Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan


Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM.
Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin, Shahril berkata, keputusannya sudah jelas, iaitu PAS tidak akan meninggalkan Umno atau PPBM.
Katanya, PAS juga tidak mahu berlaku pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dan mahu pertandingan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan.

“PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan Umno, malah amat menghargai persahabatan bersama Umno. Pada masa sama, PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan PPBM.
“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara Umno, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka PAS dalam ‘impossible situation’ dan mungkin ambil pendekatan berkecuali.
Berikut dari FB Shahril Hamdan
UMNO PERLU DAN AKAN BUAT KEPUTUSAN TERBAIK
Segmen #CePumas bersama Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ir. Ts. Khairil Nizam telah memberi pencerahan pendirian PAS.
Tanpa mahu panjang lebar dan berliku, rumusan yang dapat saya buat:
– PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan UMNO, malah amat menghargai persahabatan bersama UMNO. Apabila ditanya, apa jaminan PAS tidak akan mufaraqah dengan UMNO sepertimana mereka berpisah dari Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu, jawapan KP PAS jelas mahu memberi keyakinan kepada kita.
– Pada masa sama, PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan PPBM. Ini jelas, bukan hanya dalam wawancara ini tetapi juga dalam kenyataan Mursyidul Am PAS tempoh hari. Juga jelas dalam banyak kenyataan PAS selama ini.
– PAS meletakkan aspirasi satu lawan satu (BN/PN lawan PH) dan mengelak pertembungan tiga penjuru sebagai syarat untuk menang PRU15.
– Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara UMNO, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka PAS dalam “impossible situation” dan mungkin ambil pendekatan berkecuali. Yang untung adalah PH.
– PAS minta UMNO hormat pendiriannya sepertimana PAS juga akan hormat pendirian UMNO.
Maka apa tindakan UMNO? Bagi saya,
Kawan sudah bercakap terbuka. Kita boleh pilih untuk terkilan, marah, terasa. Boleh pilih untuk persoal keikhlasan pasca pembentukan Kerajaan PN. Boleh pilih untuk mengata. Boleh pilih untuk cakap “cukup hanya MN tak perlu PN” walhal rakan kita dalam MN telah tegaskan pendiriannya mahu bertiga, bukan berdua.
Atau kita boleh pilih untuk tenang, hormat pendirian sahabat kita TANPA kompromi aspirasi kita sebagai parti kebangsaan terbesar Malaysia. UMNO parti yang penuh bijaksana dan responsif kepada dinamika yang berubah. Saya pilih yang ini.
Sambil kita hormat pendirian PAS, saya yakin PAS juga hormat bahawa keputusan untuk UMNO adalah hak mutlak UMNO, tanpa paksaan sesiapa.
Maka UMNO harus kembali kepada “option” yang ada dan jangan bazir masa bercakap tentang “option” yang tidak lagi wujud.
Boleh rujuk posting saya selepas #CePumas bersama Tan Sri Annuar Musa untuk cadangan pilihan yang ada. Benar, tidak mustahil sesuatu berlaku yang membuka formula lain satu ketika nanti, tetapi kita berpegang kepada realiti – mengikut pemahaman saya, tiga “option” yang ditulis itulah yang wujud sekarang ini. Mungkin ada cabang-cabang tertentu dalam setiap dari tiga itu, tetapi pendek cerita, tiga “option”.
Setelah selesai “survey” situasi dengan komprehensif dan rasional, setelah runding dengan tegas tetapi adil berlandaskan syarat dan garis merah tertentu sepertimana telah digambarkan dalam wawancara #CePumas bersama Dato’ Seri The Ahmad Maslan, maka UMNO ambillah keputusan “option” yang menjadi formula akhir. Kemudian kita berserah kepada Allah swt.
Tiada pilihan tanpa risiko. Yang penting, keputusan kena dibuat, supaya tiada lagi kekeliruan. Bak kata orang putih, “more is lost by indecision than by wrong decision”.
PAS sudah jelas dengan pendiriannya. Moga keputusan UMNO kelak adalah yang terbaik bukan hanya untuk kelangsungan parti ini, tetapi juga yang terbaik untuk agama, bangsa, tanahair.
Wallahua’lam.
The post PAS tidak akan tinggal PPBM, Umno perlu hormat, kata Shahril Hamdan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/04/pas-tidak-akan-tinggal-ppbm-umno-perlu-hormat-kata-shahril-hamdan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Umno Tidak Akan Berlaku Pertembungan Antara Bn Dan Pn Itu Sudah Baik Kata Pas

Kenyataan Umno Tidak Akan Berlaku Pertembungan Antara Bn Dan Pn Itu Sudah Baik Kata Pas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 275 hits
Keputusan Umno untuk menggunakan logo BN pada pilihan raya umum akan datang dilihat tidak akan menjadi masalah kepada PAS meskipun kedua dua parti menjadi rakan setara rasmi dalam Muafakat Nasional Naib presidennya Mohd Amar Abdullah berkat...
Ini Hasil Kerja Umno Bersatu Akan Perkukuh Kerjasama Dengan Pas Kata Hamzah

Ini Hasil Kerja Umno Bersatu Akan Perkukuh Kerjasama Dengan Pas Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 430 hits
Bersatu akan memperkukuhkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional susulan penyingkiran Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak Setiausaha Agungnya Hamzah Zainuddin berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpi...
Pas Hendak Poligami Ppbm Okay Umno Berbelah Bagi

Pas Hendak Poligami Ppbm Okay Umno Berbelah Bagi

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 283 hits
Kalau tak nak duduklah sendirian jangan marah Pas Dia ada pemikiran dan perkiraan sendiri Selagi UMNO merengek lebih cantik lebih lawa dan lebih menarik dari PPBM ia hanya menunjukkan UMNO terdesak nak kahwin dengan PAS tapi tidak mahu berk...
Pas Mahu Bertiga Kini Terpulang Kepada Umno Buat Pendirian Shahril

Pas Mahu Bertiga Kini Terpulang Kepada Umno Buat Pendirian Shahril

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Pas tidak ada hasrat untuk tinggalkan UMNO malah amat menghargai persahabatan yang terjalin Itu rumusan Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan hasil temubualnya dalam Segmen Cepumas bersama Ketua Dewan Pemuda Pas merangka...
Pas Has To Decide Between Umno And Ppbm It Cannot Have Both

Pas Has To Decide Between Umno And Ppbm It Cannot Have Both

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 255 hits
So where do we go from here Perpaduan Ummah is no longer the priority The priority is political hegemony You are either with me or you are against me says Umno You cannot declare you remain neutral and that you are not taking sides in the U...
Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 318 hits
Parlimen hari ini semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional PAS UMNO PPBM In sya Allah demi Islam dan ummah kita genggam erat ikatan ukhuwwah ini tidak sesekali akan tikam belakang sahabat Perkukuhkan MN Pertahankan PN Penyatuan Ummah MR...
Tak Apa Zahid Minta Maaf Yang Penting Umno Dedahkan Ppbm Dan Faizal Lemah Kata Nur Jazlan

Tak Apa Zahid Minta Maaf Yang Penting Umno Dedahkan Ppbm Dan Faizal Lemah Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 397 hits
December 11 2020 8 16 AMNur Jazlan berkata ahli parti harus mengiktiraf peranan Umno yang memaksa timbalan presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar dan diganti pengerusi Umno negeri Saarani Mohamad PETALING JAY...
Hubungan Pas Umno Tidak Renggang Kata Tuan Ibrahim

Hubungan Pas Umno Tidak Renggang Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 281 hits
Hubungan PAS Umno tidak renggang kata Tuan Ibrahim Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Nov 2020 3 54PM
Istana Perak Mahu Bukti Sokongan Pas Ppbm Pada Calon Pilihan Umno

Istana Perak Mahu Bukti Sokongan Pas Ppbm Pada Calon Pilihan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 350 hits
Shaq IsmailIPOH Istana Perak mahu melihat bukti sokongan ADUN PAS dan PPBM pada calon pilihan UMNO selepas presiden parti Melayu itu selesai menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi tadi Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini memberi...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi