Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Kecil Lagi
Seawal usia anak 75 minggu (hampir 2 tahun), semua anak mengalami satu perkembangan mental yang di namakan: DUNIA SISTEM.
Baca Selanjutnya: Ibu Sempat Rakam Gelagat Anak Menangis Lepas Tahu Bantal Busuk Dalam Mesin Basuh
Pelajaran terbesar yang anak kenal pada usia ini ialah:
1. ‘Conscience’ (hati nurani)
Anak berkemampuan menilai kelakuannya sendiri dan memberi respon yang sesuai terhadap pelbagai situasi sosial yang di hadapinya.
2. ‘Self-awareness’ (kesedaran diri)
Anak tahu dia adalah seorang individu yang terpisah( berbeza/tersendiri/unik) dari orang lain dan sekitaran.
Pelajaran di usia ini membolehkan anak merasai perasaan sendiri, juga perasaan dan kelakuan orang lain.
Contohnya: anak telah ada pendapat /buah fikirannya seperti anak beritahu ibu di mana ibu patut duduk atau seluar yang mana dia mahu pakai hari ini.
Atau, anak telah ada rasa malu, menyorok di belakang ibu bila orang asyik mengata tentang dua batang gigi depannya yang besar.
Atau, anak enggan lihat ke mata ibu kerana dia tahu ibu marah atau kecewa dengan sikapnya yang sengaja menolak jatuh si adik.
Atau, anak mula pandai sorok di tempat terpencil misalnya belakang pintu ketika sedang membuang air besar di dalam lampin kerana ada rasa malu dan mahukan sedikit ‘privacy’. Juga kerana mereka lihat orang dewasa juga membuang air secara sulit. Oh ya, memang ada juga anak yang sengaja berbuat begitu kerana dia ingin lari dari di ‘tangkap’ ibu yang cuba melatihnya membuang air di tandas (cerai lampin/potty training).
bila anak sendiri pun boleh merasa semua perasaan ini, ia bermaksud mereka juga tahu apa yang orang lain rasa bila berada di dalam situasi yang hampir sama dengan apa yang mereka alami.
Namun INGAT, memiliki kesedaran hati nurani juga bermaksud anak ada sikap tamak, cemburu, marah, iri hati dan lain-lain. Maka , anak perlu belajar bahawa dunia dia ini bukan hanya tentang dirinya, kemahuannya dan perasaannya sahaja. Anda orang lain, perasaan dan keperluan orang lain juga yang perlu di ambil kira.
Maka, di dunia sistem inilah PELUANG TERBAIK untuk ibubapa menjadi contoh kepada anak dengan menunjuk kelakuan yang anda ingin anak miliki.
TIDAK BENAR SEMUA ANAK AKAN BERTUKAR MENJADI ‘TROUBLE TWO’ (SI PEMBUAT MASALAH) KETIKA MEMASUKI USIA 2 TAHUN bagai kerap di canang.
Anda boleh memiliki anak 2 tahun yang ‘sweet, nice & cooperative’.
Tetapkan batasan dan peraturan, selalu betulkan anak segera dan tunjuk cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu serta tidak bertolak ansur untuk bertindak ke atas sebarang sikap yang tidak sesuai atau buruk.
Ingat, otak anak kecil memiliki tahap ‘plasticity’ (kebolehlenturan) yang tinggi dan ‘maturity’ (kematangan) yang rendah. Ia bermaksud, mereka boleh menerima apa-apa pelajaran yang dibiasakan kepadanya WALAUPUN dia mungkin tak faham sepenuhnya.
Ini bukan lagi usia, ” ‘Tak apa lah, dia kan budak-budak lagi” Kerana dia budak-budak lah dia harus di tunjuk ajarkan. Terlalu banyak kajian dan ramai ahli psikologi bersetuju: You can never spoil a baby but you can spoil a toddler.
Kesimpulannya? : Anak mula pandai menyorok untuk membuang air itu SALAH SATU tanda anak anda bukan bayi kecil yang tak tahu apa-apa lagi!
Sumber: Baby Language
The post Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Kecil Lagi appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-mula-pandai-menyorok-untuk-buang-air-itu-salah-satu-tanda-anak-anda-bukan-bayi-kecil-lagi/