Tanda Lahir Bukan Sebab Genetik Ia Berlaku Secara Rawak Bahaya Ke Pada Bayi


Kebanyakan bayi dilahirkan bersama tanda lahirnya yang tersendiri. Ia boleh wujud di mana-mana bahagian anggota badan seperti muka, tangan, kaki atau badan. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis tanda lahir yang boleh dialami bayi. Antara yang paling terkenal adalah tanda lahir jenis ‘port wine stain’.

Apakah tanda lahir ‘port wine stain’?
Secara umumnya, terdapat dua jenis utama tanda lahir iaitu:
Tanda lahir berpigmen: Ia terjadi akibat pigmen yang berlebihan di kawasan kulit tersebut. Kebiasaannya berwarna gelap seperti tahi lalat.
Tanda lahir vaskular: Ia terjadi akibat saluran darah yang terkumpul di bawah kulit. Kebiasaannya berwarna kemerahan atau merah jambu.
Tanda lahir ‘port wine stain’ atau nevus flameus merupakan sejenis tanda lahir vaskular. Ia berwarna seakan-akan merah jambu atau ungu gelap. Kebiasaannya, ia akan terjadi pada kawasan muka, kepala, leher, tangan atau kaki. Pun begitu, ia masih boleh terjadi pada anggota badan yang lain.

Apakah punca ia terjadi?
Tanda lahir ini bukanlah berpunca daripada faktor genetik atau keturunan kerana ia akan berlaku secara rawak pada bayi yang tertentu. Punca sebenar ia terjadi adalah terdapat saluran darah di suatu kawasan kulit yang sempit lalu mengakibatkan darah terkumpul di bawah kulit. Kumpulan darah inilah yang menyebabkan kawasan permukaan kulit tersebut bertukar warna seakan merah jambu atau ungu gelap.
Adakah ia berbahaya?
Sebenarnya, tanda lahir ini tidak mendatangkan sebarang bahaya atau mudarat kepada bayi anda.
Namun begitu, ia mungkin merupakan tanda bayi anda mempunyai kondisi kesihatan seperti sindrom ‘Sturge-Weber’ atau ‘Klippel-Trenaunay’ yang berbahaya kepada tumbesaran bayi anda. Sebaiknya, bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai perkara ini.
Perkara yang paling perlu dikuatiri oleh ibu bapa adalah tanda lahir ini mungkin akan membuat penampilan mereka lain daripada yang lain lalu menggugat keyakinan diri mereka, terutamanya ketika menjangkau usia remaja.
Adakah ia akan hilang dengan sendiri?
Hakikatnya, tanda lahir ini adalah bersifat kekal dan tiada rawatan atau ubatan yang boleh digunapakai untuk menghilangkannya. Namun begitu, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk melakukan prosedur laser khas yang boleh memudarkan warna tanda lahir pada bayi mereka bagi tujuan kosmetik.
Namun begitu, ibu bapa seharusnya terus menyemai keyakinan dalam diri anak anda sekiranya mereka mengalami tanda lahir ini. Beritahu mereka bahawa tanda lahir ini bukanlah satu kecacatan atau kelainan daripada individu lain sebaliknya satu keunikan yang tidak semua individu berpeluang mengalaminya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/tanda-lahir-bukan-sebab-genetik-ia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saiz Perut Bayi Baru Lahir Sehingga Umur 1 Bulan

Saiz Perut Bayi Baru Lahir Sehingga Umur 1 Bulan

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 1659 hits
Ibu ibu sering tertanya tanya bagaimanakah saiz perut bayi mereka yang baru lahir dan beberapa hari selepas itu sehingga lah menjangkau umur 1 bulan 2 bulan 3 bulan dan seterusnya 1 tahun Lihat gambar dibawah Pada hari pertama kelahiran bay...
Ibarat Bayi Baru Lahir Satu Keluarga Ucap Dua Kalimah Syahadah

Ibarat Bayi Baru Lahir Satu Keluarga Ucap Dua Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 688 hits
HIDAYAH itu milik Allah Pada 17 September yang lalu seorang lelaki berketurunan Cina Marcus Wong telah memeluk agama Islam bersama isteri dan tiga orang anaknya di sebuah masjid di Bandar Baru Selayang Perkara itu dikongsi oleh seorang peng...
Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 483 hits
Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi LahirSepanjang aku mengandung dan melahirkan anak aku bersyukur dikelilingi oleh orang orang yang menyokong pemberian susu ibu kepada bayi Aku memang berdoa dan tanam cita cita nak susukan anak ...
Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Kecil Lagi

Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Kecil Lagi

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 505 hits
Seawal usia anak 75 minggu semua anak mengalami satu perkembangan mental yang di namakan DUNIA SISTEM Baca Selanjutnya Pelajaran terbesar yang anak kenal pada usia ini ialah 1 Conscience Anak berkemampuan menilai kelakuannya sendiri dan mem...
Inidia Perlengkapan Kebutuhan Bayi Baru Lahir Dan Cara Merawat Bayi Yang Harus Anda Ketahui

Inidia Perlengkapan Kebutuhan Bayi Baru Lahir Dan Cara Merawat Bayi Yang Harus Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 470 hits
Kelahiran seorang anak pastinya merupakan sebuah momen yang sangat ditunggu tunggu oleh para orangtua Karena dengan kelahiran anak bisa membuat suasana di rumah menjadi lebih hangat karena akan ada tangisan serta tawa sang bayi Namun sebelu...
Bayi Pertama Menerusi Pemindahan Embrio Selepas Dibeku Enam Tahun Lahir Di Hsnz

Bayi Pertama Menerusi Pemindahan Embrio Selepas Dibeku Enam Tahun Lahir Di Hsnz

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 542 hits
KUALA TERENGGANU 8 Okt Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini melakar sejarah apabila bayi pertama hasil prosedur pemindahan embrio yang dibekukan selama enam tahun selamat dilahirkan dihospital itu semalam Kelahiran bayi lelaki itu bukan sa...
Pelukan Pertama Yang Ditunggu 11 Tahun Bayi Lahir Selepas 6 Tahun Dibeku

Pelukan Pertama Yang Ditunggu 11 Tahun Bayi Lahir Selepas 6 Tahun Dibeku

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 402 hits
Penantian sepasang suami isteri selama 11 tahun untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas mereka dikurniakan seorang cahaya mata menggunakan kaedah In Vitro Fertilisation atau dikenali bayi tabung uji Pengorbanan Noor adn dalam usa...
Bayi Lahir Tahun Depan Akan Dapat Vaksin Pneumokokal Percuma

Bayi Lahir Tahun Depan Akan Dapat Vaksin Pneumokokal Percuma

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 841 hits
Lagi berita gembira buat semua ibu bapa Pembentangan Bajet 2020 semalam kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi suntikan vaksin Pneumokokal dan akan diberikan secara percuma kepada semua bayi yang lahir pada tahun 2020...
Kaka Azraff Selamat Lahir Bayi Lelaki Secara Bedah

Kaka Azraff Selamat Lahir Bayi Lelaki Secara Bedah

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 292 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Kaka Azraff dan suami Adam Azriff yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka semalam Berita gembira berkenaan The post appeared first on
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti