Tak Apa Zahid Minta Maaf Yang Penting Umno Dedahkan Ppbm Dan Faizal Lemah Kata Nur Jazlan


Adam Abu Bakar
-December 11, 2020 8:16 AM
Nur Jazlan berkata ahli parti harus mengiktiraf peranan Umno yang memaksa timbalan presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar dan diganti pengerusi Umno negeri, Saarani Mohamad. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Peralihan kuasa di Perak mendedahkan PPBM sebagai parti “lemah” yang berpaut kepada Umno, justeru akar umbi parti itu tidak harus ‘beremosi’ atas tindakan Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada pimpinan PPBM dan PAS.

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, berkata ahli parti harus mengiktiraf peranan Umno yang memaksa timbalan presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar dan diganti pengerusi Umno negeri, Saarani Mohamad.

“Kita sudah dapat (jawatan) menteri besar (dan) apa yang penting adalah menteri besar di bawah PPBM yang tidak mendapat sokongan dari wakil-wakil rakyat, sudah berhenti.

“Orang Umno perlu lihat fakta dan jangan terbuai dengan emosi. Akhirnya, (Umno) menunjukkan PPBM begitu lemah dan kini berpaut pada Umno,” kata Jazlan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Beliau di tanya mengenai tindakan Zahid memohon maaf bagi pihak ADUN Umno atas ‘kekhilafan’ yang berlaku di Perak minggu lalu apabila Faizal meletak jawatan sebagai MB.

Beliau terpaksa berbuat demikian setelah 24 daripada 25 ADUN Umno menarik balik sokongan untuknya dalam undian usul percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jazlan berkata kesudian Zahid memohon maaf harus di lihat dari sudut yang betul.

“Ia bukan soal permohonan maaf dari Zahid kerana Umno Perak yang mahukan begitu. Permohonan maaf Ahmad Zahid adalah untuk mengamankan keadaan yang pada ketika itu hendak selesaikan masalah kemelut menteri besar. Kini ia sudah selesai,” katanya kepada FMT.

Semalam, menerusi kenyataan bersama dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, PPBM dan Umno-Barisan Nasional, Zahid memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku di Perak.

Tindakan Zahid itu dilihat sesetengah pihak sebagai perakuan Umno bertindak salah terhadap PPBM dan Faizal sendiri dalam memaksa peralihan kuasa di negeri itu.

Ketua Umno Perak, Saarani yang juga Adun Kota Tampan, mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Istana Iskandariah semalam.

Saarani dipilih menggantikan Ahmad Faizal yang meletak jawatan bersama seluruh barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada 5 Dis, sehari selepas gagal mendapat sokongan menerusi usul undi percaya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Tambahnya, Pengerusi PPBM Muhyiddin Yassin juga perlu memohon maaf kepada Umno. Baginya, kemelut menteri besar ini berlaku adalah disebabkan kelemahan PPBM sendiri, yang bukan sahaja berlaku di Perak tetapi turut berlaku di Johor.

“Di Johor, PPBM hantar 2 pemimpinnya untuk jadi menteri besar dan kedua-duanya gagal. Tetapi, Hasni Mohammad yang kini merupakan menteri besar Johor, dia pandai pastikan sokongan terhadap diri dia. Walaupun dengan majoriti 2 kerusi sahaja.

“Sedangkan, Ahmad Faizal jadi menteri besar hampir 3 tahun, bawah kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tetapi macam mana dia boleh tidak dapat sokongan. Akhirnya, Umno yang perlu selesaikan masalah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata, isu permohonan maaf Ahmad Zahid itu tidak seharusnya dijadikan isu, sebaliknya perlu melihatnya dari sudut pandangan lain. Baginya, ia merupakan tindakan mulia bahkan dituntut Islam.

“Jika ada sesuatu yang tidak kena, setelah dilakukan maka kita minta maaf, dalam Islam juga dituntut. Ia bukan mengeruhkan perhubungan tetapi menambah baik. Bagi saya, ia satu tindakan presiden Umno yang mesti dipuji kerana hendak mohon maaf bukan senang.

“Tetapi jika seseorang itu mohon maaf, ia untuk membaiki keadaan bukannya mengeruhkan keadaan. Tidak ada ruginya memohon, yang penting kita mahu berkuasa di negeri yang kita mempunyai wakil rakyat ramai. Itu penting,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/tak-apa-zahid-minta-maaf-yang-penting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akar Umbi Umno Pasti Tolak Cadangan Gabungan Perdana Kata Nur Jazlan

Akar Umbi Umno Pasti Tolak Cadangan Gabungan Perdana Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 245 hits
Akar umbi UMNO pasti tolak cadangan gabungan perdana kata Nur Jazlan December 11 2020 Nur Jazlan Mohamed berkata prinsip demokrasi berparlimen adalah majoriti menentukan nasib minoriti bukan sebaliknya PETALING JAYA Timbalan Ketua UMNO Joho...
Krisis Di Perak Selesai Susulan Pertemuan Muhyiddin Zahid Dan Hadi Kata Faizal

Krisis Di Perak Selesai Susulan Pertemuan Muhyiddin Zahid Dan Hadi Kata Faizal

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 334 hits
Bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu memberitahu Dewan Rakyat krisis politik di negeri itu sudah selesai dan kesepakatan dicapai antara parti Perikatan Nasional dari PAS dan PPBM dan UMNO Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkat...
Nur Jazlan S Views On Umno Working With Dap Are His Own Opinion Says Khaled Nordin

Nur Jazlan S Views On Umno Working With Dap Are His Own Opinion Says Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 282 hits
PETALING JAYA Johor Umno deputy chief Datuk Nur Jazlan Mohamed s statement that Umno may ditch Perikatan Nasional and tie up with DAP is not the voice of the party says party vice president Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin The former Johor ...
Bersatu Pas Lemah Simple Kata Umno

Bersatu Pas Lemah Simple Kata Umno

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 264 hits
Orang umno jangan emosi nanti akan dapat semula jadi mpkk kawasan masing masing Kot kan Dun perak umno majoriti antara gabungan tapi tak dapat jadi MB Bagi pada bekas MB PH Setiap hari telinga duk bengang kena perli orang bawahan Mana tahan...
Permohonan Maaf Zahid Hamidi Ancam Masa Depan Umno

Permohonan Maaf Zahid Hamidi Ancam Masa Depan Umno

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 243 hits
Walaupun krisis politik di Perak boleh dianggap sudah selesai dengan Bersatu dan Pas akhirnya setuju menerima Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar yang baharu tetapi ia dibayar dengan harga yang mahal apabila Presiden UMNO Zahid Hami...
Umno Tolak Ahmad Faizal Sebab Jual Ladang Sawit Kepada Singapura Kata Najib

Umno Tolak Ahmad Faizal Sebab Jual Ladang Sawit Kepada Singapura Kata Najib

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 219 hits
Najib Razak mendedahkan penjualan ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri kepada syarikat Singapura antara sebab Umno menarik balik sokongan terhadap Ahmad Faizal Azumu Bekas perdana menteri berkata bekas ADUN Slim Mohd Khusairi Abdul Tal...
Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 237 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin Shahr...
Pas Won T Ditch Ppbm Let S Respect That Says Umno Info Chief

Pas Won T Ditch Ppbm Let S Respect That Says Umno Info Chief

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 265 hits
Umno information chief Shahril Hamdan says the party should not waste time speaking about a future with PAS that does not include PPBM In a Facebook post after an interview with PAS Youth chief Khairil Nizam Khirudin Shahril said it was cle...
Kemelut Politik Perak Umno Mesti Bincang Dengan Ph Kata Khalid

Kemelut Politik Perak Umno Mesti Bincang Dengan Ph Kata Khalid

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 235 hits
Sebenarnya cara untuk menjamin kestabilan hanya satu Umno kena berbincang dengan PH Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berpendapat Umno di Perak perlu berbincang dengan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu M...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok