Krisis Di Perak Selesai Susulan Pertemuan Muhyiddin Zahid Dan Hadi Kata Faizal



(FMT) – Bekas menteri besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, memberitahu Dewan Rakyat krisis politik di negeri itu sudah selesai dan kesepakatan dicapai antara parti Perikatan Nasional (PN) dari PAS dan PPBM, dan UMNO
Faizal, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata pertemuan enam mata melibatkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin; dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Parlimen hari ini membawa penyelesaian itu.
“Setelah dirujuk oleh YB Bagan Datuk (Zahid) dan juga YB Marang (Hadi) saya mendapat tahu masalah di Perak sudah selesai,” katanya, disambut sorakan di Dewan Rakyat.
Faizal mengumumkan perkembangan itu ketika diapit Zahid dan Hadi di kiri dan kanan beliau.
Timbalan presiden PPBM itu menarik perhatian Dewan Rakyat kepada krisis di Perak sebelum membahaskan isu geran sekali-beli RM8.6 juta kepada Penggerak Komuniti Tempatan dalam peruntukan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Difahamkan pertemuan tiga ketua parti itu membincangkan situasi politik di Perak termasuk pelantikan menteri besar baharu dari UMNO.
PAS sebelum ini menetapkan tidak mahu melibatkan diri dalam pembentukan kerajaan negeri baharu Perak susulan penyingkiran Faizal sebagai menteri besar menerusi undi percaya terhadapnya di DUN Perak minggu lalu.
Usul itu dibentangkan oleh Umno, namun 24 daripada 25 ADUN parti itu menolak Faizal, sekali gus memaksanya meletak jawatan dan menimbulkan tanda tanya mengenai nasib kerajaan negeri Perikatan Nasional.
Umno menuntut jawatan itu dan ekoran ‘kemarahan’ PPBM dan PAS, dilaporkan meraih sokongan Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun kalangan ADUN Umno dan DAP menolak kerjasama itu.
Zahid semalam berkata Umno sudah memperolehi sokongan majoriti terhadap calonnya untuk jawatan MB Perak yang diuar-uarkan sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Saarani Mohammad.
Bagaimana Istana Perak mengumumkan petang semalam, Sultan Nazrin Shah belum diyakinkan mana-mana pihak memperolehi majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.
Manakala Saarani dilaporkan memaklumkan baginda bahawa Umno meneruskan rundingan dengan pelbagai pihak mengenai penubuhkan kerajaan baharu.
Penyelesaian krisis Perak, jika benar sebagaimana yang dibayangkan oleh Faizal hari ini, bererti kerajaan negeri akan terus diterajui oleh Perikatan Nasional.
Ia juga membawa maksud Umno-PAS-PPBM berjaya merungkai permasalahan mereka yang dibayangi dengan kemelut dan ketegangan akibat “Langkah Perak” oleh Umno untuk menumbangkan Faizal.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/09/krisis-di-perak-selesai-susulan-pertemuan-muhyiddin-zahid-dan-hadi-kata-faizal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Perak Selesai Tunggu Pemimpin Parti Bersuara Kata Hishammuddin

Krisis Perak Selesai Tunggu Pemimpin Parti Bersuara Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 239 hits
December 9 2020 12 09 AMHishammuddin Hussein berkata kemelut politik di Perak tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada malam Selasa KUALA LUMPUR Bendahari Agung Barisan Nasional Hishammuddin Hussein menda...
Masih Ada Ruang Kompromi Krisis Politik Perak Antara Pn Dan Umno Kata Penganalisis

Masih Ada Ruang Kompromi Krisis Politik Perak Antara Pn Dan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 266 hits
Masih ada ruang kompromi krisis politik Perak antara PN dan Umno kata penganalisis Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan
Tidak Perlu Desak Muhyiddin Lantik Tpm Kata Zahid Hamidi

Tidak Perlu Desak Muhyiddin Lantik Tpm Kata Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 250 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pemimpin dan anggota Umno tidak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri Foto oleh Yusof Mat IsaBAGAN DATUK 29 Nov Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi h...
Tak Apa Zahid Minta Maaf Yang Penting Umno Dedahkan Ppbm Dan Faizal Lemah Kata Nur Jazlan

Tak Apa Zahid Minta Maaf Yang Penting Umno Dedahkan Ppbm Dan Faizal Lemah Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 418 hits
December 11 2020 8 16 AMNur Jazlan berkata ahli parti harus mengiktiraf peranan Umno yang memaksa timbalan presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar dan diganti pengerusi Umno negeri Saarani Mohamad PETALING JAY...
Umno S Ahmad Zahid Hints Of New Alliance If Existing Perikatan Coalition Unable To Form Perak Govt

Umno S Ahmad Zahid Hints Of New Alliance If Existing Perikatan Coalition Unable To Form Perak Govt

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 307 hits
Umno President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi waves as he leaves Istana Kinta in Ipoh December 6 2020 Picture by Farhan NajibIPOH December 6 Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today said that Barisan Nasional and Umno will look int...
Apakah Zahid Najib Masih Dipercayai Muhyiddin

Apakah Zahid Najib Masih Dipercayai Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 290 hits
UMNO pernah ugut untuk tarik balik sokongan kepada MuhyiddinZahid menyokong usul undi percaya Muhyiddin selaku PM di parlimen sama format macam di Perak usul sokong bila undi tikam belakang satu kemungkinan besarUMNO juga mendesak jawatan T...
Saya Tersentuh Kata Muhyiddin

Saya Tersentuh Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 465 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata dia tersentuh dengan pendirian ahli ahli parlimen yang menyokong meluluskan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar Alhamdulillah saya bersyukur kerana Belanjawan 2021 telah pun diluluskan oleh Dewan Ra...
Lantikan Exco Perak Dari Pas Terserah Kepada Perkenan Sultan Perak Kata Saarani

Lantikan Exco Perak Dari Pas Terserah Kepada Perkenan Sultan Perak Kata Saarani

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 286 hits
IPOH Lantikan Exco daripada PAS dalam kerajaan negeri Perak hanya akan dimuktamadkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kata Menteri Besar Perak Saarani Mohamad Beliau yang juga Ketua Umno negeri berkata pihaknya hanya boleh mencadangkan ...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan