dan group wasap Dan akhirnya cuba mencari sendiri berita musibah ini di media sosial yang boleh dipercayai Ya Allah Bukan bencana...
Disengat Lipan Jangan Panik Dan Jangan Picit Tapi Anda Perlu Lakukan Langkah Ini 30 Minit Sengatan Akan Terurai

Disengat Lipan Jangan Panik Dan Jangan Picit Tapi Anda Perlu Lakukan Langkah Ini 30 Minit Sengatan Akan Terurai

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 1166 hits
Doktor secara peribadinya memang dah terlalu banyak menangani kes disengat lipan jadi doktor memang kalau boleh tak mahu lagi ada yang tersalah anggap mengenai makhluk Allah yang bernama lipan ini Antara perkara yang perlu anda tahu mengena...
Pencemaran Toksik Perdana Menteri Lakukan Lawatan Ke Pasir Gudang

Pencemaran Toksik Perdana Menteri Lakukan Lawatan Ke Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 372 hits
Pada petang semalam YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail telah membuat lawatan ke Pasir Gudang Johor lanjutan daripada kes pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Dr Maha...
Wanita Umno Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

Wanita Umno Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 412 hits
KUALA LUMPUR 16 Mac 8211 Pergerakan Wanita UMNO hari ini meluangkan masa melawat serta menyampaikan bantuan kepada sukarelawan dan mangsa pencemaran sisa toksik di Stadium Tertutup Pasir Gudang Johor di sini Ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad ...
Dear Suami Lakukan 7 Hal Ini Saat Istrimu Tugas Piket Menyusui Jangan Sibuk Sendiri Lo Mas

Dear Suami Lakukan 7 Hal Ini Saat Istrimu Tugas Piket Menyusui Jangan Sibuk Sendiri Lo Mas

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 371 hits
Menyusui itu kadang bisa jadi terlalu melelahkan Suami pengertian pasti bakal melakukan hal hal berikut ini demi bikin istri lebih senang Simpel tapi berarti banget lo
Tayar Tiba Tiba Pecah Ketika Memandu Jangan Panik Ini Langkah Yang Perlu Anda Buat

Tayar Tiba Tiba Pecah Ketika Memandu Jangan Panik Ini Langkah Yang Perlu Anda Buat

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 638 hits
Majoriti daripada kita menggunakan kereta untuk bergerak ke mana mana terutamanya untuk perjalanan yang memakan masa berjam jam Contohnya ingin pulang beraya ke kampung menghadiri jemputan majlis perkahwinan sanak saudara ataupun sekadar ke...
Semak Semula Dasar Kilang Toksik Mapim

Semak Semula Dasar Kilang Toksik Mapim

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 303 hits
Mohd Azmi Abdul HamidKUALA LUMPUR Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas pencemaran melibat gas toksik di Pasir Gudang Johor Presidennya Mohd Azmi...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn