Kemelut Politik Perak Umno Mesti Bincang Dengan Ph Kata Khalid



“Sebenarnya cara untuk menjamin kestabilan hanya satu, Umno kena berbincang dengan PH.”
(Malaysia Dateline) – Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berpendapat Umno di Perak perlu berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Menurutnya, langkah itu selaras dengan penegasan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mahukan kestabilan politik dalam pembentukan kerajaan negeri.
“Sebenarnya cara untuk menjamin kestabilan hanya satu, Umno kena berbincang dengan PH.
“Tentukan syarat-syarat dan patuhinya untuk kerjasama antara Umno dan PH dalam tempoh dua tahun ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya dalam slot Bicara YB Khalid Abdul Samad (Siri 85) yang disiar menerusi Jom Channel FB Live malam tadi.
Untuk rekod, Umno Perak mempunyai paling banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 25 daripada 59 kerusi.
Kedua paling banyak ialah DAP dengan 16 kerusi diikuti AMANAH lima kerusi DUN.
Selain itu, Bersatu (5), Pas (3) manakala masing-masing satu kerusi milik Gerakan dan Bebas.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, Sultan Perak mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan mantap dan boleh mentadbir negeri sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Penyelesaian yang menjamin kestabilan sehingga PRU-15 atau sekurang-kurangnya dua, tiga tahun lagi. Itu pesan Sultan Perak,” katanya berkongsikan maklumat yang diperoleh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) AMANAH Perak dalam mesyuarat Biro Politik AMANAH Nasional malam tadi.
Berkenaan keputusan usul undi percaya yang dikemukakan ADUN Pengkalan Bharu dari Umno, Datuk Abdul Manaf Hashim hingga menyaksikan kejatuhan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Khalid berkata itu satu yang pelik.
“Saya difahamkan semasa penghujahan memang memuji Peja (Ahmad Faizal) sebagai Menteri Besar.
“Tetapi apabila tiba kepada undi, yang membawa usul undi percaya pun tidak menyokong usulnya sendiri. Pelik betullah,” katanya sambil ketawa dalam slot bertajuk Langkah Perak dan Implikasinya itu.
Khalid berkata, tidak pelik apabila PH tidak menyokong Peja dalam usul undi percaya itu selepas Timbalan Presiden Bersatu berkenaan mengkhianati PH pada Februari lalu.
“Bagi kami (PH) memang tidak sokong Peja kerana dia telah mengkhianati kita. Usul yang dibawa oleh Umno ialah usul undi percaya. Jadi, tidak pelik jika PH menolak.
“Ini satu teka-teki bagi Umno selepas menjatuhkan Peja kerana Umno tidak berunding dengan PH,” ujarnya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyifatkan tumbangnya Peja sebagai Menteri Besar bukan kerana PH tetapi hasil pengkhianatan Umno.
“Dulu masa Peja nak lompat mahu bawa lima ADUN Bersatu, Umno telah setuju biarlah dia jadi Menteri Besar.
“Memang Umno mengkhianati Peja dan jatuhkan Peja. Ini bukan kerja khianat PH kerana PH berpegang pada janji dan prinsip,” tambah Khalid lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/08/kemelut-politik-perak-umno-mesti-bincang-dengan-ph-kata-khalid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Perak Hanya Mainan Politik Umno Ph Tak Perlu Terlibat

Kemelut Perak Hanya Mainan Politik Umno Ph Tak Perlu Terlibat

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 317 hits
Malaysiakini Seorang lagi Adun DAP di Perak Terence Naidu menyuarakan bantahan terhadap kerjasama parti itu dengan Umno dalam pembentukan kerajaan negeri yang baru Terence yang merupakan Adun Pasir Bedamar berkata DAP sebagai parti berprins...
Masih Ada Ruang Kompromi Krisis Politik Perak Antara Pn Dan Umno Kata Penganalisis

Masih Ada Ruang Kompromi Krisis Politik Perak Antara Pn Dan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 256 hits
Masih ada ruang kompromi krisis politik Perak antara PN dan Umno kata penganalisis Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan
Ppbm Pas Sedang Bincang Krisis Politik Di Perak

Ppbm Pas Sedang Bincang Krisis Politik Di Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 291 hits
PETALING JAYA Presiden PPBM Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagi mencari penyelesaian untuk krisis politik di Perak kata Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan Katanya mereka sedang membincangkan is...
Kerusi Umno Terbanyak Di Perak Adil Dapat Jawatan Mb Kata Ahmad Maslan

Kerusi Umno Terbanyak Di Perak Adil Dapat Jawatan Mb Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 369 hits
December 9 2020 11 05 PMUmno memiliki 25 kerusi paling banyak berbanding parti lain di DUN Perak KUALA LUMPUR UMNO berhak menerajui kerajaan Perak yang baru kerana ia mempunyai jumlah kerusi paling banyak di Dewan Undangan Negeri kata Setia...
Apa Penyelesaian Kemelut Politik Perak

Apa Penyelesaian Kemelut Politik Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 280 hits
Dalam perlembagaan negeri tidak ada satu kaedah khusus untuk menentukan cara seseorang Menteri Besar hilang sokongan majoriti Waktu DS Nizar hilang kuasa di Perak dahulu ia diukur melalui lompatnya tiga orang ADUN yang kemudiannya disahkan ...
Aku Ta Jub Dengan Seni Politik Membelit Seakan Ular Yang Dimainkan Oleh Umno Perak

Aku Ta Jub Dengan Seni Politik Membelit Seakan Ular Yang Dimainkan Oleh Umno Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 257 hits
Cerita UMNO di Perak ni kita boleh nampak perangai membelit UMNO Wow just Wow Jom kita perhatikan bagaimana kronologi MB Perak hilang majoritiStep 1 Usulkan undi percaya untuk sokong MB Perak Ajaib kan UMNO tak usulkan undi tak percaya kepa...
Umno Bn Mn Akan Bermesyuarat Bincang Isu Kerajaan Baru Di Perak Malam Ini

Umno Bn Mn Akan Bermesyuarat Bincang Isu Kerajaan Baru Di Perak Malam Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Umno Barisan Nasional dan Muafakat Nasional akan mengadakan mesyuarat bermula malam ini bagi membincangkan situasi pembentukan kerajaan negeri Perak Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno ...
Kemelut Politik Perak Perlantikan Mb Baharu Adalah Jalan Penyelesaian

Kemelut Politik Perak Perlantikan Mb Baharu Adalah Jalan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Pelantikan jawatan Menteri Besar baharu adalah penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik di Perak ketika ini dengan calon yang dikemuka perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Penganalisis politik dari U...
Undi Percaya Hanya Jawatan Mb Kerajaan Pn Perak Mesti Dikekalkan Umno

Undi Percaya Hanya Jawatan Mb Kerajaan Pn Perak Mesti Dikekalkan Umno

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 275 hits
160 total views 160 views today KUALA LUMPUR 4 Dis UMNO berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional di Perak mesti dikekalkan kerana undi percaya yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hanya melibatkan jawatan Menteri B...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin